Kandungan
Berikut ialah Analisis Soalan Karangan SPM (Kertas 1) dari tahun 2021 hingga 2024. Pelajar boleh menggunakan rujukan ini untuk mengenal pasti soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan.
Analisis SPM Tahun Lepas (Soalan Pass Year)
Mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan format lama KBSM dengan format baharu KSSM dalam peperiksaan SPM.
SPM 2021 SIRI 1
Bahagian A: Menulis rencana tentang kebaikan-kebaikan bersukan.
Bahagian B:
- Pengaruh positif media sosial terhadap kehidupan masyarakat.
- Implikasi bekerja secara sambilan dalam kalangan pelajar.
- Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.
- Cara-cara mengekalkan amalan hidup bersatu padu.
Soalan Rumusan K1: Tema Bahasa Melayu (Langkah dan cabaran)
Soalan ini merupakan soalan Siri 1 kerana pada tahun 2021, peperiksaan SPM diadakan dua kali bagi calon yang tidak dapat mendudukinya disebabkan pandemik COVID-19.
SPM 2021 SIRI 2
Soalan ini adalah soalan Siri 2 kerana pada tahun 2021 peperiksaan SPM terpaksa diadakan dua kali bagi calon-calon yang tidak dibenarkan mengambil peperiksaan kerana pendemik Covid-19.
Bahagian A: Menulis rencana tentang amalan gaya hidup sihat.
Bahagian B:
- Kebaikan pembelajaran secara maya
- Implikasi Internet
- Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang remaja
- Tindakan-tindakan sebagai pengguna yang bijak
Soalan Rumusan K1: Cara dan peranan guru
Soalan ini merupakan soalan Siri 2 kerana pada tahun 2021, peperiksaan SPM diadakan dua kali bagi calon yang tidak dapat mendudukinya disebabkan pandemik COVID-19.
SPM 2022
Bahagian A: Huraikan pendapat tentang amalan menabung dalam kalangan masyarakat.
Bahagian B:
- Manfaat-manfaat mempopularkan sukan rakyat.
- Usaha-usaha untuk membantu murid yang berasa tidak yakin dan terlalu merendah diri.
- Faktor-faktor berlakunya vandalisme.
- Bentuk-bentuk bantuan oleh negara-negara lain kepada negara yang terlibat ketika berlaku bencana alam.
Soalan Rumusan K1: Kebaikan dan cabaran Buku Teks Digital
SPM 2023
Bahagian A: Huraikan pendapat anda tentang aktiviti pembalakan haram.
Bahagian B:
- Kesan-kesan apabila seseorang tersilap memilih kerjaya.
- Usaha-usaha untuk menangani gejala rasuah.
- Langkah-langkah menggalakkan golongan belia menceburi industri kraf tangan.
- Manfaat-manfaat aktiviti berbasikal.
Soalan Rumusan K1: Pembelian dalam Talian (Faedah dan langkah)
SPM 2020 (Format lama)
Bahagian A: Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah perhimpunan rasmi sekolah.
Bahagian B:
- Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kerjaya impian.
- Ucapan: Tokoh Murid Cemerlang dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan.
- Usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi melahirkan atlet-atlet pelapis yang berkualiti.
- Kebaikan kerjasama antara negara serantau dalam industri pelancongan.
- Manfaat-manfaat apabila kita menjaga tutur kata dalam kehidupan.
Soalan Rumusan K1:
Cara-cara menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dan kelebihan-kelebihan kepelbagaian budaya kepada negara.
SPM Ulangan
Berikut ialah analisis soalan karangan bagi peperiksaan SPM Ulangan (SPMU). SPMU memberikan peluang kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan untuk memperbaiki keputusan mereka.
SPM 2024 Ulangan
Bahagian A: Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menangani gejala rasuah.
Bahagian B:
- Usaha-usaha untuk menggalakkan amalan derma darah.
- Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.
- Peranan semua pihak untuk mengatasi isu Jenayah ragut.
- Jelaskan bentuk-bentuk kerjasama antara negara untuk mengatasi Jenayah rentas sempadan.
Soalan Rumusan K1: Punca dan langkah mengtasi budaya Hedonisme.
SPM June 2020 (Ulangan)
Format lama.
Bahagian A: Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan menyertai sukan air.
Bahagian B:
- Faedah bekerja sementara ketika menunggu keputusan SPM.
- Syarahan: Kepentingan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan Manusia’
- Kebaikan-kebaikan Industri pelancongan kepada masyarakat dan negara.
- Bentuk-bentuk bantuan kepada negara yang mengalami masalah peperangan, kemiskinan dan bencana alam.
- Aktiviti yang dapat menyemai minat murid terhadap karya sastera
Soalan Rumusan K1: Persiapan untuk menghadapi peperiksaan dan tujuan-tujuan seseorang mengambil peperiksaan.
SPM September 2021 (Ulangan)
Bahagian A: Huraikan pendapat tentang obesiti dalam kalangan masyarakat di Malaysia
Bahagian B:
- Peranan semua pihak mempopularkan lagu rakyat.
- Manfaat-manfaat industri pelancongan kepada negara.
- Cara-cara untuk mengatasi kebimbangan generasi kini yang kurang minat untuk menghayati sejarah tanah air.
- Usaha-usaha untuk mengembangkan perniagaan makanan sejuk beku.
Soalan Rumusan K1: Simptom dan tindakan untuk mengatasi stres.
Soalan Ramalan dan Tajuk Penting Karangan SPM