Skip to content

Resume SPM: Permohonan Sebagai Penolong Jurutera

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Iklan contoh resume Resume SPM: Permohonan Sebagai Penolong Jurutera

Permohonan Sebagai Penolong Jurutera

Nama
Mohamad Darwis bin Abdul Halim

Kelulusan
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Universiti Teknologi Mara)

Anugerah
Saya pernah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang semasa belajar di Kolej Vokasional Shah Alam. Selain itu, saya turut dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik bagi subjek bahasa Melayu dan Lukisan Kejuruteraan ketika belajar di kolej berkenaan. Saya juga aktif dalam mewakili sekolah dan universiti dalam sukan bola keranjang dan olahraga.

Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mahir dalam perisian-perisian Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point. Di samping itu, saya juga mahir dalam mengendalikan perisian grafik dan melukis pelan dengan menggunakan lukisan bantu komputer atau AutoCAD.

Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Korea.

Kemahiran Tambahan
Saya mempunyai kemahiran dalam membaiki peralatan elektronik yang rosak seperti pendingin hawa, radio dan komputer. Saya juga pernah mencipta aplikasi permainan dalam komputer. Selain itu, minat yang mendalam dalam bidang fotografi turut menjadikan saya mahir dalam penggunaan kamera digital dan mencipta grafik multimedia.

Potensi Diri
Saya mempunyai motivasi yang tinggi dalam setiap tugasan yang dilakukan. Matlamat saya adalah untuk menjadi seorang jurutera yang hebat pada masa hadapan dan kerana itu saya suka akan cabaran. Di samping itu, saya sangat mementingkan disiplin dalam menguruskan masa.

Alamat Untuk Dihubungi
No. 321-B Blok C
Kondominium Saujana
47600 Kuala Lumpur
No telefon : 011- 21534275
Alamat e-mel : [email protected]

Individu Rujukan
Profesor Abdul Latiff bin Zabidi
Pensyarah Kanan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor.


Nota: Pelajar perlu menganalisis terlebih dahulu keperluan isi yang hendak ditulis dalam resume ini mengikut jawatan yang hendak dipohon. Kemahiran tambahan sepatutnya sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *