Skip to content

Karangan Cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah

Cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah

Masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi dan sukar untuk ditangani. Apakah langkah yang dapat mengatasi masalah ponteng sekolah?

Langkah Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah

Sudah terang lagi bersuluh, gejala ponteng sekolah merupakan masalah yang masih membelenggu institusi pendidikan negara walaupun telah melalui zaman pasca-2020. Gejala ponteng sekolah ini dikatakan berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri. mereka juga sering terpengaruh oleh rakan sebaya. Sikap ibu bapa juga menjadi faktor yang menggalakkan gejala ini berlaku. Oleh itu, langkah bestari perlu diambil bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak agar dapat menyelesaikannya dengan bijak. Persoalan yang masih menjadi tanda tanya ialah, apakah langkah yang dapat mengatasi masalah ponteng sekolah ?

Memupuk nilai murni dalam diri pelajar

Antara langkah bestari yang signifikan untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah pihak sekolah khususnya guru-guru yang mengajar dan mendidik mereka. Para guru hendaklah bertanggungjawab memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar melalui pengajaran subjek moral dan sivik supaya mereka dapat membuat penilaian antara baik dengan buruk seawal di bangku sekolah rendah lagi. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tidak akan melakukan tindakan untuk ponteng sekolah. Jelaslah bahawa tugas pendidik bukanlah hanya mengajar sahaja malah membentuk diri pelajar menjadi insan kamil

Ibu Bapamemantau pergerakan anak

Selain pihak sekolah, ibu bapa dan ahli keluarga turut berperanan besar dalam menangani gejala ponteng sekolah. Ibu bapa hendaklah bersikap proaktif dengan memantau pergerakan anak-anak dengan rakan mereka. Sesekali ibu bapa hendaklah hadir ke sekolah untuk menghadiri program anjuran sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Kantin dan Hari Kecemerlangan Pelajar. Selain menghadiri program, ibu bapa dapat berkenalan dengan guru sambil memantau aktiviti anak dan rakan-rakan mereka bak kata sambil menyelam minum air. Dengan cara ini, ibu bapa dapat membantu guru mengurangkan gejala ponteng sekolah. Tegasnya, ibu bapa mampu berperanan dalam menyelesaikan gejala ponteng sekolah.

Pembantuan persatuan penduduk

Di samping itu, masyarakat juga berperanan membantu pihak sekolah mengatasi masalah ponteng sekolah. Persatuan penduduk di sesebuah taman perumahan hendaklah menganjurkan aktiviti yang melibatkan pelajar sekolah. Sebagai contoh, Program Pencegahan Denggi anjuran persatuan penduduk yang melibatkan Skuad Anti Denggi yang ditubuhkan di sekolah. Dengan cara ini pelajar akan berasa malu untuk melakukan perbuatan yang tidak baik seperti ponteng sekolah kerana wajah mereka dikenali oleh semua penduduk apatah lagi jika pelajar menetap di kawasan perumahan tersebut, maka penduduk pasti akan mengenali ibu bapa pelajar teersebut. Jelaslah bahawa dengan penglibatan masyarakat, gejala ponteng sekolah dapat diatasi dengan mudah.

Menggunakanmedia sosial untuk berhubung dengan pelajar

Pada era “dotcom” ini, media sosial menjadi sebahagian daripada kehidupan remaja khususnya pelajar sekolah. Media sosial hendaklah digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan pelajar seperti Whatsapp Berkumpulan untuk kelas masing-masing. Tujuannya adalah untuk membantu guru memantau pergerakan pelajar melalui rakan mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak berani untuk melakukan tindakan memonteng kelas atau sekolah. Dengan cara ini, guru-guru lebih mudah untuk menghabiskan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Tegasnya, media sosial turut membantu guru-guru menyelesaikan masalah ponteng sekolah.

PenutupKarangan Masalah Ponteng Sekolah

Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah bukanlah isu baharu tetapi isu lama yang masih belum ketemu jalan penyelesaiannnya disebabkan oleh sikap tunggu dan lihat yang akhirnya membawa padah. Jika tiada usaha untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai masalah akan timbul pada kemudian harinya yang akan merencatkan pembangunan insan yang direncanakan oleh pemimpin masa ini demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang berdisiplin, berakhlak mulia, dan bersopan santun sebagai satu persediaan menjelang Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.


Contoh Karangan: Kesan ponteng sekolah

1 thought on “Karangan Cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *