Skip to content

Rangka Karangan Sukan – Faedah dan Usaha Meningkat

Teknik menulis karangan

Perkembangan Sukan di Malaysia semakinpopulardari aspek penyertaan dan pemandangan. Huraikan faedah bersukan dan usaha yang dapat meningkatkan mutu sukan negara kita.

Perkembangan Sukan di Malaysia

  • perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri
  • banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu
  • banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan
  • biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk meningkatkan pencapaian dalam sukan
  • banyak institusi sukan yang dibina- jurulatih asing diambil
  • beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
  • peningkatan taraf semi-prc – bola sepak

Faedah faedah Bersukan

  • membina kesihatan tubuh dan mental
  • menawarkan satu peluang niaga, iaitu pengeluaran alat-alat sukan
  • peluang pekerjaan dapat diwujudkan / mengurangkan masalah pengangguran
  • mengeratkan hubungan dengan negara lain
  • mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan
  • mengeratkan silaturahim dan persaudaraan

Usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara

  • program latihan sukan yang lebih teratur -misalnya projek BAM untuk badminton, projek bola sepak MILO, projek sekolah menengah
  • menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa -misalnya untuk badminton, olahraga, bola sepak dan sebagainya
  • menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasnya atau acara sukan -misalnya Bola Sepak Piala Merdeka, Badminton Terbuka, Sukan Komanwel 1988, dan lain-lain
  • menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan
  • memajukan sukan di sekolah-sekolah
  • menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa

Contoh Karangan: Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *