Skip to content

Contoh Karangan Kebaikan Perbankan Internet

karangan Faedah Perbankan Internet

Penggunaan Perkhidmatan Perbankan internet (Perbankan dalam talian) semakin meluas di seluruh dunia termasuklah di negara kita. Apakan Kebaikan Perbankan Internet?

Faedah – Faedah Perbankan Internet

Dalam usaha menongkan arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, perbankan internet di negara kita umpama cendawan tumbuh selepas hujan kerana penggunaan perbankan internet semakin meluas di serata dunia dan secara khususnya di negara kita. Pada ketika negara sedang menghadapi pandemik COVID-19, penggunaan perbankan internet meningkat secara drastik sekali. Oleh sebab kepekaan masyarakat tentang kesihatan mereka. Menurut statistik yang telah dikeluarkan olen United Overseas Bank (UOB), terdapat kenaikan sebanyak 106 peratus dalam jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan perbankan Internet sejak tiga tanun lalu.

Dengan pertambahan aplikasi-aplikasi seperti Facebook, Telegram, Twitter, Instagram, Shopee dan Lazada, penggunaan Perbankan Internet, di negara kita meningkat. Terdapat juga aplikasi yang memudahkan masyarakat untuk melakukan transaksi pada bila-bila masa seperti Maybank2U, Grab Pay, Sarawak Pay dan CIMB Pay. Perkembangan Malaysia ke arah kemajuan pasti akan mewujudkan masyarakat tanpa tunai menjelang tahun 2050. Perkembangan peranti mudah alih juga menyokong usaha untuk melahirkan masyarakat tanpa tunai pada masa akan datang. Platform-platform yang ada seperti Lazada Show yang ditayangkan di kaca televisyen saluran TV3 telah menjadi pemangkin penambahan penggunaan Perbankan Internet. Persoalannya, apakan kelebihan perbankan internet?

Kelebihan Perbankan Internet yang Menjimatkan masa

Antara kebaikan perbankan Internet termasuklah menjimatkan masa dan tenaga. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat di negara kita terlalu sibuk dengan pekerjaan. Sebagai contoh, pada ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, masyarakat terutamanya golongan pegawai kesihatan tidak berpeluang untuk membeli barang atau perkhidmatan di bank atau secara fizikal atas faktor kekangan masa dan juga tenaga. Perkara ini dapat diatasi dengan membuat pembelian secara dalam talian dan membuat pembayaran dengan menggunakan Perbankan Internet. Pepatan Melayu ada mengatakan bahawa masa itu emas. Oleh hal yang demikian, masyarakat tidak perlu membazirkan masa dan juga tenaga untuk membuat pembayaran di bank. Kesannya masyarakat dapat menggunakan masa yang ada untuk melakukan perkara yang bermanfaat. sudah terang lagi bersuluh, perbankan Internet dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Kebaikan Perbankan Internet untuk Menjamin keselamatan pengguna

Selain itu, kebaikan perbankan Internet juga termasuklah menjamin keselamatan pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana kes-kes jenayah seperti meragut aan merompak masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat di negara kita. Perbuatan yang tidak bermoral ini akan menimbulkan masalah kepada negara kerana perbuatan ini akan mengancam keselamatan masyarakat dan perkara ini menjadi lebih serius apabila meragut nyawa manusia. Perkara ini terjadi apabila individu sedang membuat transaksi di bank seorang diri tanpa ditemani olen sesiapa. Individu seperti ini lebih cenderung untuk diragui kerana peragut yang tidak bermoral akan mengambil wang mereka dengan kekerasan tanpa rasa belas kasihan.

Sebagai contoh, dalam kejadian ragut di Ipoh Perak pada 1 Februari 2021, seorang wanita warga emas kerugian RM4,000 apabila beg tangannya diragui olen penunggang motosikal sekitar jam 12.40 tengah hari ketika hendak pergi ke kedai berhampiran. Perkara ini dapat ditangani apabila masyarakat diberi pendedahan yang meluas tentang cara untuk melakukan pembayaran hanya dengan menggunakan perbankan Internet. Media massa memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mеndеdаhkаn mаyаrаkаt tentang cara-cara dan kenaikan Perbankan Internet. Kesannya, masyarakat tidak perlu berhadapan dengan risiko untuk diragut apabila melakukan transaksi di bank. Jelaslah bahawa menjamin keselamatan pengguna merupakan salah satu kebaikan Perbankan Internet.

Melahirkan masyarakat yang celik teknologi

Di samping itu, faedah perbankan Internet termasuklah melahirkan masyarakat yang celik teknologi. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah masyarakat masih lagi ketinggalan dalam arus kemodenan teknologi umpama katak di bawah tempurung. Pada arus globalisasi ini, semua perkara bolen dilakukan di hujung jari. Contonnya masyarakat melakukan transaksi melalui Perbankan Internet. Tambahan pula, masih ada lagi masyarakat yang terkial-kial menggunakan peranti mudah alih dan gajet-gajet. Oleh hal yang demikian, golongan ini tidak dapat memajukan diri dan menyesuaikan diri dalam arus kemodenan yang akan dicapai secara keseluruhan dalam tempoh 20 tahun yang akan datang. Penggunaan model telefon bimbit yang lama dan tidak canggih akan lenyap ditelan zaman. Oleh hal yang demikian, sebagai masyarakat minda kelas pertama, kita mestilah membekalkan diri dengan ilmu teknologi dan menjadi celik teknologi untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan negara yang kian menggiat.

Dengan ini, masyarakat tidak akan berasa ketinggalan dalam perkembangan kemodenan malah dapat menggunakan teknologi yang ada dengan pintar seperti kemudahan perbankan Internet. Impaknya negara kita dapat melahirkan lebin ramai insan yang berfikiran minda kelas pertama dan mempunyai kebolehan untuk memajukan negara kerana merupakan seorang yang celik teknologi. Golongan seperti inilah yang akan membawa perubahan kepada negara malahan juga perubahan kepada dunia. Tegasnya melahirkan masyarakat yang celik teknologi merupakan kebaikan Perbankan Internet.

Kesimpulan Karangan Faedah Perbankan Internet

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menggalakkah penggunaan Perbankan Internet kerana terdapat banyak faedah yang diperoleh. Menuding jari menyalahkan orang lain memanglah mudah, namun usaha untuk menggalakkan masyarakat menggunakan Perbankan Internet tidaklah semudah yang kita bicarakan. Olen hal yang demikian, masyarakat haruslah menjadi pengguna yang bijak dan mendapat kebaikan perbankan Internet dalam urusan transaksi ataupun pembayaran, lebih-lebih lagi ketika berada dalam pandemik COVID-19 bagi langkah untuk memutuskan rantaian jangkitan di negara kita.

Terdapat juga panduan yang dikeluarkan olen bank untuk memastikan masyarakat memahami kebaikan Perbankan Internet, agar negara kita dapat berkembang menjadi negara yang moden di mata dunia bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Lantaran itu, kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan oleh sebab perkembangan teknologi yang kian meruncing pada akhir-akhir ini, memudahkan masyarakat untuk  melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita tidak seharusnya atau mengharapkan usaha daripada satu-satu pihak sahaja dalam usaha menggalakkan penggunaan perbankan Internet tetapi kita mestilah berganding bahu ibarat bukit sama didaki ke mencapai lurah sama dituruni dalam mencapai usaha tersebut. Sesunggunnya, kerjasama ini bukanlah mudah dan tidak harus diambil secara sambalewa seperti melepaskan batok di tangga. Dengan berkat daya usaha yang gigih, negara kita dapat mewujudkan masyarakat celik teknologi.


Contoh Karangan: Faedah Teknologi kepada Golongan Pelajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page