Skip to content

Karangan Berformat Resume: Guru Tadika

Permohonan Sebagai Guru Tadika Perpaduan

Iklan di bawah berkaitan dengan tawaran kerja.
Sediakan sebuah resume yang lengkap mengandungi latar belakang, jawatan yang ingin dipohon, kemahiran, pencapaian, pengalaman dan rujukan bagi memohon satu daripada kerjaya yang diiklankan.

Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Karangan Berformat Resume

Permohonan Sebagai Guru Tadika Perpaduan

Nama penuh: AZIZAH BINTI HUSSEIN

Alamat Rumah:
NO 57, JALAN SERI AMAN, TAMAN DAMANSARA JAYA,
47400 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Nombor Telefon Bimbit: 019-5050900

E-mel: [email protected]

Jawatan Yang Ingin Dipohon: Guru Tadika Perpaduan

Pendidikan

Saya menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Shah Alam dan meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Razak. Setelah menamatkan SPM dan STPM, saya melanjutkan pengajian saya di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Kesusasteraan Melayu.

Kemahiran

Saya mempunyai kemahiran berbahasa Melayu, Inggeris, dan Cina. Saya boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam ketiga-tiga bahasa ini dengan cemerlang. Kebolehan ini memberi saya kelebihan dalam berkomunikasi dengan murid-murid yang bukan penutur asli Bahasa Melayu.

Pencapaian

Semasa di sekolah menengah, saya merupakan setiausaha Lembaga Disiplin SMK Tun Razak dan mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2020. Dalam bidang kokurikulum pula, saya merupakan konduktor pasukan bicara berirama Bahasa Inggeris dan menjuarai Pertandingan Bicara Berirama Bahasa Inggeris pada peringkat daerah Ulu Langat pada tahun 2019.

Di universiti, saya merupakan seorang graduan kelas pertama dengan gred purata kumulatif 3.55. Semasa di universiti, saya pernah mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa dan menggalas amanah sebagai Eksekutif Biro Kebajikan.

Pengalaman

Saya pernah bekerja sambilan di Pusat Tuisyen di Bukit Pinang sebagai guru Bahasa Melayu selama setahun. Selain itu, saya pernah bekerja secara kontrak sebagai guru di Tadika Mesra selama satu tahun.

Rujukan

Sekiranya pihak ingin mendapatkan perakuan mengenai saya, sila hubungi Profesor Madya Dr. Abdul Rashid Jamilan iaitu penasihat akademik Fakulti Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia di talian 019-8188998.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *