Skip to content

Rangka Karangan SPM: Kebaikan E-dagang

Karangan SPM: Kebaikan E-dagang

Bincangkan kebaikan dan masalah pelaksanaan perdagangan elektronik (E-dagang).


Kebaikan dan masalah pelaksanaan perdagangan elektronik

– Perdagangan elektronik (E-dagang) hangat diperkatakan di dunia perniagaan kini .
– Ini selaras dengan perkembangan teknologi komputer , era internet / siber .
– E-dagang adalah satu daripada 7 aplikasi perdana yang dibangunkan dalam projek MSC .

Kebaikan Pelaksanaan E-Dagang

Membesarkan pasaran produk sehingga ke peringkat global
– Internet berupaya mencapai khalayak pengguna yang jauh lebih besar , iaitu sehingga 60 juta pengguna di seluruh dunia dalam masa yang singkat.
– Kedai Dot-com dalam internet membolehkan peniaga memperagakan dan mempromosi barangan jualan dan perkhidmatan dengan mudah dan berkesan kepada pelanggan seluruh dunia .
– Contohnya , E-dagang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi jualan buku (Amazon.com) dan jualan komputer Dell.

Menghapuskan golongan tengah dalam dunia perniagaan
– Maklumat perkhidmatan dan perdagangan boleh disalurkan kepada pelangan secara langsung melalui laman web berkenaan dalam internet
– Tidak perlu membayar sewa kedai , menyediakan kelengkapan dan perabot serta pelayan kedai.
– Pembeli boleh membeli terus daripada penjual atau pengeluar tanpa perlu bayar komisen kepada agen.

Memudahkan aktiviti membeli-belah / Pengguna
– Pengguna tidak perlu bersesak dengan masalah trafik.
– Masalah kekurangan tempat letak kereta dapat diatasi
– Barangan tempahan dari mana-man sahaja boleh dihantar terus ke pintu rumah.
– Boleh membeli-belah 7 hari seminggu dan 24 jam satu hari.

Masalah Pelaksanaan E-Dagang

Soal keselamatan pengguna harus diambil kira
– Masalah kejadian penipuan dalam urus niaga internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
– Sejauh manakan aktiviti memberikan nombor kad kredit bagi membeli sesuatu itu selamat?
– Masalah kawalan undang-undang yang cukup atau lengkap.

Pengguna dan penjual masih samar tentang idea E-dagang berfungsi
– Soal saiz perniagaan dan penggunaan pendekatan E-dagang.
– Masyarakat kampung dan golongan yang berusia 40 tahun ke atas tidak memahami internet E-dagang

Masalah kemudahan penggunaan komputer atau internet
– Tidak semua para perniagaan ( besar / kecil ) dapat menyediakan laman web bagi menceburi pendekatan laman web bagi menceburi pendekatan E-dagang ini.
– Tidak semua masyarakat kita terdiri daripada kalangan yang celik PC.

Penutup Karangan E-dagang

– Konsep E-dagang memanglah suatu konsep yang menarik.
– Pesediaan yang lebih teratur perlu jika konsep E-dagang ini hendak dilaksanakan.
– Keselamatan pengguna harus diberikan perhatian untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini.


Contoh Karangan: Kebaikan dan Keburukan Perniagaan Atas Talian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *