Skip to content

Masalah Disiplin dan Langkah Mengatasi

tips peperiksaan

Masalah disiplin di negara kita semakin membimbangkan. Huraikan punca masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan usaha-usaha untukmengatasi masalah ini.

Rangka Karangan Masalah Disiplin dan Langkah Mengatasi

Pendahuluan :

  • Masalah disiplin semakin membimbangkan
  • pelajar-pelajar di kawasan bandar menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang lebih ketara berbanding dengan pelajar di kawsan luar bandar
  • perkara ini memerlukan perhatian  yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan pemimpin negara kerana mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara
  • rasa hormat terhadap guru sudah berkurangan.
  • Malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang

Punca masalah disiplin

  • tidak harus menunding jari  menyalahkan  sesama sendiri
  • kurangnya pengawasan  dan perhatian  daripada ibu bapa  – saban hari mengejar kemewahan duniawi
  • tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah – mengharapkan sesuatu yang mustahil
  • kurangnya  didikan agama menyebabkan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya lain yang terpesong daripada ajaran agama dan moral
  • pengaruh media massa – pemikiran remaja yang mengingini sesuatu yang mengikut peredaran zaman
  • pengaruh rakan sebaya – remaja menjadi liar dan lupa tanggungjawab kepada ibu bapa dan diri sendiri

Usaha mengatasi masalah disiplin

  • perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa – proses memasuki alam remaja dan dewasa – amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga
  • menitikberatkan pendidikan agama  – sekiranya tidak mudah terpesong dan terpengaruh kepada anasir negatif
  • peranan sekolah – mendidik dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah
  • mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam – menanam nilai-nilai murni
  • media massa – melakukan tanggungjawab sosial – jangan hanya pentingkan keuntungan semata-mata
  • Program kerajaan – Rakan Muda  dan Khidmat Negara – syabas diucapkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *