Skip to content

🔥 Contoh Karangan SPM | Topik Penting Ujian Bertutur
⚡️ Senarai Nota KOMSAS | Peristiwa Menarik KOMSAS SPM

Ujian Bertutur Individu: Kepupusan haiwan liar

Ujian Bertutur Individu: Kepupusan haiwan liar

Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan telah menyebabkan kepupusan hidupan liar. Berikutnya contoh soalan dan jawapan bagi ujian lisan taksiran individu.

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Kepupusan haiwan liar

Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan merupakan faktor utama yang menyebabkan kepupusan hidupan liar kerana habitat semula jadi mereka dimusnahkan tanpa belas kasihan. Hidupan liar yang kehilangan tempat tinggal bukan sahaja terancam, malah ada yang mati kelaparan atau menjadi mangsa pemburuan haram.

Selain itu, kecuaian manusia turut mempercepatkan kepupusan hidupan liar. Kesalahan dalam penggunaan ubat pelali ketika operasi menyelamat, ikatan yang terlalu ketat hingga menyeksa haiwan, serta kegagalan menyediakan persekitaran yang sesuai di pusat pemeliharaan menunjukkan betapa manusia sering mengabaikan kesejahteraan hidupan liar.

Hidupan liar bukan sekadar warisan alam, malah aset berharga dalam sektor pelancongan dan penyelidikan perubatan. Keunikan spesies liar menarik kedatangan pelancong, manakala kajian ke atas mereka membantu pembangunan perubatan moden. Tambahan pula, pemeliharaan hidupan liar mampu menjana pendapatan negara melalui pengeluaran lesen kepada pemburu yang beretika, memastikan keseimbangan antara perlindungan dan ekonomi.

Rujukan Karangan: Langkah Membendung Hidupan Liar

Contoh Soalan Ujian Bertutur Individu

1. Nyatakan punca-punca kepupusan haiwan liar.

Punca-punca kepupusan haiwan liar ialah pemburuan haram dan aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan. Habitat semula jadi yang dimusnah oleh manusia telah meyebabkan haiwan mati kelaparan.

Selain itu, sikap kecuaian manusia turut mempercepatkan kepupusan hidupan liar kerana kesalahan dalam penggunaan ubat pelali ketika operasi menyelamat, ikatan yang terlalu ketat hingga menyeksa haiwan, serta kegagalan menyediakan persekitaran yang sesuai di pusat pemeliharaan.

2. Berikan kepentingan mengekalkan haiwan liar dalam sesebuah negara.

Kepentingan mengekalkan haiwan liar dalam sesebuah negara adalah untuk memajukan sektor pelancongan dan bidang penyelidikan perubatan. Selain itu, perlindungan dan pemeliharaan hidupan liar juga mampu mendatangkan pendapatan kepada negara melalui pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu.

3. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tindakan yang paling efisien untuk menangani kepupusan haiwan liar?

Berdasarkan pengetahuan saya, tindakan yang paling efisien untuk menangani kepupusan haiwan liar ialah dengan memelihara dan memulihara habitat semula jadi secara menyeluruh. Langkah ini boleh dilakukan melalui penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat terhadap aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan yang tidak terkawal.

Selain itu, pengharaman sepenuhnya pemburuan haiwan liar untuk tujuan komersial atau peribadi adalah amat penting. Bagi memastikan keberkesanan larangan ini, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pemburu haram, termasuk denda tinggi dan hukuman penjara yang lebih lama. Penggunaan teknologi moden seperti dron dan kamera perangkap boleh membantu mengawasi pergerakan haiwan dan mengesan pemburu haram dengan lebih berkesan.

4. Aktiviti pemburuan haiwan liar secara haram semakin berleluasa untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Berikan ulasan anda.

Aktiviti pemburuan haiwan liar secara haram semakin meningkat kerana keuntungan yang luar biasa lumayan yang diperoleh oleh pemburu haram melalui penjualan organ atau bahagian tertentu haiwan liar. Permintaan tinggi daripada pasaran gelap antarabangsa menjadi faktor utama yang mendorong aktiviti ini.

Organ-organ daripada haiwan seperti buaya, harimau, gajah, dan tenggiling memiliki nilai yang sangat tinggi kerana dipercayai mempunyai kegunaan dalam perubatan tradisional, fesyen, atau hiasan. Hal ini menyebabkan pemburu haram sanggup mengambil risiko besar, termasuk berhadapan dengan undang-undang dan bahaya ketika memburu haiwan liar.

Akibatnya, populasi haiwan liar semakin berkurangan, dan beberapa spesies berada di ambang kepupusan. Jika pemburuan haram tidak dibanteras dengan segera, ekosistem akan menjadi tidak seimbang, dan Malaysia bakal kehilangan khazanah alam yang tidak ternilai harganya.

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

You cannot copy content of this page

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x