Skip to content

Contoh Resume: Permohonan Sebagai Guru Prasekolah

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Contoh Resume: Permohonan Sebagai Guru Prasekolah

Karangan Berformat: Resume Permohonan Sebagai Guru Prasekolah

Nama : Nadia Hanim Binti Mustafa

Kelulusan
Diploma Pendidikan Awal kanak-Kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Anugerah
Saya pernah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang semasa belajar di Sekolah Menengah Air Putih di Ipoh. Selain itu, saya turut mendapat Anugerah Pelajar Terbaik bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik ketika di Tingkatan Lima. Semasa di univeristi, saya telah berjaya memperoleh purata nilai gred tertinggi dan mendapat Anugerah Dekan bagi empat semester berturut-turut.

Kemahiran Teknologi Maklumat
Saya mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Excell dan Power Point dengan baik. Saya juga sangat mahir dalam penggunaan Canva dan Apps yang ada dalam Ipad seperti Keynotes, Popplet, Pages serta iMovie.

Kemahiran Bahasa
Saya boleh bertutur dengan baik dan lancar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain itu, saya turut mempelajari dan fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

Kemahiran Tambahan
Saya boleh menari tarian tradisional Melayu seperti Zapin dan Inang. Saya juga berkebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Dengan kemahiran ini, sudah pasti saya dapat manfaatkannya untuk mengajar kanak-kanak tentang tarian dan alat muzik tersebut.

Potensi Diri
Saya mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. Malahan saya mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan terutamanya dalam menjalin hubungan yang mesra dengan kanak-kanak.

Alamat untuk dihubungi
No 27 Jalan Botani 4,
Taman Botani,
31250 Ipoh, Perak
No telefon : 012-5576321
E-mel : [email protected]

Individu Rujukan
Profesor Khairil Benjamin Bin Ahmad
Pensyarah Kanan
Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjung Malim, Perak.


Apa itu resume?

Resume ialah ringkasan, ataupun catatan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, pencapaian dan sebagainya tentang diri seseorang. Biasanya resume ini digunakan semasa memohon sesuatu pekerjaan.

Resume melibatkan informasi seperti pendidikan formal, pengalaman kerja, keahlian khusus, kegiatan sukarela dan pencapaian lain. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran yang cepat dan mudah dipahami tentang profil anda, memudahkan pihak yang membaca untuk membuat keputusan awal tentang kesesuaian dalam pekerjaan tersebut.

Format Penulisan Resume

1. Tajuk (Permohonan Jawatan Yang Dipohon)
2. Maklumat Peribadi (Nama Pemohon)
3. Kelulusan Pemohon
4. Anugerah (Yang diperoleh semasa di peringkat sekolah)
5. Kemahiran (Teknologi Maklumat, Bahasa, Kemahiran Tambahan)
6. Potensi Diri Pemohon
7. Alamat Untuk Dihubungi Termasuk Nombor Telefon Dan Alamat E-mel
8. Individu Rujukan (Yang Mengenali Diri Pemohon)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *