Skip to content

Latihan Pahlawan Buntung

peperiksaan spm

SET 1 – PAHLAWAN BUNTUNG
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam keadaan kami diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa, tiba-tiba Pak Husain menjongol dalam lingkungan kami di Kampung Dal. Tiap-tiap kami berasa bahawa kehadirannya bersama-sama cerita yang dibawanya, tanpa disedarinya telah memanjatkan gelaran `pahlawan` kepadanya. Ceritanya begini: Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu. Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orang-orang kampung, Pak Hussain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu, Jepun tidak turun ke pengkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-mayat yang berpuluh-puluh (di pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar. Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri. Pak Hussain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.

(Dipetik daripada cerpen “Pahlawan Buntung”, oleh S. Othman Kelantan, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

  1. Apakah perkara-perkara yang terpaksa dilakukan oleh Pak Husain setelah bertembung dengan tentera Jepun.? [2 markah]
  2. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengenang jasa 
    pahlawan seperti Pak Hussain? Berikan tiga usaha. [3 markah]
  3. Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]

SKEMA JAWAPAN
SET 1 – PAHLAWAN BUNTUNG

Soalan 2(b)
– Petikan Cerpen
(i) Dua perkara yang dilakukan oleh Pak Hussain setelah bertembung dengan tentera
Jepun (2m)
1. Menguburkan mayat tentera dan orang mati.
2. Menguburkan berpuluh-puluh mayat seorang diri.
3. Gali kubur besar.
(ii) Tiga usaha untuk mengenang jasa Pak Husain. (3m)
1. Menulis jasa-jasa pahlawan seperti Pak Husain dalam bentuk media cetak dan media elektronik.
2. Memberikan pingat dan anugerah.
3. Memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan
4. Mengadakan satu pertubuhan atau persatuan
5. Mewujudkan satu pertempatan untuk pahlawan yang cedera
(iii) Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen (4m)
1. Di pantai Pak Amat untuk menguburkan berpuluh-puluh mayat
2. Sungai untuk ke Kampung Tuk Lukup semasa melarikan diri
3. Sungai Gali semasa melarikan diri

Dua latar tempat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.
1. Kampung Dal – tempat penduduk Kampung Pulau Pak Amat menumpang semasa perang
2. Pulau Tukang Dolah –kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun
3. Pulau Panjang -–kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun
4. Pengkalan Cepa –kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun
5. Di dalam perahu apabila penduduk kampung tersedar Pak Husain tiada dalam perahu.
6. Di kota semasa pertemuan Khalid dan Pak Husain untuk menyambut ulang tahun
kemerdekaan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *