Skip to content

Komsas Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil karya Zainal Rashid Ahmad. Berikutnya tema, persoalan, plot, watak perwatakan, sinopsis, gaya bahasa, latar, nilai dan pengajaran komsas ini.

Tema Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

Cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil” bertemakan kegigihan seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran serta tentangan dalam perjuanganmenentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis.

Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.


Persoalan Cinta Ahmad Mutawakkil

Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh : Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah

Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih

Persoalan kesan kedatangan penjajah
Contoh: Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang

Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Contoh : Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya

Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan
Contoh : Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris

Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka


PLOTCinta Ahmad Mutawakkil

Permulaan/Eksposisi

Pada hari Jumaat bulan Ogos tahun 1953, Ahmad Mutawakkil muncul di kampung dengan mempunyai luka yang parah dan bajunya dipenuhi dengan darah. Oleh sebab mempunyai luka yang besar di bahunya, Ahmad Mutawakkil telah terkulai lalu pengsan.

Perkembangan

Pada pertengahan tahun 30-an, muncul satu keluarga orang putih, iaitu Tuan Booth. Tuan Booth telah mengupah beratus-ratus orang kampung di estet getahnya. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah berjaya masuk ke Tanah Melayu. Tuan Booth sekeluarga telah berpindah sebelum tentera Jepun datang. Pada tahun 1945, bandar Hiroshima dan Nagasaki telah dibom dan Jepun telah menyerah kalah. Selepas itu, keluarga Tuan Booth telah kembali ke kampung selepas Jepun menyerah kalah. Pada masa yang sama, Ahmad Mutawakkil telah dilantik sebagai pejuang nasionalis Melayu yang paling muda. Ahmad Mutawakkil telah berusaha mengadakan ceramah kepada penduduk kampung dan menulis di surat khabar untuk menentang penjajahan Inggeris dan Parti Komunis Malaya

Klimaks

Pada malam Jumaat, seorang budak lelaki telah mendekati dan berbisik dengan Ahmad Mutawakkil. Selepas itu, Ahmad Mutawakkil berdiri dan mengikuti budak lelaki itu. Hari keesokannya, Ahmad Mutawakkil telah hilang dan amat mrmbimbangkan penduduk kampung. Oleh itu, mereka mencari Ahmad Mutawakkil. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil telah meninggal dunia kerana ditembak oleh Komunis.

Peleraian

Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis kesyukuran untuk Ahmad Mukawakkil yang telah terkorban. Selepas merdeka, keluarga Tuan Booth telah kembali ke England. Selepas setahun, Sandra telah kembali ke banglo ayahnya. Sandra juga mengajar anak-anak kampung di situ supaya mereka mengingati seorang pejuang nasionalis Melayu yang telah berkorban untuk tanah air.


Watak PerwatakanCinta Ahmad Mutawakkil

  • Berusia 25 tahun ketika dia meninggal dunia akibat ditembak oleh pengganas komunis.Anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu selepas kematian ayahnya.
  • Mampu membaca dan menulis Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Bermisai nipis seperti bulu roma.
  • Bekerja sebagai wartawan akhbar.
  • Petah berpidato dan berani bersuara untuk menegak kebenaran melalui penulisannya dalam surat khabar.
  • Menghargai jasa dan budi orang lain.
  • Berhemah tinggi.
  • Pemimpin parti yang berjiwa besar, iaitu dipilih memegang jawatan pemimpin nombor dua di peringkat daerah walaupun ketika itu beliau baru berusia 24 tahun.
  1. Bijak merancang masa depan
    Contoh : belajar menulis dan membaca daripada Sandra semasa menumpang tinggal di rumah Tuan Booth
  2. Nasionalis muda yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
    Contoh : menjadi sebagai seorang pejuang nasionalis semasa berumur tujuh belas tahun.
  3. Seorang yang sanggup berkorban untuk tanah airnya
    Contoh : dibunuh oleh orang komunis kerana hendak mempertahankan tanah air.
  4. Seorang yang menghargai jasa dan budi orang lain
    Contoh : menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang diadakan oleh Tuan Booth di banglo estetnya
  5. Sangat berpengaruh sehingga dihormati oleh penduduk di kampungnya dan di seluruh daerah.
    Contoh : Penduduk kampung sangat menghormati Ahmad Mutawakkil.
  • Pengurus ladang getah di estetnya.
  • Berbangsa Inggeris.
  • Berasal dari England.
  • Mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan bernama Sandra.
  • Berkulit putih, gemar berseluar pendek, dan bertopi bulat.
  • Majikan kepada lima belas buah keluarga keturunan India yang bekerja sebagai buruh di ladang getahnya.
  • Murah dengan senyuman.
  • Pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan.
  • Bersifat penyayang dan suka berterus terang.
  1. Seorang yang baik hati
    Contoh : turut menyertai misi pencarian Ahmad Mutawakkil
  2. Seorang yang peramah
    Contoh : mesra dengan penduduk kampung
  3. Seorang yang bersikap terbuka
    Contoh : Tidak menghalang Sandra berbaik-baik dengan Ahmad Mutawakkil
  • Imam surau di kampung penulis.
  • Bertanggungjawab, rasional, dan berprasangka baik.
  1. Seorang yang bersifat penyayang
    Contoh : Sayang akan Ahmad Mutawakkil yang yatim piatu
  2. Taat akan agama
    Contoh : Menunaikan solat Jemaah dengan penduduk kampong setiap waktu solat
  3. Seorang yang prihatin
    Contoh : Sentiasa ambil tahu pergerakan Ahmad Mutawakkil
  • Anak tunggal kepada Tuan Booth.
  • Berusia 27 tahun.
  • Bermata biru lembut dan berambut perang.
  • Gadis berbangsa Inggeris yang fasih berbahasa Melayu.
  • Menyimpan perasaan cinta terhadap Ahmad Mutawakkil secara diam-diam.
  • Setia dalam percintaan.
  1. Seorang yang baik hati dan penyayang
    Contoh : mengajar Ahmada membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris
  2. Seorang yang prihatin
    Contoh : ambil berat tentang kehilangan Ahmad Mutawakkil

LatarCerpenCinta Ahmad Mutawakkil

Latar Masa

  1. Pertengahan tahun 30-an
    Contoh : Sebuah keluarga orang putih (keluarga Tuan Booth) datang ke kampung Ahmad Mutawakkil
  2. Tahun 1941
    Contoh : Seminggu sebelum Jepun mendarat di Tanah Melayu.
  3. Tahun 1943
    Contoh : Ahmad Mutawakkil bekerja di bandar untuk membaca dan menjawab surat-surat bahasa Inggeris

Latar Tempat

  1. Estet getah Tuan Booth
    Contoh : Beratus-ratus orang kampung dan Ahmad Mutawakkil bekerja di ladang estet getah
  2. Surau Tuan Booth
    Contoh : Ahmad Mutawakkil telah sentiasa mengadakan ceramah tentang kemerdekaan kepada penduduk kampung
  3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput
    Contoh : Peristiwa serangan yang mengorbankan tiga orang pengurus Inggeris

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang bekerja dengan bersungguh-sungguh
    Contoh : Ahmad Mutawakkil dan beratus-ratus orang kampung telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki
  2. Masyarakat yang penyayang
    Contoh : Penduduk telah mengadakan doa kesyukuran kepada Ahmad Mutawakkil yang telah berkorban untuk kemerdekaan tanah air
  3. Masyarakat yang mengenang jasa pemuda yang telah banyak berkorban untuk membebaskan tanah air daripada musuh.
    Contoh : Ahmad Mutawakkil telah bekerja dengan golongan anti-Jepun, iaitu membaca dan menjawab surat-surat yang berasal daripada bahasa Inggeris
  4. Masyarakat yang gigih bertani
    Contoh : Kebanyakan penduduk kampung penulis yang berbangsa Melayu bertani padi sawah, pisang, ubi kayu, dan keledek
  5. Masyarakat penjajah asing yang mengaut keuntungan tanah air
    Contoh : Tuan Booth yang membuka estet getah mengupah lima belas keluarga berketurunan India untuk bekerja sebagai buruh di estet getahnya
  6. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
  7. Masyarakat berbangsa Melayu yang tinggal di kawasan perkampungan yang terpencil.
  8. Masyarakat yang menjadi mangsa keganasan pihak pengganas.
  9. Masyarakat tempatan yang bertindak kejam dan sanggup menjadi pembelot terhadap negara.
  10. Masyarakat yang menaruh perasaan cinta tanpa sempadan bangsa dan adat resam.
  11. Masyarakat kampung yang gigih bertani demi keperluan sara hidup.

Gaya BahasaCinta Ahmad Mutawakkil

  1. Bahasa Arab
    Contoh: solat maghrib; Alhamdulillah; syahadah.
  2. Metafora
    Contoh: wajah kampung; garisan perang; sayap parti.
  3. Paradoks
    Contoh: Suaranya bersahaja, tetapi setiap patah perkataan yang disebutnya cukup untuk menyemarakkan hati sanubari kami.
  4. Peribahasa
    Contoh: anak angkatnya; menjaga tepi kain orang; minta diri.
  5. Personifikasi
    Contoh: Tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek oleh peluru
  6. Repetisi
    Contoh: Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.
  7. Simile
    Contoh: laksana lautan emas kala musim menuai; Darah membuak-buak bagai mata air.
  8. Sinkope
    Contoh: “Dari dulu, saya tau awak bijak … tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ini.”.

NilaiCinta Ahmad Mutawakkil

Nilai patriotisme
Contoh : Ahmad Mutawakkil seorang remaja yang sayang akan negaranya.

Nilai Keberanian
Contoh : Ahmad Mutawakkil berani untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk kemerdekaan negara.

Nilai Tanggungjawab
Contoh: Imam Ngah Deraman bertanggungjawab mencari dan membawa Ahmad Mutawakkil pulang ke rumahnya selepas Tuan Booth sekeluarga meninggalkan banglonya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.

Nilai Kebijaksanaan
Contoh: Ahmad Mutawakkil seorang pemuda yang bijaksana.

Nilai Kasih sayang
Contoh: Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra apabila dia bertindak membawa mereka meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.

Nilai Mengenang jasa
Contoh: Penduduk kampung menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil bagi mengenang segala pengorbanan Ahmad Mutawakkil sebagai nasionalis muda yang telah banyak berjasa kepada penduduk kampung.

Nilai kerjasama
Contoh: Tiga kumpulan pencari bekerjasama mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang.

Nilai ketabahan
Contoh: Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan negara.

Nilai hormat-menghormati
Contoh: Tuan Booth sekeluarga amat menghormati masyarakat kampung penulis yang berbangsa Melayu.


Pengajaran Cinta Ahmad Mutawakkil

Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas kita dengan sebaik-baiknya.
Contoh: Ahmad Mutawakkil bertanggungjawab semasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang wartawan dalam menulis surat khabar kepada rakyat untuk kemerdekaan tanah air.

Kita hendaklah bekerjasama untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Contoh: Penduduk kampung telah bekerjasama dalam membentuk tiga kumpulan pencari untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang hilang.

Kita hendaklah berkorban untuk kemerdekaan tanah air kita
Contoh: Ahmad Mutawakkil telah berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman Parti Komunis Malaya

Kita mestilah memupuk cinta akan negara untuk memerdekaan tanah air daripada penjajah
Contoh: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris

Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada Sandra ketika menumpang selama tiga tahun di bangle Tuan Booth


Sinopsis Cinta Ahmad Mutawakkil

Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-tiba dalam keadaan cedera parah. Pakaiannya dipenuhi darah serta lumpur di pintu surau kampungnya sebaik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib. Situasi yang mencemaskan itu menimbulkan kejutan dan tanda tanya kepada Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap, dan seluruh makmum di surau kampung mengenai punca kejadian itu berlaku. Ahmad mutawakkil yang cedera parah telah dibaringkan oleh Penghulu Ibrahim Sigap. Dalam keadaan nafasnya tercungap-cungap, dia rebah lalu pengsan.

