Skip to content

Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya

Cetak Rompak

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda selengkapnya.

Pendahuluan Karangan Cetak Rompak

Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil.


Sebab Cetak Rompak

Sebab: Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri seni negara.

  • penjualan hasil karya cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli-belah secara terang-terangan
  • karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli
  • sikap atau mentaliti masyarakat kita yang suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan

Contoh: penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan, filem-filem tempatan yang masih di peringkat pratonton di pawagampawagam. VCD filem tempatan atau cakera padat lagu-lagu tempatan dijual dengan RM5.00 sekeping berbanding dengan harga asli yang berharga sekitar RM19.00 – RM20.00 sekeping

Sebab: Kurangnya pemantauan pihak berkuasa

  • pemantauan yang berkala dan di tempat yang sama memudahkan pihak syarikat cetak rompak membaca pergerakan pihak berkuasa dan seterusnya menyusun strategi untuk mengaut keuntungan
  • mereka juga mempunyai sistem rangkaian maklumat yang lengkap dan dapat melarikan diri dengan cepat apabila berlaku serbuan

Contoh: pemantauan menjelang musim-musim perayaan.mengagihkan agen untuk berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima dan apabila diserbu mereka tidak mengalami kerugian yang banyak.


Kesan Cetak Rompak

Kesan: Pelanggaran Hak Cipta

  • hak cipta adalah sesuatu yang peribadi tetapi dengan adanya cetak rompak hak penulis telah dinafikan atau tidak dihargai
  • dengan tanpa izin menyalin dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan atas angin tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Kesan: Membentuk perkembangan seni tanah air

  • pihak penulis, pencipta atau artis hilang minat untuk berkarya kerana mereka takut mengalami kerugian
  • penerbit lebih suka menerbitkan album komplikasi untuk menjimatkan kos dan mengurangkan margin kerugian
  • menerbitkan seleksi lagu-lagu terbaik Syarifah Aini atau Siti Nurhaliza, seleksi lagu-lagu Rock sepanjang zaman.

Kesan: Karyawan mengalami kerugian

  • kerugian daripada segi masa, daya usaha dan wang ringgit. Penerbitan sesuatu filem atau lagu menelan belanja puluhan ribu ringgit, malah ada yang mencecah jutaan ringgit. Penerbit terpaksa membuat pinjaman bank
  • Filem Puteri Gunung Ledang RM20 juta.

Langkah Mengatasi Cetak Rompak

Langkah :Mengkaji semula harga cakera padat dan VCD

  • kajian yang mendalam tentang harga minimum CD atau VCD perlu dilakukan oleh pelbagai pihak agar semua pihak mendapat kesan positifnya.
  • perbincangan oleh pihak berkuasa, penerbit, penulis, artis, wakil penjual, wakil pengguna atau wakil PAPITA sendiri

Langkah : Anjakan paradigma masyarakat

  • mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras
  • di peringkat sekolah persatuan pengguna boleh memainkan peranan untuk membentuk minda generasi muda tentang isu ini
  • melalui media massa, persatuan pengguna menganjurkan pertandingan esei, sajak, bahas, pidato yang berkaitan dengan masalah cetak rompak

Penutup Karangan Cetak Rompak

  • Semua pihak perlu terlibat sama dalam mengawal jenayah cetak rompak
  • jika tidak dikawal perkembangan seni tanah air akan menjadi malap
  • mereka yang terlibat dengan jenayah cetak rompak segera insaf dan memikirkan tentang hak dan perasaan orang seni yang berjiwa sensitif

Peribahasa Karangan Cetak Rompak

  • Menangguk di air keruh (mencari keuntungan atas penat lelah orang lain)
  • Titik peluh (penat lelah)
  • Busut juga yang ditumbuhi anai-anai (orang yang sememangnya kaya akan bertambah kaya)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *