Skip to content

Karangan Masalah OKU (Orang Kurang Upaya)

Karangan Masalah OKU

Masalah OKU haruslahmendapat perhatian masyarakat supaya kehidupan mereka menjadi lebih baik .Tulis karangan tentang masalah yang dihadapi oleh gologan Orang Kurang Upaya.

Masalah yang dihadapi golongan orang kurang upaya (OKU)

Dasawarsa ini, golongan orang kurang upaya masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pelbagai pihak. Nasib mereka seperti rumput di tepi jalan yang tidak dipedulikan oleh sesiapa. Kemudahan awam yang tersedia untuk golongan orang kurang upaya hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Nasib mereka masih tiada yang membela malah semakin lama semakin kurang mendapat perhatian dalam masyarakat. Oleh itu, kita perlu menelusuri setiap kekangan yang berlaku agar dapat kita cari penyelesaian yang jitu demi membela nasib mereka. Persoalan yang masih berlegar-legar dalam horizon pemikiran kita ialah, apakah cabaran yang dihadapi oleh golongan kurang upaya ini?

Sikap majikan yang memandang rendah terhadap golongan OKU

Kekangan utama yang dihadapi oleh golongan ini ialah sikap majikan di Malaysia yang masih memandang rendah terhadap golongan kurang upaya. Mereka beranggapan bahawa golongan ini tidak boleh berdikari dan memerlukan bantuan atau sokongan untuk menerima arahan dan melakukan pekerjaan. Sebagai contoh, bagi golongan yang kurang upaya penglihatan, pergerakan mereka agak terbatas lantaran keadaan mata mereka yang mengalami kecacatan. Keadaan ini menyebabkan sesetengah majikan tidak mengambil mereka bekerja disebabkan masalah penglihatan ini melambatkan proses dokumentasi. Secara tidak langsung mereka dianggap sebagai pekerja kelas ketiga dalam pasaran pekerjaan

Tanggapan masyarakat terhadap golongankurang upaya

Kekangan seterusnya ialah tanggapan masyarakat terhadap golongan ini. Masyarakat tempatan masih menganggap golongan kurang upaya sebagai golongan yang lemah dan menyusahkan masyarakat. Mereka juga dianggap sebagai golongan yang pincang dalam masyarakat sehingga mereka sukar diterima dalam masyarakat. Sebagai contoh, golongan cacat penglihatan yang meminta derma di kedai makan sentiasa dipandang hina dan dianggap mengganggu masyarakat. Akibatnya mereka berasa rendah diri apabila berada dalam kalangan masyarakat normal. Keadaan ini menyebabkan mereka meminggirkan diri mereka daripada khalayak ramai. Tegasnya, tanggapan negatif masyarakat telah membunuh semangat golongan OKU

Ahli keluarga yang bertindak terlalu mengawal

Bukan itu sahaja, ahli keluarga golongan OKU bertindak terlalu mengawal mereka seolah-olah mereka tidak yakin bahawa golongan OKU mampu untuk berdikari atau bekerja apatah lagi berniaga. Ahli keluarga begitu khuatir jika majikan atau masyarakat umum tidak menerima golongan OKU seperti orang normal dan tidak diberi layanan istimewa kepada mereka. Sikap begini akan menyebabkan golongan OKU terasa dihina oleh ahli keluarga mereka sendiri bagai membuka pekung di dada. Bagi golongan OKU, mereka bukan mahu layanan istimewa tetapi layanan yang sama seperti orang normal dalam kehidupan mereka. Oleh itu, ahli keluarga golongan OKU perlu yakin dan percaya untuk memberi mereka peluang bekerja dan bergaul dalam masyarakat.

Maklumat tentang bantuan kerajaantidak diketahui

Tidak dinafikan kebanyakan maklumat tentang bantuan prihatin kerajaan kepada golongan OKU tidak diketahui oleh mereka atau ahli keluarga. Keadaan ini menyebabkan mereka tercicir daripada senarai penerima bantuan wajib daripada Jabatan Kebajikan Malaysia, Bantuan Zakat atau bantuan daripada mana-mana Badan Bukan Kerajaan. Malah ada sesetengah ibu bapa bertindak menyorokkan anak mereka yang kurang upaya daripada diketahui umum. Keadaan ini akan menyukarkan proses bantuan tersebut apabila nama mereka tercicir daripada bantuan kebajikan. Jelas sekali bahawa golongan OKU mestilah cakna dengan maklumat dan info yang berguna untuk mereka.

Karanganmasalah OKU

Kesimpulannya, masalah OKU mesti ditangani secara bersama-sama, bersepadu dan profesional daripada semua pihak. Masalah ini bukan hanya terletak pada bahu ibu bapa sahaja tetapi juga menjadi tanggungjawab bersama dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu kita hendaklah bekerjasama mencari titik persamaan antara golongan normal dengan golongan orang kurang upaya agar dapat menonjolkan satu identiti kesaksamaan demi membina negara untuk kemakmuran bersama.


Contoh Karangan: Langkah-langkah Membantu Orang Kurang Upaya (OKU)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *