Skip to content

Contoh Karangan Resume – Memohon Program Pertukaran

Contoh Karangan Resume

Anda merupakan pelajar Tahun 1 dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan ingin memohon untuk mengikuti program Pertukaran Budaya Lawatan Sambil Belajar di Korea.

Sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan program tersebut. Panjang resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.


SHARMILA A/P THANENDRAN

Maklumat Peribadi

Umur: 20 tahun
Tempat Lahir: Tampin
Jantina: Perempuan
Warganegara: Malaysia
Bangsa: India
Pendidikan: Tahun 1, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Program Dipohon: Program Pertukaran Budaya Lawatan Sambil Belajar Malaysia – Korea

Anugerah

Saya pernah dianugerahi Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum dan Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah pada 2020. Saya berjaya mendapat tempat ketujuh dalam Pertandingan Fest Tari Perempuan Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2021.

Kemahiran Teknologi Maklumat

Saya berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office, Google Docs dan Google Slides. Saya turut mahir mengedit video menggunakan Filmora. Saya berkebolehan menghasilkan poster menggunakan Canva. Semua kemahiran teknologi maklumat ini membantu saya menyiapkan pelbagai projek di universiti.

Kemahiran Bahasa

Saya dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Penguasaan lisan dan penulisan bahasa Inggeris saya berada pada tahap cemerlang. Saya juga sedang mengikuti kursus Menguasai Bahasa Korea secara dalam talian.

Potensi Diri

Saya seorang yang mudah menyesuaikan diri dalam suasana baharu dan boleh bekerjasama dalam satu pasukan. Saya mempunyai keyakinan untuk mencuba kemahiran baharu dan membawa nama universiti ke peringkat antarabangsa.

Kemahiran Tambahan

Saya boleh mendeklamasi sajak dan berlakon. Saya juga berkebolehan mempersembahkan tarian tradisional kaum India dan kaum Cina.

Alamat Untuk Dihubungi

Hubungi saya menerusi e-mel: [email protected]

Rujukan

Dr. Anita binti Ali,
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Telefon: 0126565280

Harapan

Semoga saya berjaya dipilih mengikuti program ini bagi memartabatkan bidang kebudayaan di rantau Asia.


Muat turun fail PDF:

Contoh Karangan Resume: Resume untuk Pemohonan Biasiswa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *