Kandungan
Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar lebih suka belajar secara berkumpulan? Jelaskan kebaikan dan keburukan belajar secara berkumpulan.
Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan
Terdapat pelbagai cara untuk belajar. Antaranya ialah belajar secara berkumpulan. Oleh itu, murid-murid digalakkan untuk mengamalkan kaedah ini kerana terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh. Pembelajaran kolaboratif juga adalah lebih baik daripada belajar secara bersendirian. Ramai pelajar cemerlang telah membuktikan bahawa teknik pembelajaran bersama rakan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Berkongsi Ilmu dan Idea
Belajar secara berkumpulan membolehkan murid-murid untuk berkongsi ilmu, idea dan pandangan masing-masing kerana sesetengah murid mempunyai idea dan pandangan masing-masing bagi menguatkan lagi kebijaksanaan mereka dalam subjek atau topik yang tidak difahami. Selain itu, murid yang pandai dapat membantu murid yang kurang bijak dengan idea dan pandangan mereka. Contohnya, semasa aktiviti kajian berkumpulan untuk mata pelajaran Matematik, seorang murid mungkin lebih memahami cara menyelesaikan masalah geometri, manakala murid lain pula mahir dalam algebra.
Menyiapkan Tugasan dengan Cepat
Seterusnya, murid-murid juga dapat menyiapkan kerja rumah atau tugasan dengan lebih cepat dan lebih berkesan apabila mengikuti sesi pembelajaran bersama. Murid-murid juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan mesra sesama rakan kerana dapat mengenali kelemahan dan kelebihan masing-masing. Sebagai contoh, projek Sains yang memerlukan pembahagian tugas dapat diselesaikan dengan lebih pantas apabila setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing.
Meningkatkan Motivasi Diri
Pembelajaran secara kooperatif juga memberi lebih motivasi diri dan aktiviti ini juga dapat menjadi pembakar semangat dengan adanya semangat untuk bersaing dalam pelajaran. Masa lapang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti belajar bersama-sama di kawasan pilihan masing-masing. Tetapi, belajar secara berkumpulan ini adalah lebih baik jika diadakan di perpustakaan sekolah ataupun awam kerana terdapat banyak buku-buku rujukan untuk dikongsi bersama-sama. Kajian menunjukkan bahawa murid-murid yang mengamalkan kaedah pembelajaran kolektif mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi semasa menghadapi peperiksaan.
Kelemahan Belajar Berkumpulan
Walaubagaimanapun, usaha pembelajaran bersama juga mempunyai beberapa keburukan. Antaranya ialah murid-murid juga akan berasa bosan apabila belajar tanpa henti. Oleh itu, murid-murid akan bermain kerana hubungan yang kian menjadi bertambah rapat dan kehendak untuk melakukan perkara yang lain seperti bermain. Untuk mengatasi masalah ini, murid-murid boleh menggunakan teknik belajar yang lebih menarik seperti kuiz berkumpulan atau perbincangan topik yang berbeza setiap kali berjumpa.
Kesimpulan Karangan
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan mempunyai banyak faedah disamping beberapa keburukan yang dapat dielakkan. Tetapi, kaedah pembelajaran kolaboratif kini sering dilakukan oleh murid-murid terutamanya yang akan menduduki peperiksaan UASA, SPM dan sebagainya kerana ianya lebih bermanfaat daripada belajar secara bersendirian. Dengan mengamalkan teknik belajar secara berkumpulan, murid-murid dapat menimba ilmu dengan lebih efektif dan menyeronokkan.
Contoh Karangan: Kebaikan bekerja sendiri