Skip to content

Novel Darah Titik Di Semantan – komsas tingkatan 2

Novel Darah Titik Di Semantan

Novel Darah Titik Di Semantan karya Arman Sani merupakan komsas tingkatan 2. Berikutnya nota komsas termasuk tema, persoalan, sinopsis, latar, watak perwatakan, nilai, pengajaran dan contoh soalan novel ini.

Tema Novel Darah Titik Di Semantan

Tema Novel Darah Titik Di Semantan ialah semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air.

Datuk Bahaman dan pengikutnya yang mempunyai semangat patriotisme menentang pihak Inggeris kerana mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan.


Persoalan Novel Darah Titik Di Semantan

Kerjasama dalam menghadapi penjajah.
Contoh: Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua.

Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.
Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan.

Kesetiaan kepada negara.
Contoh: Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan tanah air daripada penjajah.

Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.
Contoh: Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat bantuan dan keberkatan.

Kepentingan mendengar arahan ketua.
Contoh: Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.


Peristiwa Novel

Budaya bekerjasama
Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal tempat tersebut. Datuk Bahaman juga menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana bakal menghadapi 50 orang mata-mata Sikh yang diketuai oleh Desborough manakala satu lagi pasukan terdiri daripada 300 askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.

Keberanian untuk menegakkan keadilan
Datuk Bahaman berani menentang penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila Desborough datang dengan membawa 50 orang mata-mata Inggeris, Datuk Bahaman menyerang dan menewaskan mereka.

Semangat cinta akan negara
Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang mata-mata Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh diberi muka di bumi Semantan.


Sinopsis Novel Darah Titik Di Semantan

Novel Darah Titik di Semantan mengisahkan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Zahid, dan rakan-rakannya bersama Datuk Bahaman, Mat Lela, Lajis, Pak Uda Ismail dan lain-lain dalam menentang penjajah Inggeris di Lubuk Terua, Semantan. Datuk Bahaman merupakan salah seorang daripada Orang Besar Berlapan dan penduduk Kampung Lubuk Terua. Datuk Bahaman berasa tidak puas hati apabila pihak Inggeris telah mencabuli perjanjian yang telah dibuat dan ditambah lagi apabila E.A Wise membina sebuah rumah pasung di Lubuk Tertua tanpa berunding dengan Datuk Bahaman. Penduduk Lubuk Tertua berasa marah dan ingin menyerang pihak Inggeris yang bertapak di Lubuk Terua.

Hugh Cifford ialah Pemangku Residen British di Pahang telah mendapat berita berkenaan penentangan penduduk tempatan dan Datuk Bahaman yang telah disampaikan oleh Syes, Owen dan Rodger. Hugh Clifford telah mendesak Sultan Pahang supaya melucutkan pangkat dan taraf Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Sultan Pahang tidak bersetuju tetapi terpaksa akur dengan kehendak Clifford.

Orang kanan Datuk Bahaman seperti Pak Uda Ismail, Samad dan Pak Long Abas telah ditahan oleh pihak Inggeris kerana membawa rotan tanpa kebenaran. Hal ini telah membawa kemarahan Datuk Bahaman apabila ditambah dengan kematian Pak Uda yang telah mati dibunuh. Keadaan ini telah menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya, bersiap untuk menyerang hendap Desbourgh di Sungai Semantan. Serangan yang telah dilakukan telah membawa kejayaan kerana pihak Desbourg berjaya dikalahkan dan ramai mata-mata pihak Inggeris terbunuh. Selain itu, rumah Pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh.

Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancanganuntuk menyerang Inggeris di Bentung. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh diarahkan mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentung. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, Mat Lela serta Zahid dan rakan-rakannya akan ke Temerloh mengambil mayat Pak Uda Ismail. Selepas berjaya mengeluarkan mayat Pak Uda Ismail, Datuk Bahaman juga meneruskan rancangan dengan menyerang rumah pasung itu. Semua senapang dan peluru telah diambil.

Ekoran kejadian itu, pihak Inggeris telah menyediakan satu pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Datuk Bahaman menolak untuk berperang dengan askar-askar sultan kerana tiada gunanya berperang sesame bangsa sendiri. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman telah menyedari dimana perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada seorang askar sultan. Oleh itu, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menyumpit perahu yang dinaiki Desborough. Hal ini telah menyebabkan Desborough dan mata-mata pihak Inggeris yang lain mengemudi perahunya ke hilir Batu Hampar semula.

Datuk Bahaman dan Tuk Selampit melihat Rodger berjalan dengan Sultan dan Tengku Ali semasa di Batu Hampar. Tuk Selampit ingin menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Sikh namun telah dihalang Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing itu tersasar ke Sultan. Tuk Selampit marah dan meninggalkan mereka.

Selepas menghadap sultan, Datuk Bahaman mengatakan bahawa baginda menyokong perjuangan mereka namun baginda dalam keadaan tersepit. Baginda juga berjanji untuk memaafkan dan memulangkan semula pangkat serta kuasa kepada Datuk Bahaman. Selain itu, mereka juga boleh pulang ke kampung selepas mendapat pengampunan sultan dan bebas daripada ancaman pihak Inggeris. Walau bagaimanapun, Mat Lela masih ragu-ragu dengan dengan perjanjian sultan.

Zahid ternampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Zahid berasa kecewa kerana Datuk Bahaman hanya mengarahkan untuk menembak ke udara. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad rebah ditembak semasa ingin berlari ke kubu. Awang Muhammad tidak dapat diselamatkan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk kepada askar-askar sultan manakala Datuk Bahaman masih berpegang janji. Datuk Panglima Raja menembak ke arah askar sultan dan akhirnya beliau juga tewas terkena tembakan.Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin telah menyerah diri. Ketua askar sultan telah menikan Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin. Peperangan kali ini berpihak kepada askar-askar sultan.

Mat Kilau ke Darat Kelubi dengan membawa salinan surat pengampunan penduduk Semantan yang telah ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan mendapat pengampunan kecuali Datuk Bahaman. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai perancangan yang lain manakala Lajis pula memberitahu penduduk Semantan bahawa peperangan belum tamat. Penduduk Semantan bersatu semula apabila mengetahui Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua semula.

Menurut Tuk Gajah, rancangan besar yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah akan berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangan itu gagal. Tuk Raja tidak berminat untuk menyerang pihak Inggeris. Askar-askar sultan dan pihak Inggeris yang diketuai Wise mencari Datuk Bahaman. Mereka telah membakar rumah-rumah orang kampung. Datuk Bahaman telah berundur semula ke Lubuk Terua selepas mendengar berita tersebut. Datuk Bahaman telah membunuh ramai mata-mata Inggeris akibat daripada kejadian itu. Kemudian, Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas berita itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi.


Binaan Plot Novel Darah Titik Di Semantan

Novel Darah Titik di Semantan bermula dengan Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad yang sedang menuju ke Masjid Lubuk Terua. Zahid terkenang akan sikap Datuk Bahaman yang banyak berubah. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman berucap tentang Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka. Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris.

Inggeris telah membina kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas mencadangkan supaya mereka bertindak tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman dengan alasan persiapan belum cukup. Kira-kira dua minggu kemudian, Zahid ternampak dua buah perahu yang membawa seorang Inggeris dan diapit oleh tiga orang mata-mata Sikh. Samad hendak menyerang mereka tetapi dihalang oleh Awang Muhammad.

Pada bahagian ini, berlaku pergaduhan antara Zahid dan rakan-rakannya dengan dua orang pemuda Melayu yang cuba menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman pula difitnah oleh Inggeris. Inggeris mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah menderhaka kepada sultan. Pak Long Abas, Ismail dan Samad ditangkap Desborough. Datuk Bahaman telah menyelamatkan mereka. Sekali lagi Pak Long Abas dan Ismail ditangkap Desborough. Pak Long Abas dapat menyelamatkan diri tetapi Ismail tidak dapat menyelamatkan diri. Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap Inggeris.

Desborough datang dengan lima puluh orang mata-mata Sikh. Mereka telah ditewaskan oleh pasukan Datuk Bahaman. Peperangan telah bermula. Rodger mudik bersama dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman dalam dilema. Perjanjian dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian itu, askar- askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara.

Askar-askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Askar-askar itu meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnya menghalakan senapang ke udara. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila tembakan askar-askar sultan terkena paha Mat Lela. Kemudian, dada Awang Muhammad pula ditembusi peluru askar-askar sultan. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Namun begitu, mereka berdua ditikam oleh ketua askar sultan.

Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Datuk Bahaman kecewa kerana sultan telah mungkir janji. Datuk Bahaman sendiri tetap patuh pada janji. Datuk Bahaman meninggalkan Semantan lalu mudik ke Sungai Lembing. Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.


Teknik Plot Novel Darah Titik Di Semantan

Teknik pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan Mat Kilau ketika datang ke Masjid di Kampung Semantan.

Teknik dialog
Contoh: Zahid berbual dengan rakan- rakannya, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad tentang kubu yang akan dibina oleh mereka di Lubuk Sengarat.

Teknik monolog
Contoh: Zahid bermonolog bahawa perang akan berlaku apabila melihat beberapa orang Inggeris di tebing sungai dan ada antara mereka yang sedang menghalakan muncung senapang ke arah rumah Datuk Bahaman.

Teknik imbas muka
Contoh: Semasa Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail pergi memancing ikan dan lambat pulang. Zahid menduga bahawa mereka mungkin ditangkap Inggeris. Ternyata hal itu benar-benar berlaku.

Teknik kejutan
Contoh: Pembaca terkejut sewaktu Hassan Tahmid membaca utusan daripada sultan, iaitu semua orang Semantan yang bangkit menentang Inggeris diampunkan.

Teknik imbas kembali
Contoh: Semasa berjalan ke masjid Lubuk Terua bersama dengan Samad, Rahmad dan Awang Muhammad, Zahid terkenang akan Datuk Bahaman yang telah berubah sikap.

Teknik saspens
Contoh: Peristiwa yang berlaku dimana Zahid dan rakan-rakan terdengar suara jeritan meminta tolong.


Watak Perwatakan Novel Darah Titik Di Semantan

  1. Seorang pahlawan dan orang kaya Semantan
  2. Mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
  3. Pembesar negeri

Seorang yang bertanggungjawab melaksankan amanah yang dipikul.
Contoh: Dia sentiasa bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu.

Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.
Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris tetap diteruskan.

Seorang yang berani.
Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri.

Seorang yang mementingkan kebajikan rakyat.
Contoh: Semasa di Johor, Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.

Seorang yang berpegang pada janji.
Contoh: Datuk Bahaman akan berpegang pada janji walaupun terpaksa hidup menderita dan anaknya mati.

  1. Pembantu kepada Datuk Bahaman.
  2. Kawan rapat kepada Samad, Rahman, dan Awang Muhammad.

Seorang yang pandai menentang musuh.
Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.

Seorang yang patuh kepada ajaran agama.
Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.

Seorang yang berani.
Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.

Seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersamasama.

Seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam.

  1. Rakan kepada Zahid, Rahman dan Awang Muhammad.
  2. Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.
  3. Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang Inggeris.

Seorang yang berani.
Contoh: Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani dalam perjuangan pada setiap masa.

Seorang yang pandai menyimpan rahsia.
Contoh: Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar.

Seorang yang bijaksana mengatur strategi.
Contoh: Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh.

Seorang yang mempunyai semangat kerjasama
Contoh: Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu.

  1. Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
  2. Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
  3. Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang Inggeris.
  4. Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan

Seorang yang berfikiran terbuka
Contoh: Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran.

Seorang yang berterus-terang
Contoh: Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat.

  1. Suru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
  2. Baru berkahwin dengan Kak Minah.
  3. Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala Semantan.
  4. Turut sama berjuang dengan Datuk Bahaman menentang Inggeris.

Seorang yang mudah bekerjasama
Contoh: Dia bermuakat dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.


Latar Novel Darah Titik Di Semantan

Latar MasaNovel Darah Titik Di Semantan

Hari Jumaat
Contoh: Samad mengajak kawan-kawannya menggali kubu pada hari jumaat.

Waktu pagi
Contoh: Zahid memikirkan untuk mendalamkan kubu pada pagi itu.

Waktu tengah hari
Contoh: Zahid,Samad, Awang Muhammad makan nasi dengan lauk ikan kelah bakar.

Selepas waktu maghrib
Contoh: Zahid dan kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat maghrib.

Musim ikan temberlian bertelur
Contoh: Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail mengail ikan di Sungai Semantan kerana waktu itu merupakan musim ikam tembelian bertelur.

Zaman pemerintahan Inggeris
Contoh: Rahman menerangkan bahawa dua tahun lalu,negeri mereka telah diambil oleh Inggeris.


Latar TempatNovel Darah Titik Di Semantan

Lubuk Terua
Contoh: Zahid dan kawan-kawan berjalan ke masjid yang terletak di Lubuk Terua.

Lubuk Sengarat
Contoh: Zahid dan kawan-kawannya akan menggali kubu di Lubuk Sengarat.

Johor
Contoh: Datuk Bahaman pergi ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang menghadap Sultan Johor.

Rumah Pasung Temerloh
Contoh: Mata-mata Inggeris meletakkan mayat Pak Uda Ismail di rumah pasung.

Kubu
Contoh: Sebuah kubu dibina oleh Zahid dan kawan-kawannya untuk menentang Inggeris.


Latar MasyarakatNovel Darah Titik Di Semantan

Masyarakat golongan penjajah Inggeris
Contoh: Masyarakat penjajah Inggeris yang berkuasa di Pahang, seperti Rodger, Clifford dan Syres.

Masyarakat mata-mata Inggeris dari India dan Benggala.
Contoh: Pihak Inggeris telah mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk menakut-nakutkan rakyat tempatan supaya tidak menentang Inggeris.

Masyarakat yang menentang penjajah Inggeris
Contoh: Mat Lela menentang penjajah Inggeris.

Masyarakat yang mementingkan agama
Contoh: Penduduk Lubuk Terua mementingkan soal agama.

Masyarakat yang mengenang jasa
Contoh: Datuk Bahaman mengenang jasa Pak Long Abas


Gaya Bahasanovel Darah Titik di Semantan

Simile
Contoh: Burung-burung telah mula menyanyi seolah-olah mengingatkan kaumnya supaya segera bangun memburu rezeki; Semantan ini kalau tidak ada ayahmu, sepertilah anak ayam yang tidak ada ibu; Mereka menggelupur seperti ayam disembelih.

Repetisi
Contoh: Dalam perjuangan, kita mesti berpadu. Kita mesti sama-sama kuat. Kalau kita saja yang menentang musuh, sedangkan orang lain tidak, kita akan kalah juga.

Personifikasi
Contoh: Pokok merbau berdarah yang tinggi di situ tegak dan gagah menentang kesejukan pagi; Cahaya bulan sedang bermain di sana sini; Pungguk merindukan bulan.

Peribahasa
Contoh: Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan; biar pecah di perut, jangan pecah di mulut; hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Inversi
Contoh: Sementara menunggu waktu isyak, aku dan Samad beredar ke pekarangan Masjid; Di tepi kubu itu, dia memerhatikan keadaan sekelilingi.

Bahasa istana
Contoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana.

Sinkope
Contoh: Tak guna kita tunggu di sini.

Metafora
Contoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah.


Nilai Novel Darah Titik Di Semantan

Nilai Pengorbanan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.

Nilai Menepati janji
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman menepati janji antara beliau dengan sultan.

Nilai Keberanian
Contoh Peristiwa: Perajurit-perajurit Datuk Bahaman telah berjuang menentang penjajah Inggeris dengan berani.

Nilai Ketegasan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman sangat tegas sewaktu memimpin pasukan perangnya.

Nilai Kebijaksanaan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman bijak menghalang kemaraan orang Inggeris dengan merentangkan seutas rantai besi di Lubuk Sengarat. Beliau menyentap rantai besi tersebut untuk menerbalikkan perahu-perahu orang Inggeris yang melalui kawasan tersebut.

Nilai kesetiaan
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman setia kepada Sultan apabila beliau melarang anak-anak buahnya melepaskan tembakan ke arah askar-askar Sultan. Selain itu, beliau juga melarang Tuk Selampit menyumpit Rodger yang duduk bersebelahan dengan Sultan kerana mengkhuatiri tindakan itu akan mengancam nyawa Sultan.

Nilai Cinta akan negara
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi tanah air tercinta.

Nilai Kepatuhan
Contoh Peristiwa: Para pengikut Datuk Bahaman patuh akan arahan beliau.

Nilai Rasional
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman bersikap rasional apabila beliau meminta penduduk Semantan agar membuat perancangan dan persediaan lengkap sebelum melawan orang Inggeris.

Nilai Tanggungjawab
Contoh Peristiwa: Datuk Bahaman melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di Semantan apabila membawa Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh untuk menyelamatkan Samad, Pak Long Abas dan Pak Uda Ismail yang ditahan oleh orang Inggeris di rumah pasung.


Pengajaran Novel Darah Titik Di Semantan

Kita hendaklah berjuang mempertahankan tanah air kita daripada dijajah.
Contoh: Datuk Bahaman dan para pengikutnya sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan tanah air yang tercinta.

Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Contoh: Zahid dan rakan-rakannya berlatih silat dan bermain senjata untuk menghadapi Inggeris. Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing.

Kita hendaklah memiliki sifat kepemimpinan yang baik.
Contoh: Datuk Bahaman mempunyai sifat kepemimpinan yang tinggi dalam memimpin pasukan perajuritnya untuk menentang Inggeris.

Kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam bertindak.
Contoh: Datuk Bahaman berhati-hati dalam tindakannya menghadapi penjajah Inggeris.

Kita hendaklah menepati janji.
Contoh: Datuk Bahaman telah menepati janjinya dengan sultan. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnyanya menembak ke udara semasa bertempur dengan askar-askar sultan.

Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.
Contoh: Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail.

Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi.
Contoh: Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghoormati Datuk Bahaman sebagai ketua mereka.

Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan.
Contoh: Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya.

Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.
Contoh: Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada tuhan supaya diberi pertolongan.


Soalan Novel Darah Titik Di Semantan

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, watak utama yang terdapat dalam novel ini ialah Zahid. Antara perwatakan Zahid ialah Zahid seorang yang berani. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah.

Di samping itu, Zahid juga merupakan seorang yang bersemangat setia kawan. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

Seterusnya, Zahid juga seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan.

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah berani berlawan dengan orang jahat. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah.

Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

Pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah bertanggungjawab memberi nasihat dan ingatan kepada kawan. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawankawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan.

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, nilai pertama yang terdapat dalam novel ini ialah keberanian. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah.

Nilai yang kedua ialah semangat setia kawan jelas terpapar dalam watak Hartini. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

Seterusnya nilai bertanggungjawab terdapat dalam novel ini. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan.

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, persoalan pertama yang dikemukakan ialah persoalan keberanian dalam menentang musuh. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah.

Persoalan yang kedua ialah persoalan kerjasama dalam melakukan tugas. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

Persoalan seterusnya ialah persoalan tanggungjawab dalam menasihati kawan. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan.

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, terdapat beberapa latar masyarakat dapat kita pelajari. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang berani. Contohnya, Zahid berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mencuba untuk mengganggu Kak Minah.

Latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bekerjasama. Contohnya, Zahid dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.

Latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Zahid sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan.

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah daera Semantan, Pahang, iaitu daerah yang diperintah oleh Datuk Bahaman.

Latar tempat yang kedua ialah Lubuk Sengarat. Kubu yang dibina oleh Zahid dan rakan-rakannya terletak di Lubuk Sengarat.

Latar tempat yang ketiga ialah rumah Lajis. Contohnya, Kak Minah, isteri Lajis diceroboh oleh dua orang pemuda yang disuruh oleh Owen untuk membuat bancian.

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, latar masa yang pertama adalah pada waktu pagi, iaitu setiap pagi Rahmad dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing di sebuah dusun durian.

Latar masa yang kedua adalah pada waktu petang. Contohnya Mat Kilau datang ke Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman dengan membawa satu salinan surat pengampunan beramai-ramai kepada orang Semantan.

Latar masa yang ketiga berlaku pada waktu malam. Contohnya, Lajis disuruh oleh matamata Inggeris untuk menghantar makanan kepada orang salah iaitu Ismail, Abas dan Samad.

Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan karya Arman Sani, watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Datuk Bahaman. Datuk Bahaman ialah seorang yang berani. Datuk Bahaman sangat berani menyusup masuk ke dalam kawasan Inggeris ketika mahu berjumpa dengan sultan di Pasir Tuk Anjang.

Datuk Bahaman sangat setia kepada Sultan. Buktinya, Datuk Bahaman tidak membenarkan Tuk Selampit menyumpit Rodger kerana takut mencederakan Sultan yang duduk bersebelahan dengan Rodger.

Datuk Bahaman juga sangat gigih dalam berjuang. Buktinya beliau tetap meneruskan perjuangan menentang Inggeris meskipun Inggeris berjaya memaksa sultan untuk mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka.

Novel yang saya kaji ialah Darah Titik di Semantan. Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kerjasama dalam menghadapi penjajah. Contohnya, Zahid bekerjasama dengan rakanrakannya untuk menentang penjajah Inggeris. Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman sedang menawan Lubuk Terua.

Persoalan seterusnya ialah keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris. Contohnya, Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah Inggeris.

Antara lain ialah persoalan kebijaksanaan mengatur strategi. Datuk Bahaman telah memasang rantai merentangi sungai untuk menewaskan musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page