Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Contoh Karangan – Kempen Bahasa Malaysia

Kempen Bahasa Malaysia

Sekolah kamu telah mengadakan “Kempen Bahasa Malaysia”. Ceritakan tentang aktiviti yang telah dijalankan di sekolah kamu.

Contoh Karangan Kempen Bahasa Malaysia

Sekolah saya telah mengadakan Kempen Bahasa Malaysia anjuran Persatuan Bahasa Malaysia. Kempen Bahasa Malaysia itu diadakan selama seminggu. Aktiviti-aktiviti menarik telah disusun supaya semua murid dapat belajar dan menggunakan Bahasa Malaysia dengan lebih baik.

Guru besar telah merasmikan Kempen Bahasa Malaysia pada waktu perhimpunan yang diadakan di sekolah kami. Tujuan kempen ini ialah untuk memupuk rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan murid-murid. Beliau berharap murid-murid dan guru-guru dapat memartabatkan Bahasa Malaysia dengan mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mengarang, pertandingan berbalas pantun, pertandingan teka silang kata clan pertandingan syarahan. Selain itu, persembahan tarian Melayu seperti tarian zapin dan tarian lilin turut diadakan bagi memeriahkan Kempen Bahasa Malaysia itu.

Di samping itu, semua guru dan murid diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia dengan betul dan sopan apabila bertemu di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah. Perkara ini dapat melatih murid bertutur dengan lebih yakin dan fasih dalam Bahasa Malaysia.

Para pemenang dalam pertandingan telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1 dalam majlis perasmian penutup Kempen Bahasa Malaysia itu. Beliau berharap generasi muda terus mencintai bahasa Malaysia walaupun kempen itu telah berakhir. Kempen ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua warga sekolah.

Contoh Karangan UASA: Cara memupuk minat membaca

Rangka Karangan Kempen Bahasa Malaysia

Pendahuluan: mengadakan Kempen Bahasa Malaysia

Isi 1: merasmikan Kempen Bahasa Malaysia
Isi 2: mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan
Isi 3: pelbagai aktiviti diadakan
Isi 4: persembahan tarian Melayu

Penutup: penyampaian hadiah dan majlis perasmian penutup oleh guru besar

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Qalisya

Karangan ini sangat bagus dan best sangat terbaik lah

You cannot copy content of this page

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x