Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Ujian Lisan SPM – Soalan Taksiran Individu

Ujian Lisan SPM Soalan Taksiran Individu Ujian Lisan SPM - Soalan Taksiran Individu

Soalan Taksiran Individu merangkumi 40% daripada Ujian Lisan SPM Bahasa Melayu dan merupakan soalan yang sangat penting. Berikut adalah beberapa contoh soalan untuk rujukan pelajar.

Soalan Ujian Bertutur Individu (Ujian Lisan)

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan struktur ayat yang gramatis.

Calon akan membaca bahan rangsangan sebelum menjawab soalan. Kemudian calon akan diuji dengan 4 soalan, iaitu 2 soalan berdasarkan bahan rangsangan dan 2 soalan KBAT yang berkaitan bahan rangsangan tersebut.

Amalan Rumah Terbuka

  1. Gambarkan amalan rumah terbuka yang telah anda baca.
  2. Ceritakan perayaan yang anda sambut.
  3. Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah amalan rumah terbuka dapat mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia?
  4. Amalan rumah terbuka boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan negara. Berikan ulasan anda.

Contoh Jawapan bagi Soalan Taksiran Individu: Amalan Rumah Terbuka

Industri Pelancongan

  1. Nyatakan kementerian yang bertanggungjawab mempromosikan jenama Malaysia di mata dunia.
  2. Apakah tujuan “Malaysian Kitchen” dianjurkan di kota London?
  3. Senaraikan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
  4. Cadangkan beberapa faktor yang mampu menarik rakyat negara ini dan pelancong asing melancong di Malaysia.

Jawapan Soalan Taksiran Individu: Industri Pelancongan

Kepupusan haiwan liar

  1. Nyatakan punca-punca kepupusan haiwan liar.
  2. Berikan kepentingan mengekalkan haiwan liar dalam sesebuah negara.
  3. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tindakan yang paling efisien untuk menangani kepupusan haiwan liar?
  4. Aktiviti pemburuan haiwan liar secara haram semakin berleluasa untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Berikan ulasan anda.

Contoh Soalan Taksiran Individu: Kepupusan haiwan liar

Kebudayaan tradisional

  1. Berikan jenis-jenis kebudayaan tradisional yang terdapat di Malaysia.
  2. Apakah tanggungjawab remaja untuk melestarikan kebudayaan tradisional?
  3. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa untuk memperkenalkan dan meningkatkan minat anak-anak mereka terhadap kebudayaan tradisional?
  4. Kebanyakan remaja kini lebih tertarik kepada permainan berteknologi berbanding dengan permainan tradisional. Berikan ulasan anda.

Jawapan bagi Soalan Taksiran Individu: Kebudayaan tradisional

Kelebihan aktiviti berbasikal

  1. Berdasarkan keterangan di atas, nyatakan kelebihan kelebihan aktiviti berbasikal.
  2. Selain aktiviti berbasikal, apakah aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk beriadah?
  3. Kemukakan beberapa langkah untuk menggalakkan masyarakat berbasikal sebagai aktiviti riadah.
  4. Berbasikal boleh mengeratkan silaturahim. Ulaskan.

Nasi Lemak

  1. Mengapakah makanan tradisional ini dinamakan nasi lemak?
  2. Selain sambal, ikan bilis, telur rebus dan kacang, apakah laukpauk lain yang biasanya dimakan bersama nasi lemak?
  3. Negara kita kaya dengan makanan tradisional. Nyatakan makanan-makanan tradisional mengikut kaum di MalaysiA.
  4. Nasi lemak menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Berikan pendapat anda.

Faedah Kitar semula

  1. Berdasarkan petikan, berikan maksud kitar semula?
  2. Amalan kitar semula banyak memberi faedah kepada kita. nyatakan faedah-faedah tersebut.
  3. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling sesuai menggalakkan masyarakat menjayakan kitar semula?
  4. Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan anda apabila melihat pembungkus plastik dan sisa makanan di atas meja kantin sekolah.

Pendidikan TVET

  1. Mengapakah hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara industi akan terbantut?
  2. Apakah matlamat kerajaan dengan memperkenalkan Pendidikan TVET?
  3. Pertumbuhan ekonomi global memerlukan setiap tenaga kerja mempunyai kemahiran khusus dalam bidang pekerjaan seperti automotif,, kejuteraan, perhotelan dan sebagainya. Pada pendapat anda, apakah kelebihan kepada individu yang mempunyai pendidikan kemahiran tersebut?
  4. Cadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menarik minat murid dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional.

Jawapan Soalan Ujian Bertutur Individu: Pendidikan Asas Kemajuan

Amalan Gaya Hidup Sihat

  1. Nyatakan aktiviti-aktiviti riadah yang dapat dilakukan secara berkumpulan berdasarkan bahan yang telah anda baca.
  2. Bagaimanakah cara untuk memastikan tahap kesihatan diri sentiasa terjaga?
  3. Cadangkan beberapa langkah untuk memupuk minat beriadah dalam kalangan murid yang tinggal di asrama.
  4. Aktiviti-aktiviti riadah memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian kita. Berikan ulasan anda.

Isu Rasuah

  1. Apakah takrifan rasuah?
  2. Berapakah jumlah maklumat berkaitan rasuah yang diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara tahun 2013 hinggan tahun 2018?
  3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan jenayah rasuah di negara kita dapat dihapuskan?
  4. Rasuah telah memberikan kesan terhadap rakyat dan negara. Ulaskan

Pertanian dan Penternakan

  1. Apakah persediaan-persediaan yang perlu dititikberatkan sebelum menceburi bidang pertanian dan penternakan?
  2. Nyatakan jenis-jenis penternakan yang berpotensi untuk menghasilkan keuntungan yang besar.
  3. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan bidang pertanian?
  4. Para petani dan penternak lembu perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai risiko ketika mengusahakan bidang ini. Ulaskan.

Peningkatan penggunaan Internet

  1. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, nyatakan peratus peningkatan penggunaan Internet bagi rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas pada tahun lepas.
  2. Nyatakan dua aktiviti utama yang menyebabkan peningkatan penggunaan Internet di Malaysia.
  3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi ketagihan murid terhadap permainan secara dalam talian?
  4. Budaya membeli barang secara dalam talian telah memberikan kelebihan yang banyak kepada pengguna. Huraikan.

Kes Buli

  1. Nyatakan keadaan individu yang sering dibuli berdasarkan bahan yang telah anda baca.
  2. Berikan faktor-faktor seseorang individu menjadi pembuli.
  3. Pada pandangan anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk menangani gejala buli dalam kalangan murid?
  4. Buli siber semakin berleluasa pada masa ini dan memberi kesan yang mendalam kepada mangsa buli. Berikan ulasan anda.

Soalan Percubaan SPM (Trial Paper)

Soalan Percubaan SPM 2024 untuk Bahasa Melayu Kertas 3 Bahagian A (Ujian Lisan Taksiran Individu) bagi Negeri Melaka.

BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU (40 MARKAH)

Gejala Influenza

Ujian Bertutur - Gejala Influenza
Ujian Bertutur – Gejala Influenza

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Penyakit ini boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Virus influenza merebak daripada seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut. Wabak yang disebabkan oleh virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema yang ringan kepada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain. Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

  1. Apakah definisi influenza?
  2. Apakah risiko wabak yang disebabkan virus influenza bermusim?
  3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap individu untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus?
  4. Nyatakan peranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit bawaan virus.

Aktiviti Mendaki

Ujian Bertutur - Aktiviti Mendaki
Ujian Bertutur – Aktiviti Mendaki

Malaysia terdapat banyak gunung dan bukit yang menyediakan beraneka bentuk cabaran untuk diterokai oleh golongan yang gemar akan aktiviti lasak. Meskipun dahulunya dianggap aktiviti yang lasak dan tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak dan warga emas, persepsi itu kian berubah. Malahan, ibu bapa semakin terbuka untuk menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti mendaki yang mungkin sebelum ini dilihat sebagai kegiatan luar yang berisiko tinggi dari segi keselamatan. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka benar-benar bersedia dari segi mental dan fizikal, menggunakan khidmat penunjuk arah profesional dan menyediakan peralatan mendaki yang mencukupi. Begitu juga dengan golongan warga emas yang memerlukan mereka membuat persediaan rapi ketika melakukan aktiviti berkenaan seperti membawa ubat-ubatan, tidak mendaki seorang diri dan memahami keadaan diri dari segi mental serta fizikal.

  1. Nyatakan salah satu aktiviti lasak yang terdapat di Malaysia.
  2. Apakah persediaan-persediaan yang perlu dibuat sebelum mendaki?
  3. Pada pendapat anda, apakah punca-punca sukan lasak kurang diminati?
  4. Sebagai ibu bapa yang menggemari aktiviti lasak, apakah cara untuk menarik minat anak-anak untuk turut serta dalam aktiviti tersebut?

Perpaduan

Ujian Lisan - Perpaduan
Ujian Lisan – Perpaduan

Sambutan ini merupakan usaha memperkukuh penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum di samping memperkasa penghayatan Rukun Negara. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, penganjuran tersebut adalah sebahagian daripada program flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah. Sambutan Minggu Perpaduan berlangsung pada 20 hingga 28 Mei 2023 secara serentak di seluruh negara. Pelancaran sambutan tahun 2023 ini bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’, telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Waterfront Kuching, Sarawak. Majlis turut dihadiri TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier of Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

  1. Mengapakan sambutan Minggu Perpaduan ini diadakan?
  2. Nyatakan tiga kluster yang terdapat dalam program mercu Kembara Perpaduan.
  3. Pada pendapat anda, apakah punca-punca negara kita dapat mengekalkan perpaduan?
  4. Sebagai guru mata pelajaran Sejarah, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan murid- murid?

Keciciran Murid

Ujian Lisan - Keciciran Murid
Ujian Lisan – Keciciran Murid

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menekankan usaha untuk menangani isu keciciran murid menerusi pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, setiap warganegara ini berhak mendapat akses pendidikan berkualiti tanpa latar belakang.

Menurut beliau, Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu inisiatif antara KPM bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia( KKM). Menurutnya lagi, kementerian juga turut bekerjasama dengan Jabatan Penjara untuk menyediakan peluang pendidikan akademik yang dikenali sebagai Pendidikan Korektif bagi penghuni yang berminat untuk meneruskan pembelajaran.

Antara mata pelajaran yang diajar di kelas SDH ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelas dijalankan pada waktu pagi dan petang iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan kelas petang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.

  1. Nyatakan pihak yang menekankan usaha untuk menangani isu keciciran murid.
  2. Apakah mata pelajaran yang diajarkan di Sekolah Dalam Hospital?
  3. Pada pendapat anda, apakah kelebihan sekiranya seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan?
  4. Sebagai ibu bapa, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi memastikan anakanak tidak keciciran dalam pelajaran?

Udang Galah

Ujian Bertutur Individu - Udang Galah
Ujian Bertutur Individu – Udang Galah

Udang galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosanbergi merupakan hidupan air tawar yang sangat sensitif pada waktu malam. Udang galah kebiasaannya hidup di sungai, saliran, tasik dan muara sungai. Udang galah amat digemari kerana isinya yang enak berbanding jenis udang lain. Hal ini menyebabkan harga udang galah boleh mencecah sehingga 40 ringgit sekilogram. Malahan ramai penternak telah menukarkan ternakan kepada udang galah kerana pasarannya yang tinggi.

Penternakan udang di Malaysia sebenarnya belum setanding dengan negara Thailand, Vietnam dan Taiwan. Aspek yang perlu diambil kira sebelum memulakan ternakan udang galah ialah saiz kolam kerana kolam yang sempit akan mempengaruhi saiz udang. Selain itu, kolam perlu terdedah kepada cahaya matahari untuk membunuh pemangsa yang ada di dalam kolam seperti ikan dan belut.

  1. Di manakah udang galah kebiasaannya hidup?
  2. Nyatakan nama negara yang telah maju dalam bidang ternakan udang galah?
  3. Pada pendapat anda, mengapakah golongan muda tidak berminat untuk menceburi bidang pertanian?
  4. Sebagai Pegawai Jabatan Pertanian, jelaskan usaha yang boleh dilakukan untuk memajukan bidang pertanian.

Makanan Selamat

Soalan Taksiran Individu - Makanan Selamat
Soalan Taksiran Individu – Makanan Selamat

Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu lambakan dan status keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan serta pusat tahfiz yang boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan. KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa memperkasa kawalan pencegahan keracunan makanan di setiap peringkat rantaian makanan. Antaranya adalah dengan membangunkan Garis Panduan Keselamatan Makanan Bank Makanan (Food Bank) yang menyediakan panduan bagi penyediaan makanan yang selamat dan berkualiti untuk tujuan sumbangan. Penderma makanan harus memastikan makanan disediakan selamat dimakan dan meletakkan maklumat seperti tarikh, masa makanan siap dimasak, masa akhir perlu dimakan atau tarikh luput makanan sebelum dimakan dan mesej keselamatan makanan supaya makanan tersebut dimakan dengan kadar segera dalam tempoh empat jam selepas disediakan.

  1. Nyatakan nama program KKM untuk memperkasakan kawalan pencegahan keracunan makanan.
  2. Nyatakan tempoh selamat bagi setiap makanan yang telah disediakan untuk dimakan.
  3. Pada pendapat anda, apakah kesan keracunan makanan?
  4. Sebagai seorang peniaga makanan, bagaimanakah cara anda mengelakkan makanan tercemar?

Kuih Tradisional

Soalan Taksiran Individu - Kuih Tradisional
Soalan Taksiran Individu – Kuih Tradisional

Kuih tradisional Malaysia ialah sebahagian elemen penting dalam kepelbagaian dan kekayaan warisan kulinari negara ini. Terdiri daripada pelbagai jenis dan rasa, kuih-kuih ini tidak hanya memukau dengan keunikan bentuk dan tekstur bahkan menggambarkan warisan budaya yang kaya dan kelestarian tradisi. Kuih Lapis diperbuat daripada santan, tepung beras dan gula. Setiap lapisannya dimasak secara berasingan sehingga membentuk kuih yang berwarna-warni dan lembut. Seterusnya, kuih talam terdiri daripada dua lapisan iaitu satu lapisan putih dan satu lapisan hijau. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras, santan dan daun pandan. Kuih-muih ini merupakan beberapa contoh kuih tradisional yang popular di negara ini. Sememangnya Malaysia mempunyai banyak lagi variasi makanan tradisi lazat yang pastinya boleh diterokai oleh usahawan bagi memasarkan ke peringkat yang lebih tinggi.

  1. Apakah salah satu elemen yang menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan warisan kulinari?
  2. Berdasarkan petikan, apakah bahan-bahan untuk membuat kuih lapis?
  3. Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat kepada remaja yang meminati mempelajari cara membuat kuih tradisional?
  4. Bagaimanakah kuih tradisional boleh membantu menambah pendapatan seseorang?

Jati Diri

Soalan Lisan Individu - Jati Diri
Soalan Lisan Individu – Jati Diri

Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang mempunyai karakter dan jiwa yang membentuk keutuhan diri. Jati diri sebahagian anak muda khususnya semakin menipis lantaran ditelan arus kemodenan, bahkan pengaruh Barat yang tiada sempadan sehingga ada yang tidak mengambil kisah erti kemerdekaan 31 Ogos 1957. Jadi, dalam memastikan jati diri rakyat Malaysia tidak terus terhakis, semangat cinta akan negara perlu sentiasa disemai dalam diri supaya semangat patriotik pejuang-pejuang kemerdekaan tidak luntur. Menurut Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, “Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.”

  1. Apakah maksud jati diri?
  2. Nyatakan punca jati diri anak muda semakin luntur?
  3. Bagaimanakah cara menghormati nyanyian lagu Negaraku?
  4. Sebagai warganegara yang baik, apakah cara meningkatkan patriotisme dalam diri?

Karya Sastera

Soalan Ujian Lisan - Karya Sastera
Soalan Lisan Individu – Karya Sastera

Kepentingan mempelajari karya sastera yang paling ulung adalah supaya kita mengenali dan mencintai bahasa ibunda kita. Ibarat kata pujangga, tak kenal maka tak cinta. Salah satu cara untuk mempelajari bahasa adalah dengan menelaah karyakarya sastera yang ditulis mengikut tahap penggunaan bahasa yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana karya sastera bahasa Melayu khususnya terdiri daripada pelbagai jenis seperti penulisan novel, cerpen, sajak, syair dan juga puisi. Corak penulisan yang mempunyai format seperti ritma menjadikan karya sastera itu menarik dan indah untuk dibacakan. Keunikan ini menjadikan bahasa Melayu berbeza dengan bahasa lain dan kita boleh berasa bangga kerana mempunyai identiti tersendiri. Pihak berkuasa hanya perlu memperbanyak karya sastera untuk bacaan umum supaya memupuk semangat cinta terhadap bahasa Melayu dalam kalangan orang awam. Kecintaan terhadap bahasa kebangsaan kita akan terpupuk jika mempelajari karya sastera.

  1. Apakah kepentingan mempelajari karya sastera?
  2. Bagaimanakah pihak berkuasa boleh memupuk semangat cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan orang awam?
  3. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja mempelajari sastera?
  4. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memartabatkan kembali sastera Melayu di negara kita?

Manfaat Pohon Bambu

Soalan Ujian Lisan - Manfaat Pohon Bambu
Soalan Ujian Lisan Individu – Manfaat Pohon Bambu

Buluh atau bambu yang berusia dalam lingkungan empat hingga lima tahun sesuai untuk dijadikan perabot. Pada peringkat ini, buluh telah matang dan sesuai untuk ditebang. Buluh yang berusia lebih daripada lima tahun tidak sesuai untuk dijadikan perabot kerana mudah pecah dan merekah. Buluh yang berusia di bawah usia empat tahun juga tidak sesuai dijadikan perabot kerana mudah mengecut. Sebelum dijadikan perabot, buluh perlu diawet terlebih dahulu bagi menghindarkan masalah bubuk, kulat dan cendawan. Buluh boleh diawet dengan menggunakan kaedah tradisional ataupun moden. Kaedah tradisional mengawet buluh adalah dengan merendam, mengasap dan merebus buluh yang hendak diawet. Kaedah mengawet buluh secara moden pula memerlukan bahan kimia tertentu.

  1. Berapakah usia buluh atau bambu yang sesuai dijadikan perabot?
  2. Apakah yang perlu dilakukan sebelum buluh dijadikan perabot?
  3. Pada pendapat anda, apakah produk yang sesuai dihasilkan menggunakan buluh?
  4. Sebagai usahawan perabot berasaskan buluh, apakah punca-punca perabot berasaskan buluh semakin mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat?
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

You cannot copy content of this page

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x