Skip to content

Karangan Langkah mengatasi Jenayah Siber

Karangan Langkah mengatasi Jenayah Siber

Internet menjadi alat komunikasi yang terkini telah menyebabkan berlakunya kes jenayah siber yang semakin berleluasa. Huraikan langkah langkah mengatasi Jenayah Siber.

Isi Karangan Jenayah Siber

kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini. Berjuta-juta laman web yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang tidak kira sama ada benar atau salah telah menjadi penjenayah siber ini mengendalikan internet untuk mempengaruhi pengguna awam. Contohnya, kegiatan “Penipuan Bungkusan” didalangi warga Afrika.

  • Jenayah Siber boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara termasuk mengancam aspek keagamaan serta perkauman sehingga menjejaskan perpaduan rakyat.
  • Penjenayah siber sentiasa berubah selari dengan perkembangan teknologi.
  • Penjenayah siber yang licik turut memiliki kepakaran dan kemampuan untuk melumpuhkan operasi sistem rangkaian komputer dan melancarkan serangan yang lebih sofistikated.

Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar termasuklah penipuan dalam teknologi maklumat, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, maklumat diceroboh dan dicuri, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidah sah dan tanpa kebenaran dari pemilik perisian, pengintipan, judi siber, penggodam atau “Hacker”, penyebaran virus dan mel Spam.


Langkah mengatasi Jenayah Siber

Langkah-langkah pencegahan perlu diadakan dan membabitkan semua peringkat di sesebuah organisasi mahupun orang awam.

Tahap kesedaran tentang ancaman siber

  • Pengguna internet perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber ini
  • Boleh lindungi sistem komputer dengan perisian yang ada di pasaran seperti antivirus, firewall, pop-up blocker, antispyware dan perisian keselamatan komputer yang lain
  • Kelas komputer juga haruslah diwajibkan di semua sekolah untuk mengajar pelajar tentang pengetahuan komputer serta internet di samping menjelaskan.
  • Program kesedaran keselamatan siber bagi memberi pendedahan dan pendidikan kepada penggunaan internet mengenai bahaya ancaman dan jenayah siber.


Kanak Kanak perlu diawasi

  • Golongan kanak-kanak dan remaja perlu diawasi dalam penggunaan Internet.
  • Ibu bapa Malaysia tidak sedar anak mereka terdedah kepada pornografi dan 1/3 ibu bapa pula tidak tahu mengenai media sosial yang digunakan anak mereka setiap hari.
  • Kawalan dan keterangan daripada ibu-bapa serta guru perlu dalam memberi kesedaran mengenai penerimaan informasi yang benar agar mereka tidak tertipu dan keliru.
  • sekolah membantu memberi maklumat kepada kalangan pelajar mengenai jenayah siber


Peranan kerajaan

  • Pihak kerajaan juga perlu bersedia berdepan pelbagai ancaman jenayah siber yang merebak ketika ini dengan mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal.
  • Satu unit khas yang celik komputer dan berpengetahuan tinggi dalam dunia siber haruslah ditubuhkan untuk menangani penularan jenayah siber dengan lebih berkesan.
  • Kerajaan perlu menaik taraf kompetensi pengamal keselamatan siber sedia ada, selain memupuk golongan profesional keselamatan siber berwibawa yang baharu serta meningkatkan daya saing dalam mempertahankan keselamatan siber negara.
  • Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pengawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan di alam siber.


Peranan Sekolah

  • Kelab ICT
  • Memberikan pendedahan bahaya siber kepada ahli
  • Pelajar dapat mendapat pendedahan awal tentang cara yang betul menggunakan ICT
  • Contoh : Pihak kelab mengajak orang luar untuk memberi ceramah dan pendedahan tentang ICT


Peranan Pihak swasta

  • Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah-langkah keselamatan dengn meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang pencerobohan penjenayah siber.
  • Memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan syarikat & pengguna komputer.
  • Meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan penjenayah siber.


NGO/Non Government Organization

  • Kerjasama NGO amat diperlukan dalam membanteras jenayah siber
  • Pihak ini perlulah proaktif dan komited untuk sama-sama membantu kerajaan tangani jenayah
  • Pihak ini seharuanya terlibat melancarkan aktiviti kemasyarakatan keselamatan internet untuk beri kesedaran kepada orang ramai
  • Contoh : Baru-baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan The Body Shop mengadakan kolaborasi untuk menghentikan keganasan terhadap wanita termasuk melalui Internet.


Penguatkuasaan dan hukuman

  • Undang-undang yang sedia ada perlu dikaji semula keberkesanannya supaya masalah ini dapat diatasi
  • Pihak berkuasa perlu mengkaji lebih mendalam lagi tindakan dan hukuman yang boleh dikenakan
  • Kerjasama antara PDRM, SKMM, Bank Negara untuk meningkatkan kemampuan dalam menangani penjenayah siber
  • Forensik komputer digunakan dalam penyiasatan untuk mendapatkan bukti-bukti kukuh penjenayah siber lakukan seterusnya mendakwa mereka yang terlibat
  • Mengadakan kerjasama antara negara secara global dengan mengkaji hukuman yang dikenakan.
  • Contoh : PDRM meningkatkan usaha memantau melalui cyber crime / Bahagian Jenaya Siber Bukit Aman


Ancaman siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengguna komputer pada masa kini memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan pada rangkaian Internet yang menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia serta bersifat terbuka. Oleh yang demikian, Langkah-langkah mengatasi perlu diambil oleh semua pihak sama ada organisasi atau individu kerana tiada jalan pintas dalam menangani ancaman siber.

Contoh Karangan: Punca jenayah siber berlaku

2 thoughts on “Karangan Langkah mengatasi Jenayah Siber”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page