Usaha mengatasi penderaan kanak-kanak

Usaha mengatasi penderaan kanak-kanak

Anak adalah sebagai anugerah dan amanah Allah. Tetapi terdapat orang yang memiliki terlalu banyak anak sehingga tidak terjaga. Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa. Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.

Karangan Langkah Mengatasi Masalah Penderaan kanak-kanak

Anak-anak yang dibela jaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya sesebuah rumah tangga apabila dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih diberikan peranan untuk membanteras gejala pagan seperti itu agar tidak melarat.

Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga

  • kasih sayang dijadikan kunci dan  matlamat membina sesebuah keluarga
  • mencurahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh
  • Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim
  • kasih sayang dapat menghalang seseorang itu daripada menyakiti ahli keluarganya sama ada kesakitan berupa fizikal, mental atau emosi
  • lahir keluarga yang bahagia dan sakinah

Kesedaran dalam kalangan anggota keluarga

  • Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil
  • menjadikan kehadiran seseorang bayi sebagai penambat kasih sayang
  • setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing
  • Institusi keluarga perlu mengetahui bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak kecil
  • kehadiran anak kecil sebagai pengikat kasih sayang
  • setiap ahli keluarga perlu memahami tanggungjawab masing-masing

Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan

  • setiap pasangan dikehendaki menghayati  betul-betul kemahiran tersebut sebelum mendirikan rumah tangga
  • Ilmu meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil.

ilmu agama dan pendidikan moral

  • Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna
  • kesedaran terhadap tanggungjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia daripada mudah dirasuk syaitan
  • agama merupakan senjata yang paling ampuh
  • tanpa agama kehidupan seseorang akan terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda
  • penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat.

Sifat prihatin dan sensitif terhadap keselamatan kanak

  • Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak
  • cubit paha kiri paha kanan terasa juga
  • tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus-menerus mendera
  • mengambil tindakan pantas mencegah, melapor dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera
  • mencegah lebih baik daripada mengubati

Memperkukuh jalinan kejiranan

  • setiap anggota keluarga hendaklah dididik supaya menghormati jiran
  • Jiran yang rapat dapat membantu dalam segala tindakan sama ada susah atau senang.

Penutup Karangan

  • Anak-anak perlu dijaga dengan baik
  • institusi keluarga membentuk masyarakat madani.

Sesungguhnya keluarga merupakan nukleus untuk melahirkan insan madani yang mampu memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara.  Kejayaan sesebuah negara adalah bergantung penuh kepada modal insan yang cemerlang sama ada dalam aspek mental mahupun fizikal. Oleh yang demikian, keluarga amatlah bertanggungjawab untuk menghalang segala anasir yang mendorong kepada gejala penderaan agar masyarakat terus harmoni dan negara sejahtera.

Contoh Karangan: Karangan Faktor Kes Penderaan kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published.