Melalui teknik imbas kembali, penulis menceritakan kisah penerokaan kampungnya sejak tiga generasi yang lalu. Mereka telah meneroka tanah kebun dan sawah padi. Selepas itu, bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar. Tuan Booth mengupah beratus-ratus orang buruh termasuklah penduduk kampung penulis untuk menanam pokok-pokok getah. Kemudian, Tuan Booth telah membawa masuk 15 buah keluarga buruh berketurunan India untuk bekerja di estet getahnya. Seterusnya, kisah riwayat hidup Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir. Ahmad Mutawakkil terpaksa menumpang hidup dengan Tuan Booth selama tiga tahun.

Pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 ternyata mengubah suasana damai di kampung penulis. Penulis mengimbas kembali kisah Tuan Booth sekeluarga yang terpaksa meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum kemaraan askar Jepun dan kisah kesulitan seluruh penduduk kampung pada zaman pendudukan Jepun itu. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Sejak itu, Imam Ngah Deraman selalu menceritakan perihal Ahmad Mutawakkil kepada penduduk kampung termasuklah kepandaiannya membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahmad Mutawakkil telah bekerja di bandar.

Pada tahun 1945, Ahmad Mutawakkil memberitahu Imam Ngah Deraman bahawa bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah dibom dan askar Jepun terpaksa menyerah kalah dalam perang dunia kedua. Ketika Ahmad Mutawakkil berusia 17 tahun, ketokohan dan kehebatan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu muda terserlah apabila setiap tutur kata dan tindak-tanduknya sangat berpengaruh dan disegani sama ada di kampung atau di seluruh daerah. Tuan Booth kembali banglo di estetnya semula ke selepas Jepun menyerah kalah. Sikap peramah dan baik hati Tuan Booth sekeluarga terhadap penduduk kampung telah mengeratkan hubungan antara mereka.

Ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu amat ketara apabila beliau secara lantang menolak perjuangan komunis dan menentang penjajahan Inggeris melalui sesi pidato dan penulisannya dalam surat khabar. Pembabitan Ahmad Mutawakkil sebagai wartawan telah berjaya meluaskan pengaruhnya sehingga terpilih sebagai pemimpin nombor dua dalam parti peringkat daerah pada tahun 1952 yang dianggotainya. Pada masa yang sama, Sandra, iaitu anak gadis Tuan Booth menyimpan perasaan kasihnya terhadap Ahmad Mutawakkil. Hubungan mereka telah mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat kampung.

Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya mula menggila di Perak. Ahmad Mutawakkil pula semakin rancak berkempen untuk menggesa rakyat menolak ideologi komunis yang songsang itu. Keadaan itu telah menyebabkan lima orang pengganas komunis menyerbu banglo Tuan Booth. Beliau diminta menyampaikan amaran mereka kepada Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi komunis. Sungguhpun begitu, Ahmad Mutawakkil tidak mengendahkan nasihat Tuan Booth dan Penghulu Ibrahim Sigap, malah dia semakin berani bersuara dengan lantang.

Pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya, Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau kampungnya. Ahmad Mutawakkil minta diri untuk mengikut budak lelaki itu. Keesokan harinya, kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda tanya dan kegelisahan dalam kalangan penduduk kampung apabila seharian dia tidak muncul di surau kampung itu. Tiga kumpulan termasuk Tuan Booth telah dibentuk untuk mencari Ahmad Mutawakkil di seluruh pelosok kampung, namun usaha mereka menemukan kegagalan.

Sesudah solat maghrib, segala kerunsingan dan keresahan penduduk kampung terjawab apabila Ahmad Mutawakkil muncul di surau kampungnya dalam keadaan cedera parah. Dia meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya. Kematian Ahmad Mutawakkil amat dirasai oleh penduduk kampung termasuklah penulis. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air. Majlis bacaan tahlil turut diadakan untuk mengenang jasa dan pengorbanan arwah Ahmad Mutawakkil itu.

Tuan Booth sekeluarga telah pulang ke England seminggu selepas kemerdekaan negara. Setahun kemudian, Sandra kembali ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu. Lantaran kenangannya yang tidak pernah lenyap atau demi kecintaannya terhadap Ahmad Mutawakkil, dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *