Kandungan
“Warga emas merupakan golongan yang semakin bertambah dalam masyarakat akibat peningkatan jangka hayat dan kemajuan dalam bidang kesihatan. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan kehidupan mereka lebih sejahtera dan bermakna.”
Berdasarkan pernyataan di atas, tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk menceriakan kehidupan warga emas.
Cara menceriakan kehidupan warga emas
Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan, swasta dan masyarakat untuk menceriakan warga emas.
Insentif Kewangan daripada Kerajaan
Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan seperti pucuk diminta ulam dicinta. Antaranya, pemberian diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital dan juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Langkah kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka terutama kos rawatan yang begitu mahal. Pengumuman dasar ini sudah pasti akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh menceriakan lagi kehidupan warga emas ini.
Aktivitimelibatkanwarga emas
Selain itu, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka. Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya. Aktiviti seperti ini mampu menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia. Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan kerana yang tua sentiasa didahulukan.
Pembinaan rumah warga tua
Pembinaan rumah warga tua harus diperkasakan, terutamanya di kawasan bandar yang semakin padat. Keadaan hidup yang sibuk menyebabkan ada segelintir anak-anak tidak dapat menjaga ibu bapa mereka sepenuhnya, lalu menghantar mereka ke rumah kebajikan bagai kacang lupakan kulit. Namun, rumah-rumah ini mestilah mempunyai persekitaran yang mesra warga emas, seperti kemudahan kesihatan, taman rekreasi, dan ruang sosial untuk mengelakkan rasa kesunyian. Jika rumah khas ini dibangunkan dengan baik, warga emas tidak akan berasa terasing dan masih dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Contoh Karangan: Cara menjaga kebajikan warga tua
Sikap masyarakat yang positif
Sesungguhnya, langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif dan murah hati. Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan orang muda, lambat bergerak dan sebagainya. Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dengan tua yang membawa renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini.
Mempromosikan Penglibatan dalam Ekonomi
Warga tua yang masih sihat dan berdaya harus diberikan peluang untuk terus aktif dalam bidang ekonomi. Misalnya, mereka boleh diberi peluang untuk bekerja secara separuh masa dalam sektor tertentu seperti pendidikan, perundingan, dan industri kraftangan. Program seperti Seniaga Warga Emas boleh diperkenalkan bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau mengajar kemahiran kepada generasi muda. Langkah ini bukan sahaja memberi mereka pendapatan tambahan tetapi juga membantu mereka merasa dihargai dan terus menyumbang kepada masyarakat. Dengan cara ini, kehidupan warga tua akan lebih produktif dan bermakna.
Penutup Karangan Warga Tua
Kesimpulannya, warga tua bukanlah seperti surat khabar lama yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan anda pula yang disisihkan.
Contoh Karangan: Langkah mengatasi warga tua yang terbiar