Skip to content

Nota Komsas Drama Bukan Gila – Tingkatan 5

Komsas Drama Bukan Gila

Drama Bukan Gila karya Sharif Shaary. Berikutnya tema, persoalan, watak perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, nilai, pengajaran, sinopsis dan contoh soalan komsas ini.

Tema Drama Bukan Gila

Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakitbarah otak bersendirian. Azmir tabah dalam melawan penyakit barah yang dihidapinya tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalah dia meninggal dunia. Dia dianggap gila oleh ibu bapanya, kekasih, doktor dan masyarakat di sekitarnya kerana perlakuannya yang sering menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau ke dinding sehingga berdarah.


Persoalan Drama Bukan Gila

Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling
Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.

Persoalan dunia ini ibarat pentas lakonan
Dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang membawa pelbagai watak.

Kepentingan cinta dan kasih sayang
Azmir memerlukan orang-orang yang disayanginya seperti kekasih dan ibu bapanya untuk menempuh kesakitan yang dialaminya.

Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup
Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

Persoalan keprihatinan dalam diri setiap insan
Arif, Pelakon I, II dan III berkunjung ke rumah Azmir lalu berjumpa dengan ibu bapa Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir.


Binaan Plot Drama Bukan Gila

Permulaan

DramaBukan Gila mengisahkan watak utama, iaitu Azmir berada di wad pesakit jiwa diHospital Besar seorang diri dan berada dalam keadaan berhalusinasi.

Perkembangan

Azmir yang berhalusinasi akan kehadiran kekasihnya, Ani. Ani telah meninggalkan Azmir kerana telah dianggap kurang siuman. Azmir memohon Ani supaya membawanya keluar dari wad. Selepas itu, Azmir berhalusinasi akan kehadiran bapanya pula. Kedatangan bapanya telah menimbulkan pertelingkahan antara Azmir dengan bapanya. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya lagi. Kemudian Azmir menerima kedatangan Pak Haji yang telah mempertikaikan namanya. Azmir tidak berpuas hati akan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Doktor telah memberikan keizinan kepada Azmir untuk bersiar-siar di luar wad.

Perumitan

Arif yang merupakan pengarah drama Sasau ingin memantapkan kefahaman pelakon-pelakonnya tentang tajuk drama mereka. Ketibaan Azmir secara tiba-tiba di situ telah mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kekuasaan. Pada pendapat Azmir, sistem yang terbaik ialah sistem prorakyat, iaitu sistem yang dapat mengawal wang serta mengawal kuasa dan juga dapat mengawal manusia. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tiba- tiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.

Klimaks

Secara tiba-tiba Azmir bertindak di luar dugaan kewarasan manusia. Dia telah menghantuk kepalanya ke lantai sehingga kepalanya berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Doktor datang lalu membawa Azmir ke wadnya semula. Arif yang prihatin terhadap penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir namun doktor menyatakan bahawa orang gila sememangnya bijak ketika menuturkan kata-kata.

Peleraian

Arif dan pelakon-pelakon lain telah mengunjungi rumah ibu bapa Azmir bagi tujuan untuk menjelaskan kepada ibu bapanya bahawa Azmir bukan gila tetapi menderita.Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengenang kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, keadaan Azmir semakin lemah dan dia jatuh ke lantai lalu meninggal dunia. Pada suatu ketika, Ani sedang membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Apabila mengetahui punca kematian Azmir akibat barah otak yang dihidapinya, Ani berasa kesal kerana bertindak meninggalkan Azmir bersendirian.


Teknik Plot

Teknik dialog
Contohnya, dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya itu ketika dirawat di wad pesakit jiwa, Hospital Besar.

Teknik imbas kembali
Contohnya, bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.

Teknik monolog
Contohnya, Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.

Saspens
Contohnya, teknik ini menimbulkan tanda tanya pembaca akan kesudahan percintaan Azmir dengan Ani.


Latar Drama Bukan Gila

Latar Tempat

  • Wad Pesakit Jiwa, Hospital Besar rumah Azmir
    Contoh: Tempat Azmir dirawat kerana dikatakan menghadapi sakit jiwa sedangkan dia
  • Pentas menghidap barah otak
    Contoh : Arif dan pelakon-pelakon lain berlatih drama yang berjudul Sasau.
  • Rumah Azmir
    Contoh : Arif dan rakan-rakan pelakon berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir.

Latar Masa

  • Waktu siang
  • Waktu latihan
  • Waktu tingkatan enam
  • Waktu belajar di universiti

Latar Masyarakat

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
Contoh : Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini.

Masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain
Contoh: Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir.

Masyarakat yang kurang memberikan kasih sayang yang cukup kepada anak mereka
Contoh : Ibu bapa Azmir tidak memberikan sokongan dan semangat kepada Azmir yang menderita kesakitan malah menganggapnya sebagai gila.


Watak Perwatakan Drama

  1. Menghidap penyakit barah otak.
  2. Mengalami sakit jiwa.
  3. Menerima rawatan pesakit jiwa di Hospital Besar.
  4. Bersikap gila-gila sejak tingkatan enam.
  5. Gagal menghabiskan tahun akhir pengajiannnya di universiti.
  6. Enggan mengikut nasihat ibunya.
  7. Bercinta dengan Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak.
  8. Mampu bercakap loghat Indonesia.
  • Seorang yang tabah
    Contoh : Azmir tabah menghadapi penderitaan penyakit barah otak tanpa pengetahuan orang lain sehinggalah dia meninggal dunia.
  • Seorang yang penyayang
    Contoh : Azmir menghargai ibu bapanya yang telah melahirkan dan membesarkannya.
  • Seorang yang setia
    Contoh : Azmir begitu setia kepada Ani yang merupakan kekasihnya.
  • Seorang yang teguh pendirian
    Contoh : Azmir seorang yang teguh pendirian ketika berdialog dengan Pak Haji apabila Pak Haji mulai meragui dirinya sebagai orang Melayu. Azmir juga menyatakan bahawa dia tidak percaya kepada manusia kerana dia hanya percaya kepada Tuhan sahaja.
  • Seorang yang bijak
    Contoh: Azmir sangat bijak ketika memberikan pandangan dan pendapat yang bernas terutama ketika memperkatakan soal kemanusiaan dan cinta.

  • Pengarah drama Sasau.
  • Prihatin terhadap keadaan Azmir.
  • Menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
  • Berjiwa besar, iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk membantunya membikin drama Sasau.

Seorang yang prihatin
Contoh : Arif berjumpa dengan ibu Azmir untuk menjelaskan bahawa Azmir sebenarnya tidak gila sebaliknya menanggung penderitaan yang sangat berat.


  • Merawat Azmir yang dikatakan menghidap sakit jiwa.
  • Tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir.
  • Bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad.
  1. Seorang doktor yang tidak memahami pesakit
    Contoh : Doktor Razi tidak mengetahui penyakit sebenar yang dihadapi oleh Azmir.
  2. Seorang yang baik hati
    Contoh : Doktor Razi telah membenarkan Azmir bersiar-siar di luar kerana Azmir telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif.

  1. Seorang bapa yang prihatin
    Contoh : Bapa Azmir telah menghantar Azmir ke hospital bagi merawat penyakit anaknya.
  2. Seorang bapa yang kurang memberikan kasih sayang terhadap anaknya
    Contoh : Bapa Azmir kurang memberikan kasih sayang dan sokongan terhadap Azmir yang sebenarnya menghidap barah otak.

  • Beliau mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam.
  • Tidak mampu mengurus Azmir.
  • Tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.
  • Berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.
  1. Seorang yang tidak prihatin
    Contoh : Ibu Azmir tidak prihatin terhadap penyakit yang ditanggung oleh Azmir malah menganggap Azmir sengaja buat-buat gila.
  2. Seorang yang kurang memberikan kasih sayang kepada anaknya
    Contoh: Ibu Azmir kurang memberikan sokongan kepada Azmir dan tidak menyedari bahawa anaknya menghidap penyakit kronik, iaitu barah otak.

Gaya Bahasa Drama

Bahasa Arab
Contoh: Assalamualaikum; Astaghfirullah; bertafakur.

Bahasa Inggeris
Contoh: realistik; sensitif; profesionalisme; rasional; realiti.

Hiperbola
Contoh: Saban hari manusia membunuh kemanusiaan; Sebuah cinta ialah sebuah sengketa.

Imbuhan pinjaman bahasa Inggeris
Contoh: prorakyat; pascaperang.

Metafora
Contoh: angin kemudaan; angkasa kewujudan; padang kehidupan.

Repetisi
Contoh: Hukum. (Sinis). Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama saja. Orang sering melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang.

Simile
Contoh: sistem yang baik adalah bagaikan segala nilai dan norma; Boleh jadi lakonannya tu realistik, macam betul-betul.


Nilai Drama Bukan Gila

Kasih sayang
Contoh : Azmir yang menyayangi ibu bapanya telah mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya kerana telah melahir dan membesarkannya.

Kesetiaan
Contoh : Azmir begitu setia dengan cintanya terhadap Ani.

Keprihatinan
Contoh : Arif, iaitu pengarah drama Sasau prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga memahami bahawa Azmir tidak gila.

Simpati
Contoh : Arif dan rakan-rakannya amat bersimpati dengan keadaan Azmir yang berada dalam kesakitan.

Ketabahan
Contoh : Azmir tabah menghadapi dan melawan sakit barah otak.

Kesetiaan
Contoh: Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.

Tanggungjawab
Contoh: Doktor Razi bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula.

Ilmu pengetahuan
Contoh: Arif sanggup belajar daripada Azmir yang dikatakan gila bagi memantapkan drama “Sasau”.

Nilai menghargai
Contoh: Azmir menghargai petani, nelayan, dan buruh yang telah banyak memberi sumbangan demi kesejahteraan hidup orang lain.


Pengajaran Drama Bukan Gila

Kita haruslah sayang akan ibu bapa/keluarga
Azmir menyayangi ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkannya hingga sekarang.

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar kita tidak berputus asa atau mengalami kekecewaan dalam hidup.
Azmir tetap tabah menempuh dugaan dalam hidupnya walaupun dia mendapat barah otak.

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang dialami oleh orang lain
Arif dan rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah ibu bapa Azmir bagi mendapatkan maklumat tentang Azmir.

Kita hendaklah menghargai sumbangan orang lain
Azmir amat menghargai sumbangan golongan petani, nelayan, dan buruh yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat.Azmir seorang yang setia dalam pencintaan berbanding kekasihnya Ani.

Kita haruslah bertanggungjawab terhadap semua tugas agar kita dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan untuk memahami kebenaran dan kesalahan.

Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka.


Sinopsis Drama Bukan Gila

Adegan I

Drama Bukan Gila mengisahkan Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

Adegan II

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jiwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

Adegan III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia (dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.

Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari tidak pulang-pulang.

Adegan IV

Arif, Pelakon I, Pelakon II dan Pelakon III telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat tentang latar belakang Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berkelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya. Pelakon II pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Arif pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

Adegan V

Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolog tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

Adegan VI

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada penyakit barah otak yang dialaminya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir.


SoalanDrama Bukan Gila

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PELAKON 1 : Tadi, saudara ada menyebut tentang system. Bukankah system itu dicipta oleh manusia? Manusia boleh dipengaruhi oleh kuasa dan dibeli oleh wang. Maka, tidak mustahil system juga akhirnya akan dipengaruhi oleh kuasa dan wang.

AZMIR : Memang system itu dicipta oleh manusia, tetapi pada tahap akhirnya, system itu disahkan oleh rakyat. Rakyat yang menentukan. Rakyat yang membenarkan. Rakyat yang merestuinya. Tanpa kebenaran, restu dan pengesahan rakyat, wang dan kuasa kehilangan makna. Jadi, pada hakikatnya system itu dicipta oleh rakyat, bukan manusia. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat lebih besar daripada manusia. Rakyat lebih berkuasa daripada wang. Rakyat lebih berkuasa daripada kuasa.

PELAKON 3 : (Berbisik dengan PELAKON 1). Kau faham apa yang diperkatakan itu?

PELAKON1 :Aku sedang cuba memahaminya.

Drama Bukan Gila

Berdasarkan petikan di atas, apakah pendapat Azmir tentang sistem?

Pendapat Azmir tentang ialah sistem dicipta oleh rakyat, bukan manusia. Selain itu, Azmir mengatakan bahawa sistem disahkan oleh rakyat.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin?

Pada pendapat saya, seorang pemimpin haruslah memiliki ciri-ciri yang positif dan boleh dijadikan teladan oleh ahli masyarakat yang lain. Salah satu ciri pemimpin yang baik ialah sentiasa berlaku adil kepada orang lain. Selain itu, pemimpin yang suka membantu golongan masyarakat yang serba kekurangan pasti disenangi oleh ahli masyarakat. Sifat pemimpin yang seterusnya yang perlu ada ialah prihatin terhadap keperluan bawahan dan tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan bawahannya.

Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat
daripada keseluruhan drama?

Latar masyarakat berdasarkan petikan ialah masyarakat yang gemar bertanya. Contohnya, Pelakon 1 ingin tahu lebih lanjut lagi tentang sistem, manusia, kuasa dan wang. Manakala, latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama ialah masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup. Misalnya, Azmir tabah mengharungi kesakitan akibat penyakit barah otak yang dideritainya selama ini. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang simpati akan penderitaan orang lain. Contohnya, Arif simpati akan penderitaan Azmir telah meminta doktor supaya membantu Azmir.


Baca juga: Nota Komsas Bahasa Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page