Kandungan
Setiap sekolahmempunyai koperasiuntuk memberikan perkhidmatan kepada warga sekolah. Apakah faedah penubuhan koperasi kepada warga sekolah?
Faedah Penubuhan Koperasi Sekolah
Umum mengetahui bahawa setiap sekolah mempunyai koperasi tersendiri. Koperasi yang ditubuhkan oleh pihak sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk memberikan perkhidmatan kepada warga sekolah. Terdapat satu organisasi yang terdiri daripada guru dan pelajar yang menguruskan koperasi sekolah. Koperasi sekolah ditempatkan di sebuah bilik yang megandungi pelbagai barang jualan. Pelajar bolah mendapatkan barang keperluan sekolah seperti alat tulis dan buku tulis. Pada waktu rehat, koperasi mula berniaga dan menjual pelbagai makanan dan minuman kepada pelajar. Dengan adanya sebuah koperasi yang sistematik, kita dapat memperolehi faedah yang tidak dapat dikira dengan jari jemari kita. Persoalannya, apakah faedah penubuhan koperasi kepada warga sekolah?
membekalkan barangan yang lebih mudah
Menyingkap jendela perbincangan yang utama ialah koperasi sekolah membekalkan barangan yang berharga lebih murah berbanding di luar sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana koperasi berperanan untuk membantu golongan pelajar yang tidak mempunyai wang belanja yang banyak supaya mereka dapat membeli keperluan sekolah dengan harga yang murah. Terdapat pelbagai alatan pembelajaran dijual di koperasi selain daripada pen dan pensel iaitu seperti kalkulator, gam, gunting, dan pengokot kertas. Selain itu, koperasi sekolah menjual makanan dan minuman dengan membekalkan pilihan makanan yang berbeza daripada kantin sekolah. Tambahan pula, koperasi juga menjual pakaian sekolah seperti baju dan seluar PJK serta uniform kokurikulum. Hal ini dapat memudahkan urusan jual beli pakaian sekolah kepada pelajar yang memerlukan. Kesannya koperasi sekolah dapat membantu mengurangkan beban pelajar dengan menjual barang pada harga yang berpatutan.
Sebagai contoh, saya pernah membeli kalkulator dengan harga yang murah berbanding di kedai alat tulis. Secara tidak langsung, koperasi juga membantu pelajar menjimatkan kos pengankutan dan masa untuk berkunjung ke kedai tertentu kerana mereka boleh mengambil masa waktu rehat untuk membeli di koperasi sekolah. Peribahasa menyatakan bahawa sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Dengan menjimatkan duit, pelajar pasti dapat memupuk amalan menabung dalam diri sendiri. Jelaslah bahawa koperasi sekolah menjaga kebajikan murid dengan menjual barangan yang murah.
Mempelajari ilmu perniagaan
Fokus perbincangan yang seterusnya ialah koperasi membolehkan pelajar dapat mempelajari asas dan ilmu berkaitan perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti jual beli seperti menjaga kaunter jual beli di koperasi. Pelajar dapat belajar cara menetapkan harga, mengendali stok barangan, membuat catatan kewangan dan belajar konsep perakauan. Dalam hal ini pelajar akan memperolehi pengalaman untuk berniaga dan mengetahui selok-belok perniagan. Pengalaman sebegini amat bernilai kerana tidak diajar dalam sukatan pelajaran. Selain itu, pelajar dapat memupuk semangat berniaga seperti sikap amanah dan jujur. Mereka juga akan menjadi lebih yakin apabila berkomunikasi dengan pelanggan. Kesannya, murid dapat mempelajari pengetahuan dalam perniagaan dengan lebih mendalam dan holistik. Pelajar juga dapat mencungkil minat dan potensi dalam berniaga dan menceburi bidang keusahawanan pada hari kelak. Selanjutnya, penguasaan matematik pelajar juga bertambah cekap kerana terdapat peluang untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa manfaat koperasi sekolah ialah meningkatkan pengenalan pelajar terhadap perniagaan.
Memupuk sifat bekerjasama
Di samping itu, koperasi sekolah juga memberi faedah dalam memupuk sifat bekerjasama dalam kalangan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana, koperasi sekolah memerlukan ahli yang banyak dalam mengurus sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, ada pelajar yang menjadi ketua, ada yang bertanggungjawab menjadi bendahari yang jujur, ada juga menjadi ahli jawatankuasa dan sebagainya. Justeru, pelajar yang menyertai ahli koperasi sekolah dapat mempelajari sikap bekerjasama dan bersatu padu berbanding dengan pelajar yang tidak menyertainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa koperasi sekolah berfaedah dalam memupuk sifat bekerjasama antara murid. Akhir kata, bulat air kerana pembetung, bulat munusia kerana muafakat. Hal ini akan menjadi kekuatan mereka ketika mereka menghadapi masalah dalam pekerjaan.
Penutup karangan faedah koperasi sekolah
Bulan samakin terang, bayang kian jelas bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan adanya aktiviti koperasi sekolah. Pelajar mempunyai lebih banyak pilihan makanan untuk saparan dan mereka dapat mempelajari dalamselok-belok perniagaan serta memupuk sifat kerjasama antara murid. Hal ini dapat diimplementasikan oleh pihak sekolah untuk koperasi di koperasi sekolah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pihak sekolah haruslah memberi peluang kepada semua pelajar untuk mendapat faedah dari koperasi sakolah. Jika pihak sekolah memajukan koperasi sekolah maka sekolah kita akan disegani oleh sekolah lain lantas menjadi terkenal di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, kakitangan sekolah diseru agar memberi sambutan dan sokongan kepada koperasi sekolah yang ditubuhkan agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya dan menyumbang kepada pembangunan sekolah untuk menjadi lebih maju.
Contoh Karangan: Peranan Koperasi Sekolah
Contoh Karangan: Kepentingan Menyertai Koperasi