Skip to content

Contoh Karangan – Hari Kantin (Sekolah Rendah)

sekolah

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolahku iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera telah mengadakan Hari Kantin peringkat sekolah. Hari Kantin ini diadakan di tempat parkir kereta guru di sekolahku. Tujuan Hari Kantin ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman dan mendidik murid-murid untuk berniaga. Selain itu, Hari Kantin ini juga bertujuan mengutip dana untuk kelab dan persatuan sekolah.

Pada pukul 8.00 pagi, murd-murid dan guru-guru memasang khemah jualan bersama-sama. Aku dan rakan-rakanku menghias gerai jualan masing-masing. Ada juga yang menyediakan poster dan menu jualan untuk menarik para pengunjung. Kami juga sibuk menyusun kerusi dan meja di gerai kami dan menghias meja jualan dengan melapikkan meja jualan dengan kain yang berwarna-warni.

Setelah kerja-kerja kami siap, kami pun berkumpul di Dewan Merdeka. Kami berbaris dalam barisan kelab masing-masing untuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh Guru Besar. Dalam ucapan beliau, beliau berharap agar Hari Kantin pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mengutip dana yang disasarkan olehnya. Beliau juga berharap agar murid-murid berniaga dengan jujur. Beiau menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Kantin pada tahun ini.

Pada pukul 10.00 pagi, aktiviti jualan pun dimulakan. Ada gerai yang menjual makanan ,minuman,buku terpakai, barang perhiasan dan mainan. Murid-murid menjual barang-barang dengan harga yang berpatutan dan ada gerai yang memberikan potongan harga kepada para pengunjung.

Terdapat ramai pengunjung yang hadir termasuklah ibu bapa, semua guru dan staf-staf sekolah untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Golongan wanita rambang mata apabila melihat barang-barang perhiasan yang cantik-cantik belaka. Para pengunjung membeli-belah di gerai jualan dengan berjimat-cermat.

Pada pukul 12.00 tengah hari, barang-barang jualan habis dijual. Aku dan rakan-rakanku pun mengemas tapak jualan seperti mengutip sampah, menyapu sampah mengangkat meja julan ke kantin dan lain-lain lagi supaya tempat parkir kereta guru berkeadaan seperti sediakala. Semua guru dan murid mendapat untung daripada hasil jualan. Jumlah kutipan dana yang kami dapat telah melebihi daripada yang disasarkan. Aku berharap Hari Kantin seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

9 thoughts on “Contoh Karangan – Hari Kantin (Sekolah Rendah)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *