Skip to content

Contoh Karangan Kebaikan Menguasai Pelbagai Bahasa

Karangan Kebaikan Menguasai Pelbagai Bahasa

Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat berkesan untuk memperoleh pelbagai kelebihan dalam dunia pekerjaan dan perniagaan. Apakah kebaikan menguasai pelbagai bahasa?

Kebaikan Menguasai Pelbagai Bahasa

Sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, bahasa telah menjadi alat komunikasi yang sangat berkesan dan telah menjadi medium perhubungan dam komunikasi dalam kalangan pedagang yang singgah di Pelabuhan Melaka. Lantaran itu, bahasa Melayu khususnya telah menjadi bahasa Lingua Franca pada zaman tersebut. Hari ini, dunia dikuasai oleh penjajahan baharu melalui bahasa. Maka bagi mereka yang mampu menguasai pelbagai bahasa akan memperoleh pelbagai kelebihan dalam dunia pekerjaan dan perniagaan. Oleh itu, yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa. Persoalannya, apakah kebaikan menguasai pelbagai bahasa?

Mudah untuk berkomunikasi

Antara kebaikan menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang pelajar atau remaja akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang itu akan lebih yakin dan berani untuk bertentang mata dengan sesiapa sahaja. Dengan kemahiran berbahasa, pelancong asing berasa bangga dan dihargai apabila melihat kemampuan penduduk tempatan berbahasa Inggeris. Malah melalui kemahiran berbahasa, seseorang akan dapat membantu pelancong asing belajar bahasa Melayu dan budaya bangsa. Secara tidak langsung, pelancong asing akan berminat untuk melancong semula ke negara kita. Jelaslah bahawa bahasa budaya bangsa.

Memperoleh ilmu pengetahuan

Selain faedah berkomunikasi, bahasa juga dikuasai oleh seseorang yang bertujuan untuk memperoleh ilmu pengetahuan kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa khususnya bahasa Arab, bahasa Francis, dan bahasa Inggeris. Malah apabila mereka belajar di luar negara, mereka mampu membaca pelbagai bahan ilmiah yang terdapat di negara Barat kerana orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Secara tidak langsung, sikap seperti katak di bawah tempurung tidak akan terjadi lantaran pelajar berkemahiran dalam bertutur pelbagai bahasa.

Boleh melanjutkan pelajaran di luar negara

Tidak dinafikan juga apabila seseorang pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara, kemahiran berbahasa sangat penting. Malah kemahiran berbahasa asing ini akan memudahkan pelajar berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang rata-ratanya tidak mempunyai kemahiran berbahasa asing. Dengan cara menguasai pelbagai bahasa asing tersebut, pelajar akan dapat diterima dalam masyarakat. Mereka yang mampu menguasai bahasa akan sentiasa menjadi tempat rujukan rakan-rakan sekuliah.

Kelebihan memperoleh peluang pekerjaan

Kepentingan terakhir yang paling signifikan dalam isu ini ialah kelebihan memperoleh peluang pekerjaan. Bagi seseorang mahasiswa yang baru memperoleh segulung ijazah, peluang bekerja di syarikat korporat yang bertaraf multinasional menjadi idaman mereka. Malangnya, kemahiran berbahasa agak terhad sekiranya seseorang itu tidak berupaya berkomunikasi dengan baik. Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Korea sebagai pengutip sayur kobis dikehendaki menjalani kursus berbahasa Korea selama 2 bulan. Dengan cara ini, rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara memiliki kemahiran berbahasa.

Penutup Karangan Menguasai Pelbagai Bahasa

Secara tuntasnya, usaha kerajaan memperkenalkan mata pelajaran tambahan di peringkat sekolah akan menjadi nilai tambah yang sangat berguna kepada pelajar agar mereka mendapat pendedahan awal tentang kepentingan menguasai pelbagai bahasa asing. Oleh itu, semua pihak hendaklah mencari titik persamaan agar dapat memastikan bahasa asing dapat dikuasai dan pada masa yang sama dapat memartabatkan bahasa Melayu agar kita tidak.


Contoh Karangan berkaitan: Kepentingan Penguasaan Bahasa Inggeris

1 thought on “Contoh Karangan Kebaikan Menguasai Pelbagai Bahasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *