Skip to content

Rangka Karangan – Kepentingan Perpaduan

SPM Bahasa Malaysia

Sebagai masyarakat yang harmoni terdapat begitu banyak peribahasa yang menyokong akan kepentingan perpaduan.

Isi 1 : Mendidik anak-anak agar mencintai nilai-nilai murni – amalan berkasih sayang, menghormati jiran, tutur kata yang sopan, bertoleransi, dan memahami adat dan budaya mesyarakat lain – sentiasa bersikap tangan terbuka (menderma dan membantu jiran/kaum yang mengalami bencana)

Isi 2 :  Membiasakan anak-anak dalam latar masyarakat majmuk – memperkenalkan kepada anak-anak tentang ciri-ciri perbezaan kaum dan agama dalam kalangan masyarakat majmuk – memberikan pendedahan tentang nilai-nilai yang baik dalam amalan setiap masyarakat – mengelak/mengawal mendedahi perkara negatif kaum-kaum tertentu – tidak melarang anak-anak bergaul mesra sesama mereka

Isi 3 :  Bekerjasama menjalankan aktiviti masyarakat – melibatkan semua ahli masyarakat daripada pelbagai kaum/etnik – kegiatan bergotong-royong – hari keluarga – budaya tegur-menegur dan ziarah-menziarahi

Isi 4 :  Mengadakan/menghadiri rumah terbuka – membawa anak-anak ke rumah terbuka kaum tertentu (musim perayaan) – mengadakan rumah terbuka dan menjemput semua jiran daripada pelbagai kaum – memberikan hadiah dan angpau apabila berkunjung ke rumah terbuka

Isi 5 :  Mewujudkan sistem pendidikan yang sama – sistem persekolahan untuk semua kaum (rendah, menengah, dan IPT) – mengajari semua bahasa kaum utama di negara ini – menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum – semua ibu bapa mesti menyokong Dasar Pelajaran Kebangsaan demi masa depan anak-anak

Isi 6 :  Mengelakkan terbabit sebarang salah laku yang boleh menyebabkan persengketaan kaum – tidak membangkitkan isu kaum untuk kepentingan peribadi (politik dan perniagaan) – jauhi perangai adu domba, fitnah dan memperlekeh kaum lain terutama di hadapan anak-anak – mengamalkan sikap sederhana dan mengajari anak-anak agar cepat memaafkan kesilapan orang lain

Kesimpulan : Sebagai masyarakat yang harmoni terdapat begitu banyak peribahasa yang menyokong akan kepentingan perpaduan. Antaranya ialah, hidup bersama ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Demikianlah betapa indahnya hidup bersatu dan bersama yang sewajarnya dihayati oleh masyarakat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *