Skip to content

Karangan UPSR Punca kemerosotan disiplin pelajar

writing 923882 1280 Karangan UPSR Punca kemerosotan disiplin pelajar

Kebelakangan ini, kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar semakin ketara. Huraikan punca-punca kemerosotan disiplin.

Punca-punca kemerosotan disiplin pelajar

Masalahkemerosotan disiplin pelajar memerlukan perhatian daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan kerajaan. Hal ini akan menyebabkan peningkatan kadar jenayah di negara kita.

Punca utamakemerosotan disiplin pelajar ialah sikap pelajar itu sendiri. Remaja sekarang lebih mementingkan keseronokan dan gemar bertindak liar.Hal ini demikain kerana mereka mudah dipengeruhi oleh rakan sebaya.

Selain itu, remaja yang berbabit dalam salah laku ini lazimnya mempunyai ibu bapa yang juga bermasalah. Ibu bapa sibuk mencari wang hingga kurang memberikan perhatian kepada anak-anak. Ada kalanya mereka bergaduh di hadapan anak mereka. Keadaan ini pastinya akan memberikan tekanan depada si anak.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak sekolah mengenakan hukuman yang terlalu keras terhadap pelajar yang bermasalah. Hal yang demikian akan menyebabkan pelajar bertambah tertekan dan takut untuk ke sekolah. Untuk mengatasi tekanan, mereka akan ponteng sekolah, merokok, melakukan vandalism dan pelbagai perbuatan negative yang lain.

Kesimpulannya, para pelajar dan baka pemimpin masa depan harus dibentuk dengan nilai-nilai murni dan peribadi yang mulia. Semua pihak perlu bijak memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengatasi kemerosotan disiplin pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *