Skip to content

Karangan SPM Punca jenayah siber berlaku

Karangan Punca jenayah siber

Jenayah siber berlaku apabila peralatan teknologimaklumat yang semakin canggih telahdisalahgunakan terutamanya dalamperdagangan dan perniagaan. Apakah punca punca jenayah siber berlaku?

Punca jenayah siber berlaku

Pada era moden ini, kemunculan teknologi yang canggih adalah seperti “Cendawan tumbuh selepas hujan”. Pelbagai jenis peralatan moden telah dicipta dan dikeluarkan ke dalam pasaran global. Peralatan canggih ini bersamaan dengan Internet sememangnya membawakan manfaat yang banyak kepada manusia dalam kehidupan seperti komunikasi, perdagangan dan perniagaan. Namun, peralatan canggih tersebut telah disalahgunakan oleh sesetengah orang untuk melakukan jenayah siber. Fenomena ini telah mencetuskan kebimbangan masyarakat kita. Persoalannya, apakah punca-punca jenayah siber berlaku?

Penjenayah siber sukar untuk dikenalpasti

Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti siapakah penjenayahnya. Perbuatan mereka seperti menggodam, mencuri maklumat, menyebar virus, menghantar mesej sampah dan pencerobohansukar untuk dikenalpasti. Pihak yang berkuasa tidak dapat membezakan ancaman siber seperti ancaman fizikal kerana susah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana. Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Berkemungkinan kawan kita , mungkin pelajar, ataupun profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu , dan biasanya mereka susah untuk ditangkap.

Sikap manusia yang sukar dikawal

Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Penjenayah menyerang sistem disebabkan perasaan suka-suka dan hanya sekadar untuk main-main ataupun ingin menggunakan ilmu yang baru mereka pelajari. Antaranya perbuatan ialah mereka cipta program-program pemusnah atau virus komputer untuk tujuan memusnahkan pangkalan data pihak lain. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an. Golongan remaja ini mahir tentang komputer tetapi mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh.

Sifat ketamakan manusia

Tambahan pula, sifat ketamakan manusia juga punca tersebut. Antaranya keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Berjuta-juta laman web yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang tidak kira sama ada benar atau salah telah menjadi penjenayah siber ini mengendalikan internet untuk mencari mangsa. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut. Oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah merompak.

Peningkatan penggunaan internet

Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu punca berlakunya jenayah siber dan berleluasa di negara kita. Peningkatan pengguna internet sebagai alat komunikasi terkini telah mendorong ramai pengguna internet menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Contohnya, kegiatan “Penipuan Bungkusan” didalangi warga Afrika.

Selain itu, penggunaan perbankan online secara meluas telah diperkenalkan kepada pengguna. Perbankan Internet yang menjimatkan masa dan tenaga juga fleksibel telah menyebabkan ramai pengguna beralih arah menggunakan aplikasi ini. Terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan mencipta laman web perbankan palsu dan menggunakan taktik phishing untuk mempengaruhi pengguna awam. Pengguna yang tertipu akan memasukkan kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh penjenayah siber. Penjenayahsiber juga menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang siber untuk menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya.

Kekurangan pengetahuan dalam pengendalian komputer

Jenayah siber berlaku kerana masyarakat kita yang kekurangan pengetahuan dalam pengendalian komputer. Manakala kebanyakan penjenayah siber ini adalah golongan berpengetahuan ataupun professional dalam pengendalian computer. Orang ramai sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini kerana mereka tidak ketahui cara-cara untuk mengelak diri daripada ancaman jenayah siber. Kejadian yang sering berlaku ialahpenjenayahsiber membuat laman web atau aplikasi telefon pintar tiru dan pengguna yang tidak memahir dalam komputer dan Internet sering ditipu. Selain itu, mereka yang tidak sedar akan risiko di sebalik perkongsian peribadi melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain juga menjadi faktor jenayah siber berlaku.

Penutup Karangan Jenayah Siber

Teknologi telah menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak. Masalah siber jenayah yang semakin membimbangkan dan pelbagai langkah tertentu perlu diambil untuk mengawalnya. Pihak kerajaan haruslah meningkatkan keupayaan untuk menghadapi jenayah siber. Kita perlu menjemput pakar-pakar dari luar negara untuk bekerjasama berkongsi maklumat dengan pakar negara kita. Undang-undang negara kita juga perlu dikaji keberkesanan oleh penggubal undang-undang supaya sesuai untuk masalah moden ini. Dengan pelbagai persediaan oleh kerajaan, barulah rakyat Malaysia mempunyai kemudahan siber yang selamat untuk digunakan.


Rangka Karangan: Langkah mengatasi Jenayah Siber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page