Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Contoh Karangan: Amalan Gaya Hidup Sihat

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan merupakan aset paling penting sebagai warganegara Malaysia. Amalan Gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini. Bincangkan cara-cara mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Cara-Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai oleh semua. Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Mengambil makanan yang seimbang

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Jadi, izharlah bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.

Bersukan atau beriadah

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah akan menyihatkan tubuh badan kerana ia melancarkan perjalanan darah dan membolehkan badan mengeluarkan peluh. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging atau berenang. Sebagai contoh, banyak sekolah telah memperkenalkan program “Jom Berlari 5km” setiap hujung minggu untuk membudayakan amalan ini dalam kalangan pelajar. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas. Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Contoh Karangan: Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan

Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan organ dalaman tubuh seseorang seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi dengan baik. Pemeriksaan berkala juga membolehkan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis dan tekanan darah tinggi dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan segera kerana alat perubatan moden dapat mengesan penyakit pada peringkat awal. Peribahasa ada menyatakan, tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Ringkasnya, seseorang itu akan sentiasa memastikan dirinya sihat dengan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berkala sebelum kudis menjadi tokak.

Menjauhi gaya hidup yang negatif

Di samping itu, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol secara berlebihan, ketagihan rokok serta pengambilan dadah. Hal ini demikian kerana amalan tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa sendiri mahupun orang lain. Pengambilan bahan terlarang ini mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit seperti obesiti, kencing manis dan masalah kesihatan mental. Selain itu, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin dan HIV Aids. Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan sihat perlu memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Mengurus tekanan dengan bijak

Akhir sekali, mengurus tekanan dengan bijak juga merupakan aspek penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan, yang akhirnya akan menjejaskan kesihatan fizikal. Individu boleh mengurus tekanan dengan melibatkan diri dalam aktiviti santai seperti melukis, membaca, bermeditasi atau menghabiskan masa bersama keluarga. Teknik pernafasan dan kaunseling juga boleh membantu dalam mengawal emosi dan menjana pemikiran positif. Maka jelaslah, mengawal tekanan secara bijak mampu menyumbang kepada keseimbangan emosi dan mental yang baik dalam kehidupan seharian.

Penutup Karangangaya hidup sihat

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan melalui pelbagai cara yang mudah tetapi berkesan. Amalan ini perlu dijadikan budaya agar rakyat kekal sihat dan aktif. Oleh itu, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah proaktif untuk merealisasikan impian negara ini. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat melahirkan masyarakat sihat tidak akan menjadi kenyataan. Justeru, impian melahirkan rakyat yang cergas akan menjadi realiti jika semua pihak bekerjasama, ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Semoga kempen kerajaan seperti “Rakyat Sihat Negara Maju” dapat direalisasikan kerana rakyat yang sihat mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Contoh Karangan:
Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Gaya Hidup Sihat


Isi tambahan untuk Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

1. Diet yang seimbang

  • pengambilan makanan berdasarkan piramid makanan
  • melebihkan pengambilan makanan berserat spt sayur-sayuran dan mengurangkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi spt daging

2.Bersenam / Bereakreasi

  • meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dua kali seminggu
  • dapat melancarkan pengaliran darah, menjamin kesihatan kardiovaskular, mengelakkan obesiti dengan pembakaran lemak / kalori.

3. Elakkan stres / tekanan

  • kawal kemaharan, emosi
  • berjumpa kaunselor, rakan pembimbing,
  • menjalankan aktiviti kerohanian, yoga, bermeditasi

4. Pemeriksaan kesihatan berkala

  • menjalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengesan / mendiagnosis penyakit
  • mendapatkan imunisasi yang lengkap cth: hepatitis, BCG, polio untuk bayi dan kanak-kanak.

5. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

  • memastikan penjagaan kebersihan peribadi, cth: mandi, membasuh tangan dengan cara yang betul,
  • tidak berkongsi barangan peribadi spt berus gigi, tuala mandi, sikat rambut
  • memastikan kawasan dalam dan luar rumah bebas daripada medium penyebar penyakit spt sampah sarap, air yang bertakung.

6. Menjauhi amalan negatif

  • tidak merokok, minum arak / alkohol, seks bebas, menagih dadah
  • boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser, Aids, hepatitis, sakit jantung.

Contoh Karangan: Langkah mengamalkan Gaya hidup sihat

Rujukan: Piramid Makanan Malaysia

5 2 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous

👍👌🖕

Anonymous

TOLONG AJAR BM

HINDUMATHI SHAVINA

very useful facts , thank you

Anonymous

masyehhh ats contoh yg diberi , tpi tekejut skit , sbb terlalu umum , i mean , bgus ada contoh psl amalan gaya hidup begatif

Sharvin

Good luck

unknow

on top

You cannot copy content of this page

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x