Skip to content

Rangka karangan – ISU PENGANGGURAN

board 1614646 1280 Rangka karangan - ISU PENGANGGURAN

Punca-punca Berlakunya Pengangguran

  • penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar
  • kelulusan akademik yang rendah
  • penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer
  • penggunaan tanah yang tidak ekonomi terutamanya di desa
  • belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional
  • sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan belia

 

Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran

  • menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga dan beternak
  • memperkenalkan mata oelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar
  • menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik
  • menyemaikan sikap berdikari dalam kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi
  • meyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan
  • melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih
  • memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri

Kesan daripada Pengangguran

  • belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral
  • jenayah terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut dan sebagainya
  • bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal
  • banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan
  • ekonomi negara terbantut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *