Kandungan
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?
Usaha Usahamembantu Orang Kurang Upaya
Golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini masih boleh dikatakan umpama melukut di tepi gantang. Masyarakat tidak begitu mempedulikan kehadiran mereka, sekali gus menerima nasib seperti pungguk rindukan bulan. Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal.
Peluang untuk mendapatkan kemahiran
Antara usaha untuk membantu golongan OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Program latihan kemahiran amat penting bagi melatih OKU menguasai bidang seperti kraftangan, membaiki kenderaan, dan perniagaan kecil-kecilan. Dengan adanya kemahiran ini, mereka akan lebih mudah memperoleh pekerjaan atau menjalankan perniagaan sendiri, sekali gus menjana pendapatan untuk menyara kehidupan. Sebagai contoh, terdapat pelbagai pusat latihan yang menyediakan kursus khas untuk OKU dalam bidang keusahawanan dan teknikal, membuktikan bahawa mereka juga mampu berjaya jika diberikan peluang. Bak kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, dengan bimbingan dan latihan yang mencukupi, OKU dapat berdikari dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
peluang untuk menyambung pelajaran
Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Pihak swastamengambil pekerjaOKU
Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang dimiliki untuk memajukan syarikat tersebut. Sebagai contoh, terdapat syarikat yang telah mengambil golongan OKU sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat, dan kerani, membuktikan bahawa mereka juga berupaya bekerja seperti individu lain. Bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, golongan OKU juga mampu berjaya jika diberikan peluang yang setimpal. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka seluas-luasnya kepada OKU agar mereka dapat berdikari dan menyara kehidupan keluarga mereka dengan lebih baik.
Bantuan modal kepadaOKU
Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini terdiri daripada individu yang kurang berkemampuan dan menghadapi kesukaran dalam mencari sumber pendapatan yang stabil. Sehubungan itu, pihak kerajaan dan institusi kewangan mestilah menyediakan skim bantuan kewangan atau pinjaman mudah bagi membantu mereka membangunkan perniagaan kecil-kecilan seperti kedai runcit, kraf tangan, dan perkhidmatan dalam talian. Sebagai contoh, terdapat beberapa koperasi dan yayasan yang menawarkan program latihan keusahawanan serta modal permulaan bagi OKU yang berminat untuk berniaga. Bak kata peribahasa, usaha tangga kejayaan, dengan adanya bantuan yang bersesuaian, golongan ini dapat berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa terlalu bergantung pada ihsan orang lain.
Penutup Karangan: Sumbangan OKU
Intihannya negara kita semakin maju ke hadapan, terutama ke arah merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi yang memerlukan sumbangan dan komitmen semua pihak termasuk golongan OKU untuk memberikan sumbangan kepada negara dalam menjayakan impian berkenaan. Golongan OKU juga ada peranan dan boleh memberi sumbangan sekiranya diberi peluang. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan terus tersisih dalam era pemodenan Negara kita.
Contoh Karangan:Usaha Usahamembantu Orang Kurang Upaya
Contoh Karangan: Masalah yang dihadapi oleh OKU