Skip to content

Contoh Karangan Pantang larang Tahun Baru Cina

Pantang larang Tahun Baru Cina

Antara perayaan yang disambut oleh masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat cina ialah Tahun Baru Cina. Apakah pantang larang semasa menyambut perayaan Tahun Baru Cina?

Pantang larang Tahun Baru Cina

Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Seperti dengan kaum-kaum lain, bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Tidak boleh menyapu rumah

Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau β€œong” yang ada. Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah. Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja rumah.

Acara makan tidak boleh dilepaskan

Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya. Biasanya baga orang tua, mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.

Perkataan yang bermakna buruk tidak digalak

Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah seperti perkataan mati, hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya. Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.

Mengelakkan pemakaian baju warna hitam

Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan. Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria. Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

Penutup Karangan Pantang larang Tahun Baru Cina

Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab. Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah. Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang.


Contoh Karangan: Hari Perayaan Di Malaysia
Isi-isi mengenai Tahun Baru Cina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *