Skip to content

Isi Karangan untuk tajuk Semangat patriotik

Teknik menulis karangan

Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk ‘Penerapan Semangat Patriotik Dalam Kalangan Generasi Muda Kini’.  Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Maksud patriotik

Naikkan semangat majukan negara, nilai cinta negara, semangat berpasukan dan perpaduan.

Peranan kerajaan, masyarakat dan komitmen ibu bapa amat penting dalam usaha menanami anak-anak dengan jiwa yang subur lagi cakna terhadap maruah bangsa dan negara. Kita mesti tega mempertahankan kedaulatan demi leluhur merdeka. Remaja dan pelajar harus terdidik dengan semangat patriotik lantas bersedia mempertahankan bumi yang dipijak nescaya langitnya dijunjung.

Harapan patriotik

Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.

– Mempelajari mata pelajaran sejarah dengan penuh minat
– Menonton filem tentang sejarah negara
– Membaca buku sejarah negara
– Mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara
– Mengunjungi tempat-tempat bersejarah di pelbagai negeri
– Menyertai sambutan kemerdekaan negara

Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Patriotik

– Ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak peri pentingnya semangat patriotik
– Ibu bapa membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah
– Ibu bapa menyediakan buku-buku/bahan bacaan/ visual yang berkaitan sejarah dan kenegaraan
– Ibu bapa menceritakan jasa/pengorbanan tokoh-tokoh pemimpin/pejuang kemerdekaan
– Ibu bapa menggalakaan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti bertemakan semangat patriotik

Benarlah hakikat yang menyatakan subur pokok kerana tanahnya, justeru subur manusia kerana induknya. Anak yang baik dan terdidik adalah yang datang daripada ibu bapa yang sentiasa berpandangan jauh. Oleh itu, demi kelangsungan sebuah negara yang berdaulat, justeru kepemimpinan yang beralih tangan dari generasi ke generasi hendaklah ditunjangi oleh warga yang bersemangat patriotik. Dalam hal ini, ibu bapalah yang menjadi sekolah dan universiti terulang untuk membentuk semangat patriotik dalam kalangan anak-anak.

Contoh Karangan: Cara memupuk semangat patriotisme
Contoh Karangan: Usaha meningkatkan semangat patriotik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *