Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Panduan Penulisan Karangan UASA Tahap 2

home office 336581 1280 Panduan Penulisan Karangan UASA Tahap 2

​Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahap 2 menilai kemahiran penulisan Bahasa Melayu murid tahun 4, 5, dan 6. Untuk mempersiapkan murid menghadapi bahagian penulisan karangan UASA, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diikuti:​

Penulisan Karangan UASA

Penilaian akan menumpukan pada struktur penulisan, penggunaan tatabahasa yang betul, dan pengembangan idea yang bagus.​ Murid diminta menulis perenggan atau karangan berdasarkan tajuk yang diberikan.​

BAHAGIAN C (10 Markah)
Penulisan Perenggan – 1 soalan

  • IDEA: Idea / isi menepati kehendak tugasan.
  • Huraian idea atau isi yang jelas dan sangat menarik.
  • BAHASA: Menggunakan ayat yang gramatis.
  • Kesalahan tatabahasa dan laras ayat yang minimum.
  • Kesalahan tanda baca dan ejaan yang amat minimum.

BAHAGIAN D (20 Markah)
– Penulisan Karangan – 1 soalan

  • IDEA: Idea / isi menepati kehendak tugasan.
  • BAHASA: Menggunakan ayat yang gramatis.
  • Penggunaan pelbagai ayat yang bernas dan menarik.
  • Penggunaan kosa kata yang luas, pelbagai dan tepat.
  • PENGOLAHAN: Format menepati kehendak tugasan.
  • Huraian idea / isi yang sangat menarik dan berkesan.
  • Contoh idea, keterangan dan huraian yang bernas.
  • Pemerengganan dan jumlah perkataan yang sesuai.

Contoh Soalan Penulisan Perenggan

Grafik di bawah menunjukkan tentang keselamatan di taman permainan.
Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga keselamatan di taman permainan.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Contoh Soalan Penulisan Perenggan
Tulisan Perenggan – Cara menjaga Keselamatan di Taman Permainan

CONTOH CADANGAN JAWAPAN
Pada pendapat saya, cara-cara menjaga keselamatan di taman permainan adalah dengan memakai pakaian yang sesuai agar pakaian tersebut tidak tersangkut dengan peralatan permainan semasa kita bermain. Di samping itu, semasa di taman permainan kita mestilah sentiasa diawasi oleh orang dewasa agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Akhir sekali, kita haruslah bermain dengan tertib peralatan di taman permainan supaya tidak berlaku kecederaan kepada diri kita.

Contoh Soalan Penulisan Karangan

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

KELUARGAKU SAYANG

Contoh Soalan Penulisan Karangan
Tulisan Karangan – KELUARGAKU SAYANG

Tuliskan sebuah cerita berdasarkan gambar di atas.

CONTOH Rangka Karangan
Pendahuluan: – bila – di mana – siapa – mengapa

Idea (Idea + Huraian + Contoh):
– Mengadakan gotong-royong – di dapur – bersama keluarga
– melibatkan semua anggota keluarga – ibu, ayah, abang dan adik
– agihan tugasan – mencuci pinggan mangkuk, memasak, menghidang makanan

Penutup:
– Berasa gembira dapat bersama keluarga
– Aktiviti memupuk nilai kekeluargaan – mengeratkan hubungan


Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong di dapur. Kami melakukannya di rumah kami selepas makan tengah hari. Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan dapur dan menyiapkan makanan bersama-sama.

Kesemua ahli keluarga saya terlibat dalam aktiviti ini. Ibu saya mengelap pinggan yang telah dibasuh, manakala saya mencuci pinggan mangkuk dengan sabun. Abang saya membantu memasak lauk-pauk di atas dapur, manakala ayah saya menyusun makanan di atas meja makan. Tugasan diagihkan secara adil supaya semua orang dapat membantu dengan lancar.

Saya berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan keluarga dalam suasana yang mesra dan ceria. Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah mendidik saya agar lebih bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Tags:
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

You cannot copy content of this page

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x