Skip to content

Drama Mahkamah – Nota Komsas Tingkatan 2

Nota Komsas Drama Mahkamah

Drama Mahkamah karya Awang Abdullah merupakan komsas tingkatan 2. Berikutnya sinopsis, tema, persoalan, gaya bahasa, watak perwatakan, nilai, pengajaran dan contoh soalan drama.

Sinopsis Drama Mahkamah

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bahawa pernyataan tersebut benar. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah.

Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran.

Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Pendakwa raya pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah dan dibebaskan daripada dakwaan.

Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan tertuduh II iaitu kes Ajinomoto yang dituduh mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah kecuali hakim ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto.

Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa Raya memberi penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World.

Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk yang bakal lahir itu.

Mahkamah memerintahkan beruk hamil berkenaan dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya.

Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.


Tema Drama Mahkamah

Tema Drama Mahkamah ialah keadilan dan kebenaran membuat perbicaraan di mahkamah.

Hakim tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman, sebaliknya beliau mendengar terlebih dahulu hujah-hujah dari kedua-dua belah pihak, iatu pendakwa raya dan peguam bela. Dalam kedua-dua kes tersebut, hakim mengambil kira aspek kepentingan awam dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.


Persoalan Drama Mahkamah

Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.
Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan.

Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.
Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang yang jatuh di jalan raya sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah.

Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.
Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya.

Keberanian mengakui kesalahan sendiri
Contoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk subsidi.

Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.
Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah berpoligami.

Kesedaran sivik
Contoh: Tertuduh I mempunyai kesedaran sivik kerana membuang sampah ke dalam tong sampah dan tidak membuang di merata-rata tempat.

Persoalan tanggungjawab bersama
Contoh: Pihak berwajib juga bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku kerana tidak membaiki pintu tong sampah. Begitu juga pemilik kambing yang tidak menjaga kambing dengan baik sehingga kambing itu menyelongkar tong sampah.

Sifat bekas kasihan dan kasih sayang kepada haiwan.
Contoh: Tertuduh II mempunyai sifat belas kasihan dan sayang kepada haiwan, iaitu beruk dan ingin memeliharanya.

Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya.
Contoh: Bulat bin Leper ialah orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela yang disediakan untuk membela dirinya di mahkamah.

Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.
Contoh: Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan.

Kehidupan golongan mahkamah sama seperti kehidupan golongan biasa.
Contoh: Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang.

Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.
Contoh: Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya.

Isu bahasa Melayu di mahkamah.
Contoh: Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris.


Binaan Plot Drama Mahkamah

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di Taman Gagak Putih. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih.

Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma dipanggil untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding selama seminit.

Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia.

Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Tertuduh II (Akikino-komokotoko) dipanggil masuk. Akinomoto mengangkat sumpah. Dia tidak pandai berbahasa Melayu dan berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa Inggeris. Pendakwa raya memberikan penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu.

Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu,Akinomoto dapat memahami tentang istilah beruk subsidi dan ketuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan. Namun begitu, dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia inginmemelihara anaknya.

Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim memerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.


Teknik Plot Drama Mahkamah

Teknik pemerian
Contoh: Penterjemah masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain sarung dan tali lehernya. ( hal.92)

Teknik Kejutan
Contoh: Hakim meminta supaya Bulat bin Leper dibela penguam percuma tetapi memberikan mereka tampoh seminit sahaja untuk berunding ( hal.84)

Teknik Dialog
Contoh: Dialog antara hikim, pendakwa raya, peguam bela, dan tertuduh di mahkamah Kes tertuduh sedang dibicarakan.
HAKIM: Siapa nama kamu?
TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.


Watak Perwatakan Drama Mahkamah

  • Duduk di meja tinggi
  • Menggunakan penukul di mahkamah apabila perlu.
  • Pandai bergurau.

Seorang yang adil
Contoh: Hakim mengarahkan supaya Bulat bin Leper yang miskin dibela oleh seorang peguam percuma. Hal ini supaya Bulat bin Leper diberi perbicaraan yang adil.

Seorang yang rasional
Contoh: Hakim mendengar hujah-hujah pendakwa raya dan peguam bela sebelum membuat keputusan.

Seorang yang prihatin
Contoh: Dia mengarahkan Akinomoto untuk memulangkan ibu beruk setelah tempoh pantang 40 hari. Hakim prihatin terhadap keadaan ibu beruk yang akan melahirkan anak.

Seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Dia menjalankan tugas sebagai seorang hakim dengan penuh tanggungjawab di mahkamah. Beliau memastikan keadaan di mahkamah tidak kecoh.

  • Golongan intelektual
  • Mensabitkan tertuduh di mahkamah.

Seorang yang bertanggungjawab
Contoh: Bertanggungjawab mendakwa Bulat bin Leper dan Akinomoto di mahkamah berdasarkan bukti yang diperoleh.

Seorang yang berilmu pengetahuan
Contoh: Boleh menerangkan maksud istilah beruk subsidi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan yang berasas.

Seorang yang bijak
Contoh: Dipuji oleh hakim setelah berjaya menerangkan maksud beruk subsidi di mahkamah.

  • Gemar menonton gusti.

Seorang yang tidak menepati masa
Contoh: Agak lambat masuk ke runang perbicaraan Bulat bin Leper.

Seorang yang bijak dan licik
Contoh: Berjaya melepaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan menyebabkan kematian nenek tua.

Seorang yang tegas
Contoh: Beberapa kali mengingatkan pendakwa raya supaya tidak menganggunya brhujah dan tidak menganggu perjalanan mahkamah. Hal ini telah menyebabkan hakim mengeluarkan kad kuning kepada pendakwa raya.

Seorang yang baik hati
Contoh: Dia sanggup menjadi peguam percuma kepada Bulat bin Leper yang miskin.

  • Orang miskin.
  • Seorang yang dituduh terlibat dengan kes kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh.
  • Seorang yang berani berhadapan dengan hakim dan pendakwa raya.
  • Seorang yang bertanggungjawab kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
  • Seorang yang tetap pendirian bahawa dirinya tidak bersalah.
  • Seorang yang berbudi bahasa.
  • Dipanggil Akinomoto.
  • Dituduh mencuri beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
  • Seorang yang tidak fasih berbahasa Melayu tetapi boleh memahaminya.
  • Seorang yang prihatin terhadap keadaan beruk yang telah dicurinya itu.
  • Seorang yang Dddapati bersalah dan dikenakan hukuman menjaga anak beruk sehingga akil baligh serta memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya

Gaya Bahasa Drama Mahkamah

Simile
Pegawai: ( Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jekahan HAKIM tadi ) hal.92

Imejan
HAKIM mengeluarkan kad kuning. ( hal.88 )

Bahasa percakapan harian
PEGUAM BELA: Tengah tengok gusti, tuan. ( hal.83)

Diksi Bahasa Inggeris
HAKIM: Well donewell done… Apakah kamu sudah faham Akinomoto… ( hal.94)

Sinkope
HAKIM: Tak habis-habis dengan gusti… ( hal.83)

Repetisi
HAKIM: Cakapcakap…apakah kamu sudah … ( hal.95)


Latar Drama Mahkamah

Latar Tempat Drama Mahkamah

Mahkamah
Tempat berlangsungnya sidang perbicaraan

Taman Gagak Putih
Tempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging.

Stor JKK Ulu Dungun
Tempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia


Latar Masa Drama Mahkamah

Waktu pagi
Sidang perbicaraan dijalankan pada waktu pagi.

Pada 10 januari 1988, antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Kematian Mek Teh bin Jali dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih.

Pada 20 Mac 1988
Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.

1 minit
Hakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding.

2 minit
Mahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.


Latar Masyarakat Drama Mahkamah

Masyarakat intelektual
Peristiwa: Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual.

Masyarakat yang hidup miskin
Peristiwa: Tertuduh I merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah.

Masyarakat yang baik hati
Peristiwa: Peguam bela bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya.

Masyarakat hakim yang adil dan saksama.
Peristiwa: Hakim tidak menjatuhkan hukuman ke atas Bulat bin leper kerana sebenarnya dia telah membuang kulit pisang ke dalam tong sampah dan bukannya di atas jalan raya.

Masyarakat peguam yang bertanggungjawab.
Peristiwa: Pendakwa raya bertanggungjawab mensabitkan orang yang dituduh dengan kesalahan yang telah dilakukan dan peguam bela memastikan Tertuduh tersebut dibela dengan adil.

Masyarakat tertuduh yang jujur
Peristiwa: Akinomoto mengaku bersalah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.


Nilai Drama Mahkamah

Nilai Keadilan
Contoh: Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama.

Nilai Tanggungjawab
Contoh: Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah.

Nilai Ketegasan
Contoh: Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh.

Nilai Keyakinan
Contoh: Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Tertuduh I daripada pertuduhan yang dihadapinya.

Nilai Keprihatinan
Contoh: Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang hamil itu.


Pengajaran Drama Mahkamah

Kitaperlulah menyelesaikan masalah yang didepani dengan adil dan saksama supaya semua pihak berasa puas hati.

Kitaharuslahbersimpati dan membantu golongan miskin dengan menawarkan perkhidmatan percuma kepada mereka.

Kitamestilah bersikap rasional dan berfikir betul-betul semasa menjalankan tugas.

Kita hendaklah meluaskan ilmu pengetahuan supaya dapat meberi hujah-hujah berasas dan pendapat yang bernas.

ita mestilah menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi.

Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan.

Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.


Soalan Drama Mahkamah

Apakah kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah tersebut?

– Kes Bulat bin Leper yang didakwa melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas.
– Kes melibatkan seorang warga Jepun, Akinomoto yang didakwa mencuri beruk subsidi milik penguasa tempatan.

Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam drama tersebut?

– Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas.
– Kita mestilah menghormati bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan terutamanya dalam urusanurusan rasmi.

Pada pendapat anda, mengapakah kesedaran sivik perlu dipupuk dalam diri setiap masyarakat?

– Dapat meningkatkan rasa kasih sayang dan hormatmenghormati antara satu sama lain.
– Dapat mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang negatif.

Apakah yang telah berlaku kepada nenek pada halaman tersebut?

Nenek yang terpijak kulit pisang tergelincir jatuh dan menyebabkan pinggangnya patah akhirnya mati dalam perjalanan ke hospital.

Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam drama tersebut.

– Masyarakat intelektual.
– Masyarakat yang hidup miskin.

Pada pendapat, mengapakah perbicaraan di mahkamah selalunya mengambil masa yang lama?

– Memerlukan masa yang panjang untuk mengumpulkan bukti-bukti yang kukuh.
– Tugas menjatuhkan hukuman terhadap seseorang itu bukanlah mudah.

1 thought on “Drama Mahkamah – Nota Komsas Tingkatan 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *