Skip to content

Karangan Langkah untuk menjaga kebersihan alam sekitar

Langkah-langkah untuk menjaga kebersihan alam sekitar

Pencemaran Alam sekitar telah mengancamkan kebersihan dalam kehidupan kita. Jelaskan langkah langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Langkah-langkah untuk menjaga kebersihan alam sekitar

Alam sekitar merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Manakala, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Alam sekitar turut menjadi mangsa kerakusan manusia yang membakar hutan, menggondolkan lereng bukit dan membuang sampah ke dalam sungai. Alam sekitar yang baik adalah salah satu nikmat Allah kepada kita. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh itu, beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar.

Mengurangkan penggunaan bahan kimia

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Proses Kitar Semula

Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Pendidikan alam sekitar secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran boleh memupuk amalan kitar semula sejak kecil. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Kempen alam sekitar

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempenkempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Bekerjasama menjaga kebersihan alam sekitar

Kesimpulannya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan juga perlu memainkan peranan penting untuk memulihkan dan memelihara alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan negara “Negara Bersih, Rakyat Sihat “.

Karangan lain: Cara-cara memelihara alam sekitar


Bacaan tambahan untuk Karangan tentang alam sekitar

Apakah maksud dan definisi pencemaran?

Pencemaran alam sekitar ialah kejadian yangmengancam sumber alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor seperti bahan kimia, sisa-sisatoksik dan gas karbon monoksida. Pencemaran akanmenimbulkan keadaan yang bahaya terhadap kesihatan, keselamatan atau kebajikan dunia ini.

Apakah cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar?

Kerajaan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Masyarakat mengadakan kempen kesedaran sivik dan memupuk amalan kitar semula. Pihak swasta perlu mengurangkan penggunaan bahan kimia yang mendatangkan pencemaran.

Apakah punca pencemaran alam sekitar?

Pencemaran udara yang disebabkan oleh faktor manusia termasuk asap yang dikeluarkan dari kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Punca pencemaran air ialah pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia dan pembuangan sampah ke dalam sungai. Pencemaran tanah pula berlaku disebabkan pemusnahan hutan akibat pembalakan dan pembuangan sisa-sisa kimia ke tanah.

4 thoughts on “Karangan Langkah untuk menjaga kebersihan alam sekitar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page