Skip to content

Contoh Karangan – Ucapan Sambutan Hari Guru

Ucapan Sambutan Hari Guru

Sekolah anda akan menganjurkan sambutan Hari Guru. Sebagai ketua pelajar, anda telah diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tulis teks ucapan anda selengkapnya.

Ucapan Sambutan Hari Guru

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua Tuan Haji Zainuddin bin Loman, guru cemerlang, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Berdirinya saya di dewan keramat ini untuk menyampaikan sebuah ucapan yang bertajuk ‘Guru insan yang penting dalam kehidupan kita’.

Sebelum saya membentangkan hujah saya, molek sekiranya jika saya definisikan tajuk saya kepada beberapa frasa. Frasa yang pertama ialah guru, guru saya menakrifkan sebagai individu yang mempunyai ilmu yang banyak dan sedia untuk berkongsi dengan orang ramai. Frasa yang kedua ialah insan yang penting ditakrifkan sebagai individu yang sentiasa diperlukan ketika senang mahupun susah. Frasa yang terakhir ialah kehidupan kita dapat ditakrifkan sebagai jangka hayat seseorang individu dalam melakukan pelbagai perkara sebelum tempoh hayatnya tamat.

Rakan-rakan yang dihormati,

Insan yang paling mulia di segenap penjuru dunia ialah seorang guru kerana guru mempunyai harta yang sangat bernilai berbandingkan dengan segunung emas di muka bumi ini. Harta mereka yang sangat bernilai itu ialah ilmu kerana ilmu dapat melahirkan insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Selain itu juga, martabat guru diangkat tinggi oleh semua orang kerana guru merupakan orang yang sangat terhormat di dunia dan di akhirat.

Seterusnya, guru menjadi tempat untuk kita peroleh maklumat tidak kira tempat mahupun bila kerana guru mempunyai ilmu yang sangat banyak. Jika seseorang murid tidak memahami pelajaran yang dipelajarinya, murid itu perlulah merujuk kepada guru kerana guru mengetahui jawapan bagi persoalan murid tersebut. Selain itu juga, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru menjadi semakin erat.

Di samping itu juga, guru boleh dijadikan sebagai keluarga kita kerana di sekolah kita hanya mempunyai guru dan pelajar sahaja. Jika kita melakukan kesilapan atau kesalahan, merekalah yang akan menegur kita selain daripada kawan sekolah. Guru menjaga tingkah laku kita untuk menjadi seorang insan yang mampu berdikari dan berdisiplin. Tanpa guru, hidup masyarakat di sini tidak akan sempurna kerana gurulah yang mengajar dan mendidik supaya hidup kita menjadi sempurna.

Rakan-rakan yang disayangi,

Guru juga dapat melahirkan ramai atlet ataupun orang yang berjaya di dunia sebagai contoh, Dato Dr Syeikh Muzaffar tidak akan menjadi seorang angkasawan jika guru tiada. Sebagai bukti dia menggunakan ilmu yang dipelajarinya di sekolah agar dia menjadi seorang angkasawan yang terhebat di Malaysia. Ramai lagi insan yang berjaya di dunia ini oleh kerana guru yang mengajar mereka agar mereka menjadi seorang yang hebat di dunia. Tanpa guru, maka negara Malaysia akan mundur dan kekal mundur.

Di akhir ucapan saya, ingin saya mengatakan bahawa ilmu yang dibawa oleh guru perlu kita manfaatkan kerana peluang tersebut tidak akan datang lagi sekiranya kita tidak memanfaatkan ilmu yang dibawa oleh guru. Kita sebagai pelajar perlulah menghormati guru-guru kita kerana mereka diibaratkan sebagai kunci kepada kejayaan. Jika kita tidak menghormati mereka, masa depan kita akan kabur dan kemungkinan kita akan menjadi orang yang rugi. Oleh itu, hormatlah guru yang mengajar kita.

Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun.

Banyak padi perkara padi, 
Padi mana ditanam orang; 
Banyak budi perkara budi, 
Budi guru dikenang orang.

Sekian, terima kasih.    

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *