Skip to content

Contoh Karangan Amalan rasuah (kesan dan usaha)

Karangan Amalan rasuah

Amalan rasuah telah memberi kesan buruk kepada pembangunan negara dan imej Malaysia sentiasa dicemari. Langkah – Langkah perlu diambil supaya masalah ini dapat diatasi segera.

KesanAmalan rasuah dan usaha mengatasi

Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Sememangnya rasuah mendatangkan kesan buruk kepada pembangunan negara.

Menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran

Amalan rasuah boleh memberi kesan kepada pembangunan negara kerana dapat menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Sesebuah kerajaan boleh jatuh akibat rasuah kerana rasuah boleh menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak terurus. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Misalnya, pentadbiran kerajaan Filipina di bawah pentadbiran Fidel Marcos yang kucar kacir akibat rasuah. Masyarakat akan hilang keyakinan terhadap pemimpin negara yang mengamalkan rasuah. Kesannya, rakyat mungkin akan memberontak dan mencetuskan reformasi.

mengancam keselamatan negara

Amalan rasuah boleh memberi kesan kepada pembangunan negara kerana mengancam keselamatan negara. Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika dan mutu kerja. Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang bermutu demi mengaut keuntungan.Bangunan dibina mungkin tidak mengikut standard dan piawaian keselamatan.Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh seperti stadium bola sepak di Gong Badak,Terengganu.

mengancam ketegaan ekonomi negara

Amalan rasuah boleh memberi kesan kepada pembangunan negara kerana rasuah juga mengancam ketegaan ekonomi negara. Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta hangus akibat rasuah.Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita kerana pelabur akan lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap.Kehilangan pelabur boleh melumpuhkan ekonomi negara.

memantapkan tindakan undang-undang

Rasuah boleh diatasi dengan memantapkan tindakan undang-undang. Tindakan yang lebih efisien telah dilakukan oleh kerajaan agar amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam dapat dibanteras dari akar umbi. Penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan amalan rasuah pada kemudian hari.

meningkatkan kualiti sistem dan prosuder pentadbiran

Rasuah boleh diatasi dengan meningkatkan kualiti sistem dan prosuder pentadbiran. Dengan pengenalan teknologi moden diharapkan peluang untuk penjawat awam melakukan malan rasuah agar terbatas.Dengan mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT) juga merupakan salah satu tindakan yang berkesan dalam membendung amalan rasuah.Melalui cara ini, seorang individu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekali gus membendung amalan rasuah yang mudah berlaku.

Penutup Karangan

Kesimpulannya,rasuah merupakan wabak sosial yang mestilah dibanteras hingga ke akar umbi. Apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung akan mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan negara dan menyebabkan penurunan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Tindakan saksama yang dikenakan terhadap pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan dapat mengatasi gejala rasuah di negara kita. Maka, setiap lapisan masyarakat memainkan peranan dan pelbagai langkah perlu diambiluntukmengatasi masalah ini. Lantas, kerajaan dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat dan negara kita dapat terus maju.

1 thought on “Contoh Karangan Amalan rasuah (kesan dan usaha)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *