Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Nota Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad - komsas Tingkatan 2

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad mengisahkan tentang persahabatan istimewa antara gadis orang asli dengan raksasa Qadqad. Berikutnya Nota Cerpen ini, termasuklah Tema, Persoalan, Sinopsis, Plot, Gaya Bahasa, Latar, Nilai dan pengajaran, dan contoh soalan.

Nota Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad mengisahkan seorang anak orang asli bernama Talia yang menyelamatkan seekor raksasa Qadqad yang cedera di Bukit Ungu. Raksasa tersebut kemudian membalas budi dengan menyelamatkan keluarga Talia dan kaumnya daripada ancaman Tuan Binjah yang mahu merampas tanah mereka yang subur.

Sinopsis Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

Talia, seorang anak orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman Bukit Ungu, bertemu dengan seekor raksasa Qadqad yang tercedera di lereng bukit tersebut. Raksasa ini rupanya seakan-akan katak tetapi bertanduk dan sebesar kepala Talia, dengan warna hijau kuning. Dia merawat luka seperti bekas gergaji di kepala raksasa itu dengan pucuk daun dalut. Setelah pulih, raksasa itu melompat lalu menghilang ke dalam hutan. Dodo, ayah Talia, tidak percaya cerita anaknya, namun beberapa minggu kemudian penduduk kampung melaporkan perselisihan dengan makhluk yang sama. Makhluk itu diberi nama Raksasa Qadqad kerana bunyi istimewa yang dihasilkannya.

Tempat tinggal penduduk orang Asli di Bukit Ungu amat istimewa. Tanahnya berwarna ungu, berbau khas, dan sangat subur sehingga menggemukkan padi mereka. Penduduk bimbang kerana mereka baru sahaja berpindah ke kawasan ini dan tidak mahu berpindah lagi.

Ketika adik Talia, Jini, menghidap demam yang semakin teruk, Dodo membawa keluarganya ke bandar untuk mencari rawatan perubatan. Mereka bercadang menumpang kereta api yang mengangkut bijih ke bandar. Di stesen, mereka dihalang oleh seorang lelaki bernama Tuan Binjah. Pemandu kereta api, Sidek, muncul dan memberitahu tentang serangan katak raksasa di kem balak timur yang mengorbankan tujuh nyawa dan mencederakan dua puluh orang lain.

Serangan itu berlaku setelah sebatang balak yang ditebang menimpa sarang keluarga empat ekor raksasa Qadqad, dan mandur kem menetak mati semua raksasa yang cedera. Tiba-tiba, sekumpulan raksasa Qadqad berwarna hijau kuning melompat tinggi dari hutan menyerang. Qadqad (yang mempunyai parut seperti yang dirawat Talia) mendarat di bahu Dodo. Apabila makhluk itu melihat Talia, ia mengeluarkan bunyi dan berbicara dengan raksasa Qadqad yang lain. Talia mengenali makhluk itu sebagai raksasa yang pernah dibantunya. Dengan tidak disangka, semua raksasa Qadqad beredar meninggalkan mereka.

Binjah, yang melihat tanah berwarna ungu pada kepala Talia, bertanya kepada Dodo tentang benda itu. Dodo memaklumkan bahawa itu adalah tanah. Binjah menyangka raksasa Qadqad takut pada tanah tersebut. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api.

Tiga hari kemudian di hospital, Sidek memberitahu bahawa Tuan Binjah berhasrat melombong di Bukit Ungu dan telah mengarahkan penduduk kampung berpindah, malah membawa samseng bersamanya. Menurutnya, sesiapa yang dapat menguasai tanah di Bukit Ungu pasti akan menjadi kaya-raya, dan itulah sebab Binjah mahu mengusir penduduk Asli dari tempat itu. Sidek membawa keluarga Talia ke balai polis untuk membuat aduan, kemudian menghantar mereka pulang ke kampung.

Setiba di kampung, mereka mendapati Binjah sedang berbalah dengan Tuk Sibat dan membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan. Ketika Binjah mengarahkan samsengnya membakar kediaman penduduk, Dodo cuba menghalang tetapi ditembak pada lengan kirinya. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad, dan ratusan raksasa Qadqad keluar dari hutan menyerang Binjah dan pengikutnya, sementara Talia dan sukunya melarikan diri ke Bukit Ungu.

Selepas keadaan reda, mereka kembali ke kawasan kediaman dan mendapati berpuluh-puluh mayat manusia serta bangkai raksasa Qadqad bergelimpangan. Beberapa buah rumah musnah terbakar. Ketibaan pasukan polis agak lewat dan tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Sejak peristiwa itu, raksasa Qadqad terus hilang dan tidak muncul lagi seperti telah pupus.

Selepas pertempuran, keadaan di kampung kembali tenang. Beberapa pondok musnah terbakar dan mayat manusia serta bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap dari kawasan tersebut.

Tema Talia Dan Raksasa Qadqad

Tema cerpen ini ialah kerakusan manusia membawa kemusnahan.

Contoh Peristiwa: Kerakusan Tuan Binjah yang tamak dan mahu menguasai Bukit Ungu untuk melombong bijih telah mengakibatkan berlakunya serangan ganas raksasa Qadqad sehingga Tuan Binjah dan pengikutnya mati terbunuh. (halaman 66)


Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia dengan alam semula jadi.

Penduduk bandar yang rakus dan tamak, seperti Tuan Binjah, telah memusnahkan alam semula jadi demi mengaut keuntungan semata-mata. Mereka sanggup meruntuhkan hutan dan bukit demi keuntungan. Mereka melakukan pembalakan tidak terkawal dan perlombongan yang memusnahkan habitat flora dan fauna, termasuk raksasa Qadqad yang unik.

Dalam cerita ini, kita melihat bagaimana keseimbangan alam terganggu apabila manusia menceroboh kawasan hutan tanpa menghormati penghuninya. Pada masa yang sama, cara hidup orang asli yang bergantung pada alam dan hidup bersama-sama dengannya dalam keadaan harmoni turut terancam dan terpaksa dipertahankan.

Persoalan

Kehidupan orang Asli yang berpindah-randah
Contoh: Dodo dan penduduk orang Asli sering berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain apabila tanah lereng bukit tidak subur.

Sikap gigih berusaha untuk mencari rezeki.
Contohnya, kebanyakkan masyarakat yang menetap di Bukit Ungu bekerja keras untuk menanam padi di sana sehingga mengeluarkan hasil yang menggembirakan mereka.

Kasih sayang terhadap keluarga.
Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata untuk menyelamatkan anggota keluarganya.

Kepentingan bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan pertolongan
Contoh: Talia telah membantu seekor makhluk Qadqad yang cedera akibat dilibas gergaji. Talia merawat makluk tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut.

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak.
Contoh: Dodo membawa anaknya Jini ke hospital untuk memdapatkan rawatan setelah mengalami demam yang teruk.

Budi yang baik mendapat balasan.
Contoh: Kebaikan Talia merawat seekor anak raksasa yang cedera telah menyelamatkan diri, serta keluarganya apabila perkampungan mereka diserang oleh mahkluk tersebut.

Sikap tamak segelintir manusia.
Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.

Keberanian mempertahankan hak
Contohnya, Dodo dan keluarganya berani mengikut Sidek untuk membuat aduan di balai polis tentang pencerobohan yang dilakukan oleh Binjah dan orang- orangnya di Bukit Ungu.

Plot Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad

PERMULAAN

Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa Qadqad sewaktu bermain di pinggir huma berhampiran dengan hutan di lereng Bukit Ungu. Talia terlihat seekor binatang aneh yang menyerupai seekor katak tercedera. Dia telah mengambil pucuk daun dalut untuk merawat binatang tersebut. Binatang aneh tersebut diberi nama Qadqad oleh penduduk kampung kerana bunyinya yang menyerupai bunyi seekor katak.

PERKEMBANGAN

Peristiwa Dodo bersama dengan isterinya, Misa dan anak- anaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk ke bandar bagi merawat Jini yang sedang demam. Di pertengahan jalan, mereka telah bertembung dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah yang bertugas mengawas bijih yang disorong keluar dari bangunan untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak oleh Binjah kerana cuba menaiki kereta api tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba, Binjah dan pekerja lombong telah diserang oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan kerana Talia dan keluarganya terselamat daripada serangan tersebut. Sidek telah menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital. Kemudian, mereka membuat laporan di balai polis tentang Binjah dan pengikutnya yang menyerang kampung mereka.

KLIMAKS

Contoh Soalan: Nyatakan peristiwa klimaks yang berlaku dalam cerpen tersebut?

Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli tersebut kerana ingin mengaut hasil buminya. Dodo yang cuba mempertahankan kampung tersebut telah terkena tembakan pada lengan kirinya yang dilepaskan oleh Binjah.

PELERAIAN

Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan dan telah menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak pengikutnya yang telah terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya, penduduk di perkampungan orang asli itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

Teknik Plot

Dialog
Contoh: “Ini bukan demam biasa,” kata Dodo. “Kita perlu bawa ke hospital.” [hlm. 61]

Contoh: “Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad sekarang berleluasa di hutan di seluruh negeri. Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu, pasti kaya-raya!” [hlm.64]

Teknik Pemerian
Spontan Talia berlari mencari pucuk daun dalut. Selesai mengunyah lumat dan menampalnya di kepala haiwan itu, dia berteluku, mahu memastikan darah pada luka itu membeku. Dalam seketika, makhluk itu mebuka mata kuning beriris hijau. Dengan dua kali lompatan tinggi, ia pun hilang. (halaman 60)

Imbas Kembali
Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem balak menetak mati kesemua yang terperangkap itu. Tindakannya itulah yang menjerut manusia lain dengan hukuman mati. [hlm. 62]

Watak dan Perwatakan

  • Anak kepada Dodo dan Misa.
  • Mempunyai seorang adik bernama Jini.
  • Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli.
  • Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
  • Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
  • Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
  • Seorang yang prihatin dan bebelas kasihan.
  • Menghormati ibu dan bapanya.
  • Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
  • Seorang haiwan yang menyerupai katak tetapi saiznya lebih besar.
  • Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
  • Mempunyai taring.
  • Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
  • Mampu meloncat tinggi.
  • Merupakan seorang haiwan yang ganas dan menakutkan.
  • Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.
  • Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
  • Menyelamatkan orang asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka.
  • Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
  • Mengenang budi seseorang.
  • Ayah kepada Talia dan Jini.
  • Isterinya bernama Misa.
  • Seorang yang menjalankan aktiviti penanaman padi di Bukit Ungu.
  • Seorang ayah yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga dan kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
  • Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang sedang demam untuk mendapatkan rawatan di hospital.
  • Seorang yang berani mempertahankan hak.
  • Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota keluarganya.
  • Kira-kira sebaya dengan Dodo.
  • Seorang yang ego.
  • Bertugas mengawasi bijih yang disorong keluar dari bangunan untuk dipindahkan dalam gerabak kereta api.
  • Seorang saudagar yang tamak dan mementingkan diri kerana cuba memusnahkan kampung orang asli untuk mendapatkan hasil buminya.
  • Seorang yang kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar rumah orang asli.
  • Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
  • Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.
  • Seorang yang Prihatin, Jujur, Berani.
  • Pemandu kereta api lombong.
  • Bekerja dengan Binjah.
  • Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.
  • Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah yang mahu memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
  • Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan kampung mereka.
  • Ketua suku kaum orang asli.
  • Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin memusnahkan kampungnya.
  • Seorang yang berani kerana menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu tempat tinggal sukunya.

Gaya Bahasa

Pengarang menggunakan ayat pendek.
Contoh: “Kita ke bandar” ujar Dodo.
“Nak ke mana?”

Ayat panjang
Contoh: Talia sedang bermain sendirian di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu apabila dia terdengar rengekan ganjil. [hlm. 58]

Kata Ganda
– Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api ni untuk bersuka ria? [hlm. 62]
Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan. [hlm. 65]

Personafikasi
– Mata Jini terpejam rapat dan dadanya hampir-hampir tidak berombak. [hlm 61]
– …lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan hutan belantara. [hlm. 63]
– Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki [hlm. 67]

Inversi
– Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi. [hlm. 61]
– Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan mereka ke hospital bersama-sama dengan pekerja lombong yang cedera. [hlm. 64]

Sinkope
Contoh: “Kami ada padi saja.”
Contoh: “Kalau begitu, melombong di pinggir hutan saja tanahnya ungu juga,” saran Dodo. [hlm. 64]
Contoh: “Orang yang degil! Aku bagi peluang, kau tak mahu berambus!” [hlm. 65]

Repetisi
– “Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut …” [hlm. 64]

Simile
– “Gempal macam disumbat air” [hlm. 60]
– …bagaikan cincin melingkari gunung
Bagai butir gula dihurungi semut manusia.

Latar Masa

Beberapa bulan
Keluarga Talia dan suku kaum lain berpindah ke Bukit Ungu.

Waktu pagi
Tuan Binjah mengarahkan suku kaum di Bukit Ungu berpindah dengan segera.

Waktu siang
Talia berjumpa dengan anak Raksasa Qadqad yang tercedera pada waktu siang.

Waktu tengah hari
Penduduk orang asli di Bukit Ungu dapat mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar.

Waktu matahari tergelincir
Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki ke kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa keadaan di situ sudah selamat.

Tiga hari
Jini mendapat rawatan di hospital selama tiga hari.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang gigih berusaha
Contoh: Suku kaum di Bukit Ungu gigih mencari rezeki dengan menanam padi.

Masyarakat yang ikhlas dalam membantu orang lain
Contoh: Talia ikhlas membantu Raksasa Qadqad yang cedera.

Masyarakat yang penyayang
Contoh: Dodo amat menyayangi keluarganya sehingga sanggup menerima tembakan di lengannya untuk menjaga keselamatan keluarganya.

Masyarakat yang prihatin
Contoh: Sidek, pemandu kereta api lombong, menghantar Dodo dan keluarganya ke hospital di bandar untuk merawat Jini yang sakit.

Masyarakat yang berani mempertahankan hak
Contoh: Dodo dan keluarganya berani membuat aduan di balai polis tentang pencerobohan Tuan Binjah di Bukit Ungu.

Haiwan yang mengenang jasa
Contoh: Raksasa Qadqad mengenang jasa Talia yang membantunya merawat luka di kepala dengan menolong penduduk kampung daripada pencerobohan Tuan Binjah dan orang-orangnya.

Masyarakat orang asli
Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya merupakan masyarakat orang asli yang berpindah-randah, bertani, dan tinggal di kawasan hutan.

Masyarakat bandar yang tamak dan kejam
Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan menghalau orang asli untuk mendapatkan kawasan lombong di Bukit Ungu.

Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi
Contohnya, Binjah telah menebang balak dengan sesuka hati dan ingin melakukan kerja perlombongan di Bukit Ungu sehingga mendorong Raksasa Qadqad menyerang mereka.

Masyarakat yang kejam dan zalim
Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan membakar pondok orang asli yang terletak berhampiran dengan Bukit Ungu.

Later Tempat

Bukit Ungu
Tempat tinggal Talia, keluarganya, dan ahli sukunya.

Sempadan huma di lereng Bukit Ungu
Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad.

Rumah Dodo
Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa, untuk membawa anak mereka, Jini, yang sedang demam ke hospital.

Stesen kereta api
Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah.

Kawasan perlombongan
Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad.

Hospital di bandar
Tempat Jini mendapatkan rawatan kerana demam serta tempat pekerja lombong yang cedera dirawat.

Balai polis
Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan tentang pencerobohan Tuan Binjah di Bukit Ungu.

Nilai

Baik Hati
Talia telah membantu Raksasa Qadqad yang tercedera di bahagian kepalanya.

Kerajinan
Suku kaum yang menetap di Bukit Ungu rajin dan gigih berusaha menanam padi.

Keberanian
Dodo mengikut Sidek ke balai polis untuk membuat aduan tentang pencerobohan Tuan Binjah dan orang-orangnya di Bukit Ungu.

Kasih Sayang
Dodo dan Misa yang bimbang akan Jini yang demam panas bergegas ke kawasan lombong untuk menumpang kereta api lombong ke bandar.

Hemah Tinggi
Raksasa Qadqad membalas jasa Talia yang membantunya dengan menyerang Tuan Binjah dan orang-orangnya yang telah menceroboh Bukit Ungu.

Kegigihan
Tuk Sibat gigih berusaha untuk mempertahankan perkampungan sukunya daripada dirampas oleh Binjah.

Pengajaran

Kita haruslah prihatin terhadap haiwan
Talia menolong dan merawat Raksasa Qadqad yang tercedera di bahagian kepalanya.

Kita mestilah menyayangi anggota keluarga
Dodo dan Misa bimbang akan keadaan anak mereka, Jini, yang jatuh sakit.

Kita mestilah menyayangi anggota keluarga supaya mereka dapat hidup dengan selamat.
Dodo amat menyayangi keluarganya. Dia sanggup bersusah payah menghantar anaknya, Jini ke hospital yang terletak di bandar untuk mendapatkan rawatan.

Kita mestilah berani mempertahankan hak
Dodo mengikut Sidek ke balai polis untuk membuat aduan tentang pencerobohan Bukit Ungu oleh Tuan Binjah dan orang-orangnya.

Kita haruslah gigih berusaha mencari rezeki
Suku kaum di Bukit Ungu bekerja keras menanam padi sehingga menghasilkan tuaian yang banyak.

Kita mestilah mengenang jasa orang lain
Raksasa Qadqad mengenang jasa Talia yang membantunya dengan membebaskan orang kampung di Bukit Ungu daripada ancaman pencerobohan Tuan Binjah.

Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang sedang berada dalam kesusahan.
Contohnya, Sidek memberikan pertolongan kepada keluarga Dodo dengan menumpangkan mereka pulang dari bandar menggunakan kereta api yang dipandunya.

Contoh Soalan Talia Dan Raksasa Qadqad

Apakah dua ciri Raksasa Qadqad yang terdapat dalam petikan di atas?

Raksasa Qadqad mempunyai Berjalur kuning hijau pada empat kakinya. Ia Bercakar panjang dan bersaiz besar, kira-kira dua kali kepala manusia.

Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut berserta dengan contoh yang sesuai.

Masyarakat yang gigih berusaha
Contohnya, masyarakat orang asli di Bukit Ungu yang sedang mengusahakan huma dan tidak mahu berpindah kerana padi mereka sedang subur.

Masyarakat yang berpindah-randah
Contohnya, Talia dan keluarga orang Asli yang sering berpindah apabila tanah yang mereka usahakan tidak subur.

Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Pada pendapat anda, mengapakah setiap orang yang melakukan kebaikan akan menerima ganjaran yang baik dalam hidupnya?

Setiap perbuatan baik akan menerima ganjaran kerana kebaikan melahirkan kepercayaan dan penghargaan daripada orang lain.

Apabila seseorang melakukan kebaikan, dia akan dihormati dan disayangi oleh orang lain. Sebagai contoh, Talia membantu raksasa Qadqad tanpa mengharapkan balasan, tetapi akhirnya raksasa itu membalas jasanya dengan menyelamatkan kampungnya daripada serangan Tuan Binjah.

Selain itu, melakukan kebaikan membawa ketenangan jiwa dan kebahagiaan. Seseorang yang ikhlas menolong orang lain akan merasa puas hati dan dihargai. Dalam jangka masa panjang, sikap ini juga membantu membentuk kehidupan yang lebih bermakna.

Pada pendapat anda, mengapakah Dodo menganggap bahawa cerita Talia tentang katak raksasa itu sebagai khayalan sahaja?

Dodo menganggap cerita Talia sebagai khayalan kerana makhluk seperti yang digambarkan oleh Talia sangat luar biasa dan sukar dipercayai. Haiwan yang mempunyai tanduk, bertaring, dan bersaiz besar seperti yang diceritakan oleh anaknya tidak pernah ditemui sebelum ini.

Selain itu, Dodo mungkin menganggap Talia hanya mereka-reka cerita kerana Talia masih kecil. Kanak-kanak biasanya mempunyai imaginasi yang tinggi dan sering berkhayal tentang perkara yang tidak wujud.

Tambahan pula, tiada bukti kukuh pada ketika itu untuk menyokong cerita Talia. Hanya selepas beberapa minggu apabila penduduk lain juga bertemu dengan makhluk yang sama, barulah cerita itu dipercayai.

Akhir sekali, sebagai seorang bapa, Dodo mungkin tidak mahu anaknya takut atau bimbang tanpa sebab. Oleh itu, dia memilih untuk tidak mempercayai cerita tersebut pada mulanya.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membantu masyarakat orang asli supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara?

Masyarakat orang asli boleh dibantu dengan pendidikan dan latihan kemahiran yang lebih baik. Kerajaan boleh membina lebih banyak sekolah di kawasan pedalaman supaya mereka dapat memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan tidak hanya bergantung kepada pertanian tradisional.

Selain itu, kerajaan boleh menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, dan air bersih bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

Di samping itu, kerajaan harus memberi bantuan modal dan sokongan ekonomi agar masyarakat Orang Asli dapat menjalankan perniagaan kecil seperti hasil kraftangan dan produk pertanian.

Akhir sekali, kesedaran tentang hak dan budaya mereka harus dipertahankan. Kerajaan dan NGO boleh menjalankan program kesedaran untuk memastikan hak tanah dan budaya orang asli dihormati dalam pembangunan negara.

Pada pendapat anda, wajarkah alam sekitar di musnahkan untuk tujuan pembangunan?

Pada pendapat saya, alam sekitar tidak wajar dimusnahkan untuk tujuan pembangunan. Meskipun pembangunan penting, kemusnahan alam sekitar akan membawa kesan jangka panjang yang merugikan. Kehilangan habitat semula jadi akan mengancam kepupusan spesies flora dan fauna, dan pencemaran akibat pembangunan boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Selain itu, penebangan hutan secara besar-besaran meningkatkan risiko bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Oleh itu, pembangunan harus dilaksanakan secara lestari, dengan mengimbangi kemajuan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar untuk kebaikan generasi akan datang.

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

You cannot copy content of this page

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x