Skip to content

Contoh Karangan Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam Contoh Karangan Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta api dan kapal terbangpenting dalam kehidupan orang ramai. Huraikan kebaikan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Faedah Penggunaan Pengangkutan Awam

Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin menuju ke status negara maju. Pengangkutan awam amat penting dalam kehidupan orang ramai, terutama di bandar raya Kuala Lumpur. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam masih dipandang sepi oleh segelintir masyarakat. Pihak kerajaanperlu membina lebih banyak kemudahan pengangkutan awam dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada pelbagai faedah yang kita peroleh apabila menggunakan pengangkutan awam.

menjimatkan perbelanjaan

Hampir setiap penduduk di Malaysia mempunyai kenderaan sendiri. Antara kebaikan menggunakan pengangkutan awam ialahkita dapat menjimatkan kos pengangkutan. Kita boleh menjimatkan perbelanjaanpetrol kenderaanyang tinggi dan juga bayaran parkir kenderaan. Sesungguhnya, harga petrol dan diesel pada masa depan dijangka naik lagi. Dengan menggunakan pengangkutan awam, kita tidak perlu risau dengan kos petrol disebabkan kos pengangkutan awam selalunya lebih rendah. Selain itu, sekiranya mereka yang balik ke kampung halaman menggunakan pengangkutan awam seperti bas, mereka tidak perlu membayar duit minyak dan tol dan menjimatkan kos.

menjimatkan masa

Kebaikan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ialahkita dapat menjimatkan masa individu. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Selain itu, jika kita memandu kenderaan sendiri, masa yang diperlukan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu adalah selama tujuh jam. Jika kita menaiki kapal terbang pula, masa yang diperlukan adalah satu jam sahaja. Justeru, kita boleh menjimatkan masa selama enam jam jika menggunakan pengangkutan awam.

mengurangkan pencemaran udara

Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita sepakat untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan. Kesannya, kita dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah hijau sekali gus. Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.

pengangkutan awam lebih selamat

Di samping itu, dengan menggunakan kemudahan awam, kita akan lebih selamat jika dibandingkan dengan menaiki kenderaan sendiri. Memandu kenderaan kadangkala amat meletihkan terutama di bandar-bandar besar kerana sering berlaku kesesakan lalu lintas. Pemandu yang letih akan menyebabkan kejadiankemalangan jalan raya sering berlaku. Selain itu, kita juga tidak perlu memikirkan keselamatan kenderaan kita apabila kita meletak kenderaan di tempat letak kenderaan.

Penutup Karangan Pengangkutan Awam

Sebagai kesimpulan,penggunaan pengangkutan awam di negara kita ini mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara. Mutu perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan kemudahan yang disediakan ini diselenggara dan dijaga dengan rapi untuk memastikan kelangsungan penggunaannya. Kewujudan pengangkutan awam yang canggih dan selesa di Malaysia pasti akan menarik lebih ramai pengguna sekaligus menaikkan imej negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *