Skip to content

Keganasan antarabangsa (Kesan dan Cara mengatasi)

writing 923882 1280 Keganasan antarabangsa (Kesan dan Cara mengatasi)

Keganasan antarabangsa telah menimbulkan pelbagai kesan buruk terhadap negara yang terlibat. Huraikan kesan masalah keganasan antarabangsa dan cadangkan langkah untuk mengatasi masalah ini.

Kesan dan Langkah mengatasi Keganasan Antarabangsa

  • Keganasan – Pengeboman , pembunuhan diri dan penculikan untuk mencapai tuntutan politik .
  • Disebabkan penentangan ideologi , kegawatan ekonomi , dan kelemahan pemerintahan .
  • England – melakukan keganasan di stesen MRT – membunuh banyak rakyat Britain.
  • Membunuh orang yang tidak berdosa dan menyebabkan penderitaan .

Keselamatan terancam

– Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan .
– Pemimpin manyalakan api keganasan dan menghasut penyoking berbuat demikian .
– Bersifat kegilaan dan hilang perasaan rasional mereka .
– Mengambim bahagian dalam tunjuk perasaan dan bertindak liar .
– Menggugat keselamatan dan keamanan kawasan tempatan .

Pergolakan politik dalaman negara akan menyebabkan keganasan. Sebagai contoh, ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Mereka yang menyertai mungkin menunjukkan perasaan dengan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini telah mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Ekonomi terjejas

– Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur.
– Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian.
– Indonesia – tunjuk perasaan dan keganasan berlaku – pembunuhan.
– Ekonomi Indonesia tidak pulih dan bertambah teruk.
– Serangan pengganas Pusat Dagangan Dunia di Amerika telah menjejas ekonomi dunia .
– Perdagangan antarabangsa merosot kerana peniaga tidak berani melawat .

Sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia telah menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana. Peristiwa keganasan dan politik yang tidak stabil telah menyebabkan pelabur terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia dan menjejaskan ekonomi Indonesia.

Serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat telah menyebabkan harga saham menjatuh di seluruh dunia. Keganasan ini telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia.

Pelancongan tergugat

– Perampasan kapal terbang dan mengebom bangunan menyebabkan pelancong takut .
– Tidak berani ke negara yang dilanda pergolakan politik keganasan .
– Agensi pelancongan melaporkan kemerosotan perniagaan .
– Ekonomi Japan , Amerika dan Australia yang bergantung kepada pelancongan terjejas .
– Syarikat penerbangan menghadapi kerugian yang besar .
– Pemandu pelancong dan kakitangan agensi pelancongan mengangur .

Perbuatan merampas kapal terbang dan mengebom bangunan oleh pengganas telah menyebabkan bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Keganasan antarabangsa menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.

Orang ramai juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas.

Langkah: Pasukan Keselamatan

– Polis dan tentera bertindak dengan cepat terhadap keganasan .
– Mengelakkan keganasan merebak dengan serius .
– Pencetus rusuhan dan tunjuk perasaan dikenakan hukuman berat .
– Membuat undang-undang khas untuk menyenangkan tindakan segera .
– Malaysia menggunakan ISA untuk menentang pengganas .
– Mengekalkan keselamatan dan keamanan negara kita .

Langkah: Kerjasama Antarabangsa

– Komuniti antarabangsa berganding bahu mencegah keganasan yang ada rangkaian antarabangsa .
– Jabatan perisikan bertukar maklumat kegiatan pencetus rusuhan .
– Mengambilan tindakan segera seperti menangkap Hambali di Thailand .
– Latihan bersama antara polis dan tentera antara negara maju dan mundur .
– Menyekat aliran wang kumpulan pengganas di dunia .
– Jabatan Imigresen mestilah berkesan melakukan kerja penapisan .

Kesimpulan Karangan tentang Keganasan antarabangsa

– Penduduk dunia haruslah faham keganasan menghalang kemajuan .
– Tanpa keganasan , kemajuan negara terjamin .

Contoh Karangan: Kesan Peperangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *