Skip to content

Contoh Karangan – Cara memupuk minat membaca

Sekolah

Amalan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi kebaikan kepada masyarakat kita. Tulis karangan tentang cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Contoh Karangan SPM: Cara Memupuk Amalan Membaca | Langkah Memupuk Minat Membaca

Cara memupuk amalan membaca

(Karangan Sekolah Rendah)

Amalan membaca dapat membantu pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan seperti kata “membaca itu jambatan ilmu“. Minat membaca harusdigalakkan untukmelahirkangenerasi muda yang cemerlang. Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Ibu bapa menjadi teladan

Untukmemupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa harus menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka harus mengamalkan budaya membaca di rumah supaya anak boleh melihat tingkah laku dan mencontohi. Sebagai ibu bapa, mereka boleh menjadikan membaca sebagai alaman kehidupan dan mewujudkan suasana membaca di rumah. Ibu bapa juga boleh membaca buku-buku cerita untuk anak sejak kecil. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk pada peringkat awal lagi.

Berkunjung ke Perpustakaan

Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh mereka. Apabila mempunyai peluang untuk berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Selepas memupuk minat membaca, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.

Pesta Buku

Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi pesta buku. Wang untuk membeli buku harus ada walaupun sedikit. Di pesta atau pameran buku, Ibu bapa boleh membeli bahan bacaan yang bersesuaian sambil dapat berjimat. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa haruslah memberikan peluang kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan dan membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak dapat memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.

Peranan Sekolah

Tamabahan pula, pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk memupuk minat membaca. Pihak sekolah harus menyediakan bahan baca seperti pelbagai jenis buku,surat khabar dan majalah di perpustakaan sekolah. Hal ini adalah disebab terdapat pelajar yang suka membaca tetapi keluarganya miskin dan tidak sanggup membeli bahan baca. Selain itu, cikgu haruslah sentiasa memupuk pelajar untuk mengisi masa lapang dengan membaca kerana amalan ini memberi banyak faedah dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.

Penutup Karangan membaca

Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian kanak-kanak.

Karangan SPM: Kepentingan Membaca

8 thoughts on “Contoh Karangan – Cara memupuk minat membaca”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *