Kandungan
Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum
Pendahuluan Karangan
– Persatuan, kelab, pakaian seragam, dan kegiatan bersukan
– Setiap pelajar harus menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan kokurikulum
Isi-isi Karangan Kokurikulum
– Menanam semangat kerjasama antara pelajar-pelajar dan juga mengeratkan hubungan
– Melatih pelajar-pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang diberikan
– Memupuk nilai kepimpinan – Cara mengendalikan pasukan dan keupayaan mengatasi masalah kecemasan
– Memperoleh kemahiran tertentu seperti kemahiran membuat perabot melalui kelab kemahiran hidup
Penutup Karangan
Aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada melakukan kegiatan yang tidak baik seperti melepak dan sebagainya.
Aktiviti kokurikulum membentuksahsiahpelajar
Pembentukan sahsiah seseorang pelajar tidak mungkin sempurna tanpa penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum. Tulis karangan tentang pernyataan ini.
Pendahuluan Karangan
– matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
– pendidikan akademik sahaja tidak mungkin mencukupi
– perlu diseimbangkan dengan aktiviti kokurikulum
Isi Karangan
– Mengasah kebolehan fizikal (misalnya melalui aktiviti permainan)
– memupuk bakat kepimpinan (dengan mengetuai persatuan)
– memupuk kebolehan menyelesaikan masalah/ krisis – menjayakan sesuatu projek
– memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan
Penutup Karangan
– jelaslah betapa pentingnya aktiviti kokurikulum dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar
– oleh itu, aktiviti kokurikulum tidak harus dipandang remeh
– pelajar harus mengimbangkan bidang akademik dengan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum