Skip to content

Nota Komsas Sajak www.sibermerdeka.com.my

www.sibermerdeka.com.my

Sajak www.sibermerdeka.com.my karya Abdul Ghaffar Ibrahim. Berikutnya maksud sajak, tema, persoalan, bentuk, gaya bahasa, nilai dan pengajaran komsas ini.

Maksud sajak www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam diri penyajak, dia telah bertekad dengan mengatur perancangan untuk membebaskan kehidupannya daripada belenggu kemiskinan pada setiap masa.

Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam pemikiran penyajak, akan berlaku pertelingkahan antara masalah dengan perkara mudah yang akan ditempuhinya dalam usahanya untuk membebaskan pemikirannyaagar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Penyajak merasakan bahawa dalam meniti kehidupannya, pelbagai dugaan dan cabaran yang akan ditempuhinya. Pelbagai dugaan yang berlaku itu menguji kesabaran dan keimanan dirinya.

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Tatkala penyajak berasa dirinya sudah kuat dan teguh, diaberasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu dan tipu muslihat yang licik. Namun begitu, penyajak bernasib baik kerana diacepat tersedar danseterusnya berwaspada dalam setiap tindak-tanduknyaagar tidak terperdaya lagi.

Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Penyajak telah bersedia dan mempersiapkan dirinya untuk menerima cabaran dan sesuatu masalah yang mendatang. Penyajak juga perlu berani menyahut cabaran dan masalah yang bakal dihadapi dalam kehidupannya.

Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang

aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih berani dan matangdalammenghadapicabaran. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah menyokong,
berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri untuk
tidak mengulangi kekalahan.

Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri untuk membuat keputusan yang tepat dan lebih teguh dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca

terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia

hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak banyak menempuhi peristiwa pahit dan manis sepanjang kehidupannya. Penyajak mengingatkan dirinya agar tidak mempersia-siakan baki kehidupannya. Penyajak menasihati pembaca agar mengisi masa dengan mendekatkan dirinya kepada Tuhan.


Tema sajak www.sibermerdeka.com.my

Ketabahan seorang insan untukmenghadapi dugaan dancabaran hidup. Penyajak sering bermuhasabah diri dalam menghadapi dugaan danmenguji kesabaran agar tidak mudah tersungkur ketika berhadapan dengan unsur jahat.


Persoalan sajak www.sibermerdeka.com.my

Kepentingan merancang kehidupan
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah atau kesusahan yang dihadapinya.

Kegigihan untuk menyelesaikan masalah
Dalam pemikiran penyajak, dia cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Cara menjalani hidup dengan bermanfaat
Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

Kepentingan merancang kehidupan
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

Muhasabah diri ke arah kebaikan.
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan.

Keinginan mendekatkan diri kepada Tuhan
Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.


Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

(a) Berbentuk bebas atau tidak terikat.

(b) Terdiri daripada lapan rangkap.

(c) Bilangan barisnya dalam setiap rangkap tidak sama:
rangkap pertama (empat baris),
rangkap kedua (empat baris),
rangkap ketiga (tiga baris),
rangkap keempat (tiga baris),
rangkap kelima (lima baris)
rangkap keenam (lima baris),
rangkap ketujuh (tujuh baris),
rangkap kelapan (lapan baris).

(d) Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lapan patah kata.

(e) Jumlah suku kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tujuh hingga sembilan belas suku kata.

(f) Rima akhir sajak ini bebas; abac, abac, abb, abc, abbcd, abcbc, abcdefe, dan aabcadad.


Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

Pemilihan kata yang indah dan pembinaan ungkapan oleh penyajak puitis dan berkesan
Contohnya, aku tanam saujana rancangan.

Anafora
Contohnya; aku berlatih menangkis angin, aku berlatih memunggah awan (rangkap 5, baris 1 dan 2).

Simbolik
Contohnya, aku bahas isu onak dan enak (onak melambangkan kesukaran/masalah/cabaran; enak melambangkan kesenangan/mudah).

Repetisi
Contohnya, peristiwa datang peristiwa pergi.

Metafora
Contohnya, ombak gelora, pantai aman, pangkalan usia.

Personifikasi
Contohnya, ombak gelora menampar pantai aman, Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia.

Sinkope
Contohnya, tak.

Simile
Contohnya, bagai siang memanggil malam.

Asonansi (perulangan bunyi vokal a)
Contohnya, aku tak cemas lagi.

Aliterasi (perulangan konsonan d)
Contohnya: Dalam dewan diriku.

Sajak ini bernada melankolik.


Nilai sajak www.sibermerdeka.com.my

Nilai rasional
Contoh: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

Nilai kegigihan
Contoh: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Nilai keinsafan
Contoh: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Nilai kebijaksanaan
Contoh: Penyajak bijak membuat perancangan untuk mengatasi masalahnya.

Nilai ketaatan
Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.


Pengajaran sajak www.sibermerdeka.com.my

Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak luar.

Kita mestilah berani menangkis segala bentuk propaganda dan tuduhan melulu daripada pihak luar yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara.

Kita perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh generasi dan para pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah.

Sebagai rakyat yang berbilang kaum, kita hendaklah bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara yang tercinta ini.

Kita haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman, sejahtera, dan harmoni.

Kita mestilah bersama-sama memajukan negara dalam pelbagai bidang agar maruah negara terjamin pada peringkat antarabangsa.

Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan agar tidak terpedaya lagi.

Kita mestilah memiliki pendirian agar tidak mudah terpengaruh dengan orang lain.

Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri agar tidak mudah tewas dalam perjuangan.

Kita mestilah gigih berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah agar tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

Kita mestilah berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan agar tidak mensia-siakan hidup.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page