Skip to content

Cara menulis Karangan Isu Social dan Langkah Mengatasi

Cara menulis Karangan Isu Social dan Langkah Mengatasi

Isu Sosial merupakan topik karangan yang hangat dalam peperiksaan SPM. Berikutnya cara menulis karangan isu sosial dengan menggunakan pendahuluan karangan yang universal dan isi-isi langkah mengatasi masalah ini.

Teknik Menulis Karangan Isu Social

Pendahuluan Karangan yang universal

Pendahuluan Karangan yang universal:

Negara kita, Malaysia akan melangkah ke tahun keramat 2030 dalam lingkungan 10 tahun. Pada masa itu, penduduk Malaysia yang sering mendudukan cita-cita dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan menyaksikan dan memastikan sama ada impian ini menjadi kenyataan. Yang pasti, Malaysia telah mewujudkan pencapaian yang membangunkan dalam semua aspek pembangunan negara. Namun begitu, di sebalik pembangunan tersebut, masalah xxxxx semakin serius dan kritikal. Sejak belakang ini, masalah xxxxx telah menjadi “buah mulut” masyarakat kita. Saban tahun, masalah sosial ini telah sampai ke tahap yang kritikal dan kronik.

Karangan Gejala sosial

Contoh Pendahuluan Karangan:
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan didada-dada akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang enteng akan masalah tersebut. Terdapat beberapa punca berlakunya masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.

Contoh Penutup Karangan:
Kesimpulannya, masalah sosial pada masa kini sangat berleluasa, bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah juga golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dan tebing dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah. Yang pentingnya, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Di samping itu, seseorang remaja itu mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi, bak kata pepatah: ‚Äúsesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.


Langkah mengatasi Isu Social

1. Peranan keluarga
– mencurahkan kasih sayang dan mengambil berat
– memberikan pendidikan agama
– menjadi contoh dan teladan yang baik
– sentiasa mengawasi pergerakan dan tingkah laku anak – anak
– memberi kerjasama penuh kepada pihak sekolah

2.Peranan Institusi pendidikan
– penguatkuasakan peraturan yang lebih kuat
– melaksanakan semula hukuman rotan
– memperbanyak aktiviti kokurikulum
– pihak sekolah bekerjasama penuh dengan ibu bapa
– unit bimbingan dan kaunseling menyusun program-program khas

3. Peranan kerajaan
– penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang lebih berat
– kempen yang berterusan
– perancangan dan pengurusan yang sistematik
– menyusun dan melaksanakan program-program khas

4. Peranan media massa
– perlu memiliki tanggungjawab sosial
– mengutamakan rancangan-rancangan tempatan
– memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat
– menjadi jambatan perhubung antara kerajaan dan masyarakat
– memperkenalkan produk-produk berkualiti

5.Peranan masyarakat
– perubahan sikap daripada masyarakat
– memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada kerajaan
– berani membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa
– melibatkan diri secara aktif dalam semua program
– kesungguhan bekerja, mencurahkan idea dan tenaga

6. Peranan diri sendiri
– memiliki cita-cita wawasan hidup-mengutamakan masa hadapan berbanding keseronokan semasa
– berhati-hati memilih kawan
– memahami aspirasi keluarga, bangsa dan negara
– mengutamakan pelajaran dan kesihatan
– bergiat cergas dalam semua aktiviti anjuran sekolah, masyarakat dan kerajaan

7. Peranan rakan sebaya
– mesti menjadi rakan yang baik
– membimbing rakan lain ke jalan yang sihat
– sentiasa menasihati dan memberi tunjuk ajar positif
– menyelesaikan masalah kawan dan bukannya menimbulkan masalah kepada kawan
– melatih kawan menyertai pelbagai kegiatan riadah dan reakrasi yang positif


Senarai Contoh Karangan untuk UPSR, PT3, SPM dan STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You cannot copy content of this page