Skip to content

Jawapan Ujian Lisan – Tajuk Faedah Bersukan

Ujian-Lisan-Tajuk-Faedah-Bersukan

Aktiviti sukan seperti bola sepak, olahraga, berenang dan badminton semakin popular di kalangan pelajar. Pihak kerajaan mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah untuk memupuk minat bersukan. Apakah faedah-faedah bersukan kepada masyarakat pada masa kini?

Sidang 1

Calon A

Selamat sejahtera. Mari kita mulakan sesi perbincangan kita bertemakan sukan.

Aktiviti bersukan dalam kalangan masyarakat semakin mendapat perhatian. Perkembangan infrastruktur sukan seperti gelanggang futsal dan badminton dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat kita. Aktiviti bersukan menjadi aktiviti pada waktu siang dan malam.

Mengapa aktiviti bersukan juga menjadi aktiviti pada waktu malam? Jawapannya ialah ramai orang mencari rezeki pada waktu pagi untuk suapan diri dan tanggungan masing-masing. Pelbagai faedah yang diperoleh daripada bersukan kepada masyarakat yang kian kerap melakukan aktiviti tersebut.

Pada pendapat saya, antara faedah-faedah yang diperoleh daripada bersukan ialah menjamin kesihatan masyarakat kita kerana bersukan melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental. Aktiviti bersukan seperti bola sepak, badminton dan bola keranjang dapat membantu tubuh badan individu mengeluarkan peluh dan menambahkan stamina.

Selain itu, melakukan aktiviti sukan juga dapat menjauhkan penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung. Oleh itu, pihak masyarakat hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.

Calon B

Terima kasih Calon A atas penerangan dan pendapat tentang faedah-faedah bersukan.

Pada pendapat saya pula, aktiviti bersukan ini mewujudkan berfikiran positif dalam masyarakat. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersukan, individu lebih aktif dan bermotivasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini menyebabkan individu dapat mengawal mental diri dengan menerima kekalahan dalam pertandingan sukan ataupun mengawal kemarahannya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pihak masyarakat dapat menguatkan mental diri dan bersikap toleransi dengan melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.

Calon C

Saya kagum dengan pandangan anda Calon B tetapi berlainan dengan pendapat saya, sukan juga mampu menjadikan kerjaya seseorang.

Sukan berkemampuan menjadi industri yang menarik pelaburan dan hiburan kepada masyarakat. Bukan itu sahaja tetapi sukan juga dapat melahirkan atlet-atlet yang berjaya seperti Datuk Lee Chong Wei, Dato Pandelela Rinong dan Datuk Nicol David.

Bagaimanakah atlet-atlet ini menjadikan sukan sebagai sebuah kerjaya? Jawapannya ialah usaha tangga kejayaan dan mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang sukan. Oleh itu, pihak masyarakat hendaklah mempunyai kemahiran dan minat yang mendalam agar dapat mencapai impian.

Calon D

Saya berpendapat dengan Calon C tetapi faedah-faedah sukan yang lain ialah dapat mengisi masa lapang bersama kawan dan keluarga. Sekiranya seseorang melibatkan aktiviti bersukan, maka individu tersebut tidak membuang masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan mengeratkan sillaturahim bersama rakan dan keluarga.

Hal ini juga menyebabkan lebih ramai orang dapat mengelakkan diri daripada kes jenayah seperti menghisap dadah dan aktiviti lumba haram. Oleh itu, pihak masyarakat haruslah bijak mengisi masa agar mempunyai masa untuk mengisi lapang bersama rakan dan keluarga.

Calon E

Saya percaya bahawa setiap orang mempunyai pendapat masing-masing tentang perkara ini.

Pada pandangan saya, aktiviti bersukan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.Antara nilai murni yang diperoleh daripada sukan ialah nilai berdikari iaitu mempunyai keyakinan diri dalam setiap atlet dan nilai hormat-menghormati iaitu mempunyai kepercayaan dan kerjasama dalam pasukan seperti sukan bola keranjang.

Seterusnya ialah dapat nilai kesyukuran, berhemah tinggi, baik hati dan sebagainya. Aktiviti bersukan ini dapat menerapkan pelbagai nilai murni kepada masyarakat supaya selalu mengamalkan nilai-nilai murni ini. 

Pusingan 2 (Sesi celah)

Calon A

Saya ingin menambahkan isi saya iaitu bukan sahaja dapat menjamin kesihatan masyarakat tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran fizikal mereka. Contohnya, semakin lama kita bermain sukan badminton, semakin mahir kita dalam bidang badminton.

Calon B

Maafkan saya, izinkan saya mencelah?

Saya berpendapat dengan Calon A tetapi dengan adanya kemahiran fizikal, kita juga boleh mengajar generasi muda tentang aktiviti bersukan kerana pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara. Jika kamu ingin lihat masa depan negara, lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini.

Calon C

Wah,betullah pendapat Calon B.

Saya amat setuju dengan Calon B kerana generasi muda pada masa kini amat penting dalam masa depan negara. Jika kita menerapkan ilmu-ilmu berkaitan dengan sukan dalam pemuda-pemudi pada hari ini, negara kita akan dipandang tinggi oleh negara lain dengan menyertai pertandingan bola sepak antarabangsa. 

Calon D

Izinkan saya menambah isi calon C?

Saya percaya bahawa negara kita akan dipandang tinggi sekiranya kita menunjukkan semangat perpaduan kita dalam sesebuah pertandingan. Negara kita yang pelbagai kaum mampu menghadapi pelbagai cabaran kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Calon E

Saya bersetuju dengan pandangan semua orang.

Aktiviti sukan memberikan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada negara.Pandangan terakhir saya tentang faedah aktiviti sukan ini ialah “otak cerdas,badan cergas”. Ini adalah slogan yang diguna pakai dalam setiap pertandingan ataupun aktiviti sukan kerana dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak kita dan badan yang cergas ini. Itu sahaja daripada kami.Sekian terima kasih.

4 thoughts on “Jawapan Ujian Lisan – Tajuk Faedah Bersukan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *