Kandungan
E-wallet atau e-dompet merupakan transaksi yang dilakukan dalam talian melalui telefon pintar. Apakah kelebihan E-Wallet terhadap masyarakat dan penggunanya.
Kelebihan E-Wallet terhadap Pengguna
E-dompet atau e-wallet merupakan devais elektronik atau dalam talian yang membenarkan transaksi dilakukan secara digital melalui telefon pintar. Secara umumnya, e-dompet berfungsi seperti kad kredit atau debit, yang dihubungkan terus kepada akaun bank pengguna untuk memudahkan pembayaran tanpa tunai. Selain itu, transaksi juga boleh dilakukan melalui imbasan kod QR, yang semakin popular dalam pelbagai sektor. Di Malaysia, penggunaan e-dompet telah menjadi norma dalam kehidupan seharian, termasuk untuk membayar bil utiliti, membeli makanan, tol, petrol, barangan peribadi, serta perbelanjaan runcit. Menurut laporan Bank Negara Malaysia, nilai transaksi e-dompet di negara ini telah melebihi RM11.5 bilion pada tahun 2023, menunjukkan pertumbuhan pesat dalam penerimaan teknologi ini. Persoalannya, apakah kelebihan E-Wallet terhadap pengguna dan masyarakat kita.
Perkhidmatan yang pantas dan segera
Kelebihan E-Wallet yang paling penting ialah keupayaannya menawarkan perkhidmatan yang pantas dan segera. Dalam dunia internet hari ini, masyarakat tidak dapat menunggu dua atau tiga hari untuk melihat transaksi kewangan diproses. Begitu juga, beratur panjang di kaunter semata-mata untuk membayar bil, tiket parkir, atau barangan lain bukan lagi pilihan yang praktikal. Dengan menggunakan perkhidmatan E-Wallet, transaksi kewangan dapat dijalankan dalam beberapa saat, tanpa perlu membawa wang tunai atau kad fizikal. Sebagai contoh, aplikasi seperti Touch ‘n Go eWallet, Boost, dan GrabPay membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan mudah di kedai fizikal dan atas talian. Hal ini telah membantu kita untuk menjimatkan masa dan mempercepatkan proses pembayaran dalam pelbagai urusan harian.
Contoh Karangan: Kepentingan Transformasi Digital
Tidak perlu membawa tunai
Selain itu, e-dompet menawarkan kemudahan dan keselesaan kerana pengguna tidak perlu membawa wang tunai ke mana-mana. Dengan menggunakan e-dompet, semua transaksi kewangan dijalankan secara dalam talian, menjadikannya lebih praktikal dan selamat. Sebagai contoh, membawa tunai sebanyak RM1,000 dalam dompet fizikal bukan sahaja menjadikannya tebal dan sukar dimasukkan ke dalam poket seluar, malah meningkatkan risiko kecurian. Keadaan ini boleh menarik perhatian pencuri yang mencari peluang untuk menyeluk saku dan mengambil wang tanpa disedari. Sebaliknya, dengan e-dompet, risiko kehilangan wang dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna dalam urusan harian mereka.
Lebih selamat
Penggunaan teknologi digital dengan piawaian keselamatan yang tinggi menjadikan data kewangan lebih selamat berbanding tunai. Andainya kita kehilangan kad, telefon atau devais yang menyimpan maklumat perbankan, kita boleh menghalang penggunaan kad tersebut melalui bank. Agensi penyedia e-dompet juga menyediakan lapisan keselamatan tambahan seperti kawalan kata kunci untuk menghalang penggunaan yang tidak sah. Tambahan pula, penggunaan Transaction Authorization Code (TAC) yang mengandungi enam digit kod pengesahan adalah pelindung tambahan keselamatan bagi memastikan setiap transaksi disahkan oleh pemilik sebenar akaun. Di samping itu, jika seseorang kehilangan telefon yang mempunyai aplikasi e-dompet, mereka masih boleh menyekat akses dengan log masuk ke akaun mereka melalui peranti lain dan menetapkan semula kata laluan.
Setiap transaksi dapat direkodkan
Rekod transaksi merupakan salah satu kelebihan utama e-dompet. Kebanyakan pengguna sering lupa butiran pembelian mereka, terutamanya apabila menggunakan wang tunai. Namun, dengan e-dompet, setiap transaksi direkodkan secara automatik, membolehkan pengguna menyemak kembali perbelanjaan mereka dengan mudah. Sebagai contoh, aplikasi Touch ‘n Go eWallet menyediakan rekod transaksi yang terperinci, di mana pengguna boleh melihat sejarah pembayaran tol, pembelian makanan, bayaran bil, atau tambah nilai. Dengan adanya rekod ini, pengguna dapat mengenal pasti corak perbelanjaan mereka, mengawal tabiat pembelian, dan mengurus kewangan dengan lebih berhemat.
Contoh Karangan: Cara Menjadikan Malaysia sebagai bandar pintar
Menjimatkan wang perbelanjaan
Penggunaan e-dompet bukan sahaja memudahkan urusan pembayaran, tetapi juga membantu menjimatkan wang perbelanjaan harian. Melalui kaedah yang tradisional, pengguna yang hendak membayar bil atau membeli barang perlu menggunakan kenderaan, membayar parkir dan beratur panjang untuk membuat pembayaran. Semua ini secara tidak langsung meningkatkan perbelanjaan mereka, sama ada dalam bentuk kos bahan api, tol, atau caj parkir. Namun, dengan kaedah e-dompet, semua transaksi boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar atau komputer. Selain itu, platform e-dagang seperti Shopee sering menawarkan pelbagai promosi dan diskaun eksklusif kepada pengguna e-dompet. Dengan memanfaatkan tawaran ini, pengguna bukan sahaja menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah tetapi juga dapat menjimatkan wang.
Penutup Karangan Kelebihan E-Wallet
Kesimpulannya, kelebihan penggunaan e-dompet berbanding tradisional adalah lebih laju, lebih selesa, lebih mudah, selamat, terkawal dan jaminan perlindungan data. Masyarakat yang celik internet tidak akan menunggu lama untuk beralih menggunakan e-dompet berbanding wang tunai dalam urusan pembelian dan pembayaran. Hanya dengan memiliki sebuah akaun bank, pengguna dapat mengoperasi e-dompet dalam tempoh yang singkat. Orang ramai yang semakin kritikal dalam pengurusan perbelanjaan kewangan akan mencari platform yang dapat mengurangkan pengaliran keluar wang mereka untuk aktiviti pasif seperti beratur panjang untuk membayar bil elektrik. Sistem ekologi e-dompet akan berkembang dan meluas di Malaysia.
Contoh Karangan SPM: Keburukan E-Dompet
Saya mahu belajar bahasa Melayu
okeyyy
saya nak karangan yang 150 hingga 200 patah perkataan yang mengandungi isi mudah dan pantas dan transaksi yang selamat
MANTAPPPPP
nanti aku reply balik…kena ,arah dengan cikgu jap…
pro dho