Kandungan
Iklan dibawah menunjukkan tawaran biasiswa untuk pelajar lepasan SPM. Berdasarkan iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu daripada biasiswa tersebut.
Panjang resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Pemohonan Tajaan Biasiswa Bank Negara Malaysia
Objektif
Saya memohan biasiswa Bank Negara untuk mengikuti Ijazah Perakaunan di Universiti Havard.
Maklumat peribadi
Nama : Ahmad Ali bin Mohd Abu
Nombor telefon : 013-1426960
Alamat e-mel : [email protected],com
Tarikh lahir : 1 Januari 2000
Potensi diri
Saya mempunyai potensi diri yang menyerlah dan boleh diketengahkan. Antaranya, saya seorang yang rajin dan gigih dalam pelajaran. Saya turut bercita-cita tinggi dalam mengejar impian untuk menjadi akauntan yang berjaya. Tambahan pula, saya sangat matang dan berdikari dalam menyesuaikan diri di negara luar dalam pengajian tinggi.
Anugerah
– Peserta Terbaik dalam Persidangan Kewangan Sekolah-sekolah Asean tahun 2017
– Tokoh kokurikulum Sekolah Sesi 2017
– Pencapaian Terbaik SPM Peringkat Daerah Tahun 2017
– Pencapaian Terbaik PT3 Peringkat Negeri Tahun 2015
– Tokoh Nilam Daerah Kinta Utara Sesi 2014
– Peserta Terbaik dalam Kem Kepimpinan Pengawas peringkat Kebangsaan tahun 2014
Kemahiran bahasa
Saya berkebolehan untuk berkomunikasi secara verbal dalam bahasa Melayu,bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.Selain itu, saya juga berkebolehan dalam berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa antarabangsa. Saya turut memperoleh gred A dalam Ujian Penilaian Bahasa Antarabangsa, (UPBA) dalam bahasa Mandarin.
Kemahiran tambahan
Saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh berucap di khalayak ramai. Saya juga pernah menyertai Pertandingan Debat Antarabangsa Sekolah-sekolah Asean. Saya turut mahir bermain alat muzik seperti klarinet dan pernah menyertai Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan.
Rujukan
Encik Yee Zhi-Jie
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Dato’ Haji Nombor telefon : 012-9351846
E-mel : [email protected]
Kekuatan peribadi
Saya mempunyai motivasi yang tinggi dalam pekerjaan dan tidak cepat berputus asa. Saya sukakan cabaran dan sedia untuk belajar perkara baharu. Saya juga merupakan seorang yang mudah faham, cepat belajar akan sesuatu perkara.
Harapan
Semoga saya diberikan peluang untuk memperoleh biasiswa ini. Saya akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar dapat membalas jasa pihak Bank Negara seterusnya berbakti kepada negara Malaysia.
Contoh Resume: Resume untuk Pemohonan Program Pertukaran
Nota Tamabahan bagi Soalan Resume
Resume tidak mempunyai format yang tetap. Menjadi tugas pelajar untuk memilih aspek yang bersesuaian dengan kehendak soalan. Namun rangka asas yang boleh diguna pakai secara keseluruhan adalah seperti berikut:
a. Tajuk
b. Objektif
c. Maklumat peribadi
d. Potensi diri
e. Anugerah/pencapaian
f. Kemahiran Teknologi Maklumat g. Kemahiran Bahasa
h. Kemahiran Tambahan
i. Rujukan
j. Kekuatan Peribadi
k. Harapan
Contoh Potensi Diri:
– mesra dan mudah bekerjasama dalam kumpualan (kerja)
– bersedia menerima tanggungjawab untuk dijalankan (kerja)
– berintegriti dan amanah dalam tugasan (kerja)
– rajin dan gigih dalam pelajaran (biasiswa)
– bercita-cita tinggi dalam mengejar impian (biasiswa)
– berdikari dan matang dalam pengurusan diri (biasiswa)
– tekun mempelajari ilmu baru.
Nota penting karangan resume
1. Kenalpasti jawatan yang hendak dipohon.
2. Berikan maklumat hanya yang bersesuaian dengan keperluan.
3. Mesti dinyatakan dalam bentuk ayat yang lengkap.
4. Ringkas, padat dan matang.
5. Ayat gramatis dan peribahasa tidak perlu.
6. Akur dengan bilangan patah perkataan.
7. Utamakan pencapaian yang paling baru hingga paling lama dalam senarai.
Soalan Ramalan Karangan SPM dan Koleksi Contoh Karangan