Skip to content

Komsas Novel Jejak Monpus Tingkatan 2

Komsas Novel Jejak Monpus

Novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon merupakan komsas Bahasa Melayu Tingkatan 2 edisi Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Berikutnya nota novel termasuk tema, persoalan, latar tempat, latar masa, latar masyarakat, nilai, pengajaran, watak dan perwatakan, Plot, gaya bahasa, sinopsis dan contoh soalan serta jawapan.

Tema Novel Jejak Monpus

NovelJejak Monpus membawa tema kegigihan seorang pemudaterhadap ilmu Sains. Dia membuat penyelidikan untuk menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu.

Sebagai contoh, Zahar, seorang pemuda yang berusia 22 tahun amat menyukai pelbagai jenis serangga dan gemar melakukan pelbagai penyelidikan terhadapnya. Dia banyak mengumpul serangga seperti kumbang, ulat beluncas dan labah-labah. Dia juga mempunyai sebuah makmal khas untuknya memupuk minatnya dalam bidang penyelidikan terhadap serangga-serangga yang dikumpulnya.  Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di makmalnya itu melakukan penyelidikan.

Zahar menghadapi dilema apabila ulat bulu spesies Pus Pus hampir pupus. Dia juga berusaha untuk mencipta penawar bagi menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu berintik.


Persoalan Novel Jejak Monpus

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya 
Contoh Peristiwa: Qistina agak keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu Pus Pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. Hal ini kerana Zahar pernah cedera semasa mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam. Keadaan ini menunjukkan Qistina amat menyayangi anak tunggalnya itu.

Keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar
Contoh Peristiwa: Zahar risau apabila memikirkan generasi muda yang tidak mewarisi keindahan alam semula jadi disebabkan berlakunya pencemaran alam. Masyarakat pula tiada keinginan untuk menjaga alam sekitar. Banyak pencemaran telah berlaku sehingga mencemarkan keindahan Hutan Paya Bakau Tanjung Piai, sedangkan masyarakat bertanggungjawab melestarikan hutan paya bakau tersebut yang merupakan lokasi ekopelancongan negara.

Sifat suka berdendam dalam masyarakat
Contoh Peristiwa: Ripin menaruh dendam terhadap Zahar yang telah menangkapnya mencuri tong gas.  Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.  Sejak kejadian itu, dia sentiasa mencari peluang untuk membalas dendamnya.

Kebijaksanaan ketua masyarakat semasa membuat keputusan 
Contoh Peristiwa: Tok Ketua Kampung membuat keputusan yang tepat dengan menasihati penduduk kampung agar tidak membuat keputusan secara terburu-buru untuk mengelakkan pertelingkahan tercetus.  Baginya sesuatu perkara boleh dibawa berbincang untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya.

Pengamalan ajaran agama dalam kehidupan 
Contoh Peristiwa: Penduduk kampung merancang mengadakan solat hajat sebagai salah satu ikhtiar untuk mengatasi serangan ulat beluncas di kampung mereka.

Persoalan perasaan dendam telah merugikan diri sendiri
Contoh Peristiwa: Ripin seorang samseng kampung yang suka bergaduh dengan orang yang tidak sebulu dengannya. Sebelum ini dia berkelahi dengan Zahar. Isu serangan ulat bulu berintik hitam menyebabkan dia melibas bahu Zahar dengan pisau sehinggakan dia ditangkap polis. Walaupun dibebaskan, dia tetap tidak insaf. Dia berterusan memburukkan nama Zahar. Akhirnya dia ditangkap kerana terlibat dalam kes penipuan benih cambah sawit yang dijalankan secara haram serta pemalsuan dokumen urus niaga.

Tanggungjawab guru terhadap muridnya
Contoh Peristiwa: Qistina amat prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan kemajuan pendidikan anak muridnya. Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, dia akan mencipta beberapa inovasi agar pengajarannya menarik perhatian dan murid faham apa-apa yang diajar. Apabila mendapati anak muridnya, Umar tidak menyiapkan latihan yang disuruh, dia ke rumah Umar untuk menyiasat masalah yang dihadapi oleh anak muridnya itu.

Kepentingan ilmu dalam kehidupan 
Contoh Peristiwa: Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya.


Sinopsis Novel Jejak Monpus

Novel Jejak Monpus mengisahkan watak Zahar, seorang penuntut jurusan Biologi, Fakuti Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. Dia begitu obses dengan dunia serangga sejak kecil lagi. Minat Zahar terhadap dunia serangga terutamanya ulat bulu dan rama-rama makin mendalam hingga dia membina sebuah makmal kecil di sebelah rumahnya. Ibu Zahar, Qistina seorang guru. Beliau sentiasa memberikan galakan kepada Zahar untuk mengembangkan minatnya. Zahar seorang penuntut yang sangat berdedikasi. Zahar telah menerima banyak anugerah atas penyelidikan dan inovasi yang dijalankan bersama dengan pihak universiti.

Terdapat pelbagai spesies ulat bulu yang dikumpulkan oleh Zahar di dalam makmalnya. Namun begitu, terdapat satu spesies yang paling disayangi oleh Zahar yang dinamakannya Pus Pus. Keadaan fizikal Pus Pus yang lemah membuat Zahar risau. Zahar mengambil keputusan untuk ke Pulau Pisang bersama dengan Fikri dan Malcom. Zahar mahu mencari spesies baharu untuk diklonkan dengan Pus Pus. Dia bernasib baik kerana telah menjumpai seekor ulat bulu yang cantik yang dinamakan Morgan. Sesuatu yang aneh telah berlaku. Morgan mengalami perubahan, iaitu ada sayap kecil di kiri dan di kanan abdomennya.

Selepas itu, berlaku sesuatu yang menggemparkan penduduk Kampung Maju Jaya apabila beribu-ribu ulat bulu menyerang kampung tersebut. Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan beberapa orang pemuda kampung datang ke rumah Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai punca serangan ulat bulu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan memanggil pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik datang ke Kampung Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai jenis rama-rama.

Warung kopi Pak Mail kecoh. Berita tentang serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya tersiar dalam surat khabar. Pak Mail, Manaf, Jusuh, Ahmad, Usop, dan Ripin menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung mereka. Perbualan mereka terhenti apabila melihat Zahar dan ibunya tiba dengan kereta pacuan empat roda. Ripin meluru keluar dari warung itu. Dia bertekak dengan Zahar. Qistina cuba meleraikan mereka. Kata-kata kesat Ripin terhadap Qistina membuat Zahar berasa amat marah. Pergaduhan antara Zahar dan Ripin berlaku. Ripin melibaskan pisau lipat ke badan Zahar. Pisau tersebut terkena pada bahu Zahar. Zahar dirawat di Hospital Pontian. Akhirnya, Zahar dibenarkan keluar dari hospital dan diberi cuti sakit selama seminggu.

Zahar melayari internet dan membaca buku tentang ulat bulu. Zahar menemui jawapan dan penyelesaian bagi masalah yang melanda. Zahar mengajak Fikri menemaninya ke Pulau Pisang. Di Pulau Pisang, Zahar dan Fikri telah menjumpai beberapa ekor ulat bulu yang mirip dengan spesies Morgan. Ulat-ulat bulu itu sedang makan daun hijau bersaiz lebar. Zahar yakin bahawa Morganlah penawar bagi serangan ulat bulu di kampungnya. Pada suatu malam, Zahar terpaksa mengorbankan Morgan. Keesokannya selepas kuliah tamat, Zahar segera pulang ke rumah. Sewaktu masuk ke dalam makmal, Zahar panik kerana bahan uji kajinya, botol beracun, dan buku formulanya hilang.

Zahar dan Fikri melakukan siasatan dan mendapati Ripinlah yang bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke balai polis untuk membuat laporan. Seminggu kemudian, Ripin ditangkap polis untuk membantu siasatan berhubung dengan sindiket penjualan benih cambah sawit secara haram dan pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FASSB). Kegiatan Ripin dan beberapa orang anak muda kampung terbongkar. Mereka didapati mengusahakan tapak benih cambah sawit secara haram. Semasa penggeledahan dibuat di stor Ripin, pihak polis menjumpai bahan penting yang hilang seminggu yang lalu.

Formula ciptaan Zahar akhirnya berjaya. Setelah dipatenkan, formula Zahar menjadi produk yang dikomersialkan dan diberi nama MONPUS. Nama MONPUS ialah gabungan antara ulat bulu Morgan dan Pus Pus yang telah dijejaki sekian lama. Akhirnya, melalui proses eksperimen yang rumit maka terhasillah racun serangga khusus untuk membunuh ulat bulu berintik hitam yang telah menyerang penduduk Kampung Maju Jaya.

Pada akhir cerita, Zahar berjaya menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London. Majlis tersebut menjadi detik yang paling menggembirakan Zahar kerana anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh ayahnya, Dr. Baharuddin yang kini menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut. Kegembiraan Zahar semakin bertambah apabila bapa yang sangat dirinduinya telah melamar ibunya semula. Serangan ulat bulu berintik hitam mempunyai hikmah yang tersembunyi. MONPUS bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa tetapi telah menyambung hubungan yang sekian lama terputus.


Binaan Plot Novel Jejak Monpus

Dalam permulaan Novel Jejak Monpus, pengarang memperkenalkan watak Zahar dan ibunya, Qistina. Zahar mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dalam bidang Biologi, Fakulti Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. Minatnya amat mendalam terhadap serangga terutamanya spesies ulat bulu dan rama-rama.

Zahar berasa sedih kerana ulat bulunya yang bernama Pus Pus semakin tenat dan memaksa Zahar mencari penggantinya. Zahar bersama dengan rakannya, Malcom ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai untuk mencari spesies ulat bulu tersebut. Kemudian, Zahar meneruskan pencariannya di Kem Kaizen bersama dengan Malcom dan Fikri. Namun begitu, mereka tidak berjaya. Akhirnya, Zahar dan rakan-rakannya ke Pulau Pisang. Mereka berjaya menemui spesies Monarch. Cantuman tisu Pus Pus dan Monarch telah menghasilkan ulat bulu yang cantik. Zahar menamakan spesies baharu tersebut Morgan.

Beribu-ribu ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya. Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan beberapa orang pemuda kampung datang ke rumah Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai punca serangan ulat bulu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan memanggil pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik datang ke Kampung Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai jenis rama-rama.

Formula ciptaan Zahar hilang. Zahar dan Fikri melakukan siasatan. Hasil siasatan yang dilakukan mereka mendapati bahawa Ripinlah yang bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke balai polis untuk membuat laporan.

Zahar berjaya mencipta formula MONPUS gabungan ekstrak cecair antara Morgan dan Pus Pus. Formula ciptaan Zahar berjaya menghapuskan ulat-ulat bulu di Kampung Maju Jaya. Ripin pula telah ditangkap oleh pihak polis atas jenayah yang dilakukannya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila Zahar berjaya menerima Anugerah Sains Negara yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. Zahar juga berjaya memperoleh Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London. Kegembiraan Zahar makin bertambah apabila ayahnya melamar ibunya semula.


Teknik Plot Novel Jejak Monpus

Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan sikap Zahar yang sangat suka bermain dengan serangga sejak kecil lagi.

Teknik dialog
Zahar berbual dengan Malcom tentang sumbangan pokok bakau sewaktu mereka ke Taman Paya Bakau di Tanjung Piai.

Teknik imbas kembali
Zahar teringat akan saat perkenalannya dengan Mawar seminggu selepas mereka memulakan kuliah di Universiti Teknologi Malaysia.

Teknik saspens
Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Zahar setelah dia terkena pisau lipat yang dilibaskan oleh Ripin ke badan Zahar.

Teknik kejutan
Pembaca terkejut apabila mengetahui orang yang menyampaikan Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor kepada Zahar ialah ayahnya sendiri.


Watak Perwatakan Novel Jejak Monpus

  • Anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun.
  • Ayahnya meninggalkan keluarga sewaktu dia berumur 10 tahun.
  • Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap serangga sejak kecil lagi.
  • Mengambil jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia.
  • Tinggal bersama-sama dengan ibunya, iaitu seorang guru di Kampung Maju Jaya.

Seorang yang menghargai masa
Zahar menggunakan cuti semesternya dengan bermanfaat. Dia telah bersama-sama rakannya berkunjung ke Hutan Paya Bakau di Tanjung Piai utk mencari spesies baharu ulat bulu.

Zahar merupakan seorang yang gigih
Zahar gigih dan sanggup membahagikan masa utk mencari, mengulang kaji, belajar, mengumpulkan data dan meluangkan masa demi menghasilkan MONPUS.

Seorang yang menyayangi ibunya
Zahar juga tekun belajar demi menggembirakan ibu yang telah membesarkannya seorang diri sejak dia berumur 12 tahun.

Seorang yang bertanggungjawab.
Zahar bertanggungjawab dalam mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya.

  • Ibu kepada Zahar.
  • Seorang yang cantik dan bergaya walaupun umurnya dalam lingkungan 40-an.
  • Bekerja sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sri Yasin.
  • Guru yang berdedikasi, rajin, dan komited terhadap kerjaya.
  • Pandai memasak dan Zahar menyukai masakan ibunya.
  • Seorang yang tegas.

  • Ayah kepada Zahar dan bekas suami kepada Qistina.
  • Seorang saintis yang terkenal di Universiti Oxford London.
  • Berhijrah dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina.
  • Berkahwin lain dan menetap di London.
  • Sikap tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan anak dan isteri tanpa sebarang cerita.
  • Insaf atas kesalahannya.

  • Mawar merupakan rakan sekuliah dan sekampung dengan Zahar.
  • Dia tinggal bersama-sam dengan keluarga di Ladang South Malaya, kira-kira lima kilometer dari kampung Zahar.
  • Merupakan anak sulung daripada lima beradik.
  • Seorang gadis yang cantik, lemah lembut, tertib, dan sopan.
  • Bertanggungjawab memberikan inspirasi kepada Zahar selain ibunya, Qistina.

Seorang yang sangat mengambil berat akan diri Zahar.
Sewaktu zahar terjatuh di Kem Kaizen dan ditikam oleh Ripin, dia berasa sangat sedih dan memberikan kata-kata semangat kepada Zahar untuk pulih.

  • Munirah ialah rakan sekuliah Zahar di universiti.
  • Seorang yang cemburu kerana tidak senang melihat Mawar dan Zahar berbaik-baik.
  • Menyimpan perasaan untuk memikat Zahar walau dengan apa-apa cara sekalipun.
  • Merupakan ahli kumpulan “White Rose”, iaitu kumpulan belajar di universiti.
  • Seorang yang optimistik dan suka akan cabaran.

  • Rakan sekuliah dengan Zahar.
  • Sahabat baik Zahar.
  • Menjadi teman Zahar sewaktu mereka mencari spesies Pus Pus di Pulau Pisang.
  • Membantu Zahar membuat penyiasatan hingga tertangkapnya Ripin dan rakannya.
  • Menjadi tempat Zahar mengadu apabila ditimpa masalah.

  • Sahabat baik Zahar dan Fikri.
  • Rakan sekuliah Zahar.
  • mempunyai hubungan baik dengan keluarga Zahar.
  • Bersama-sama dengan Fikri menemani Zahar semasa di Pulau Pisang.

  • Kutu kampung yang terlibat dalam aktiviti menghidu gam.
  • Ditangkap dan dibelasah oleh Zahar sewaktu mencuba mencuri tong gas di rumahnya.
  • Berdendam dengan Zahar selepas peristiwa tersebut.
  • Menuduh Zahar sebagai punca ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya.
  • Cemburu akan kejayaan Zahar yang sering mendapat anugerah dan pingat.
  • Pelajar Qistina.
  • Suka membantu guru.
  • Seorang pelajar yang bijak, cerdas dan sering dijadikan contoh di dalam kelas.
  • Anak tunggal.
  • Anak saudara Profesor Dr. Baharuddin.
  • Seorang pawang.
  • Sangat berani.
  • Berketurunan Bugis Riau.
  • Membuka pulau pisang untuk didiami penduduk.
  • Dipercayai mati kerana menjadi mangsa serangan lanun.
  • Pak Naib ialah ketua Kampung Maju Jaya.
  • Seoarang ketua yang tegas dan adil.
  • Menjadi tempat orang kampung mengadu hal.
  • Seorang yang sabar dan tidak bertindak melulu.
  • Mementingkan perbicangan sebelum mengambil tidakan.

Latar Novel Jejak Monpus

Latar Masa Novel Jejak Monpus

  • Waktu pagi
  • Waktu petang
  • Waktu malam
  • Waktu subuh

Latar Tempat Novel Jejak Monpus

Waning Sudi Mampir
Sebuah kedai makan yang popular dengan hidangan rojak petis. Di tempat ,itu, Zahar dan Mawar bertemu ketika berada di bandar Pontian.

Kelas 4 Karisma
Tempat Qistina mengajar Bahasa Melayu kepada anak muridnya dalam suasana yang gamat dan menyeronokkan.

Tanjung Piai
Semasa Zahar dan rakan-rakannya mencari spesies baharu ulat bulu. Tempat tersebut merupakan dataran berlumpur dan kawasan paya hutan bakau yang sekian lama menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung pantai dan burung air yang berhijrah mencari makan.

Makmal Zahar
Tempat Zahar membuat uji kaji berkaitan spesies ulat bulu yang ditemuinya dan di tempat itu juga dia banyak meluangkan masa bersama-sama Fikri.

Pulau Pisang
Tempat Zahar dan teman-temannya mencari spesies ulat bulu yang baharu untuk menggantikan spesies Pus Pus yang tenat. Di pulau itu, Zahar menemui spesies baharu yang dipanggil Monarch. Spesies itu kemudian melahirkan ulat bulu spesies baharu hasil cantuman dengan Pus Pus yang diberi nama Morgan.

Warung kopi Pak Mail
Tempat penduduk Kampung Maju Jaya berkumpul pada setiap pagi untuk membincangkan masalah berkaitan serangan ulat bulu. Di tempat itu juga berlakunya pertelingkahan antara Ripin dengan Zahar sehingga Zahar cedera, kemudian dimasukkan ke Hospital Pontian.


Latar Masyarakat Novel Jejak Monpus

Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Zahar sering menjalankan eksperimen untuk kepentingan masyarakat umum. Akhirnya dia berjaya mencipta formula MONPUS iaitu racun serangga yang dapat menghapuskan ulat bulu

Masyarakat yang suka berdendam
Ripin berdendam dengan Zahar dan sentiasa mencari jalan untuk berbuat provokasi dan khianat terhadap Zahar

Masyarakat yang berpendidikan tinggi
Zahar, Mawar, Fikri, Malcom belajar dalam bidang Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia

Masyarakat yang sayang akan ibu
Sebagai seorang anak, Zahar ingin membalas pengorbanan ibunya. Zahar tidak sampai hati meninggalkan ibunya sendirian di rumah setelah dia belajar di university. Zahar mengambil keputusan utk berulang-alik dari rumahnya ke UTM.

Masyarakat yang gigih
Zahar gigih melakukan penyelidikan sehingga Berjaya menerima 10 anugerah inovasi, antaranya ialah Anugerah Inovasi Negara, Langkawi Award dan sebagainya.


Gaya Bahasa Novel Jejak Monpus

Personifikasi
Contoh: Bahang yang mula menggigit membuatkan penghuni yang berada di dalam bangunan yang berupa makmal kecil itu mulai resah; Burung-burung berkicauan menyambut kedatangan pagi.

Metafora
Contoh: lautanmasa; kotakingatan; tiraikehidupan.

Simile
Contoh: Cinta, seperti kerja, amat meletihkan; Cahaya itu tiba-tiba menebar tak ubah seperti renjatan dalam filem ‘X-Ray’; Tiba-tiba perasaan Fikri seperti dihempap beban yang berat.

Peribahasa
Contoh: ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi; bagai ikan pulang ke lubuk; seperti mencurah air ke daun keladi.

Inversi
Contoh: Beberapa minit kemudian, mereka sudah memasuki pekarangan sekolah; Hampir mabuk mereka menghabiskan udang yang memenuhi piggan mi udang Wak Sino.


Nilai Novel Jejak Monpus

Keberanian
Contoh Peristiwa: Zahar dan rakan-rakannya berani menjelajah Pulau Pisang yang terlalu banyak kisah seramnya semata-mata untuk membuat kajian tentang ulat bulu. Kesabaran. Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu.

Berhemah tinggi
Contoh Peristiwa: Qistina tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Baharuddin malah memaafkan bekas suaminya itu.

Kebijaksanaan
Contoh Peristiwa: Zahar sentiasa melakukan kajian dan inovasi untuk membantu masyarakat.

Kasih sayang
Contoh Peristiwa: Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu memusnahkan makmalnya. Qistina juga mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja.

Semangat bermasyarakat
Contoh Peristiwa: Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti sakit kulit apabila diserang ulat bulu berintik hitam. Sebagai ahli masyarakat yang prihatin, dia berusaha mencari penawar agar wabak tersebut dapat dibendung.

Nilai bertanggungjawab
Contoh Peristiwa: Zahar seorang yang bertanggungjawab kerana dia telah bertindak segera agar morgan tidak terbang bebas pada waktu malam. Hal ini kerana Morgan mampu merangsang ulat bulu berintik hitam yang bermaharaja lela menyerang penduduk kampung.


Pengajaran Novel Jejak Monpus

Kita mestilah menyayangi ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.
Contoh Peristiwa: Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang-alik dari rumah ke kampus kerana tidak mahu ibunya tinggal sendirian di rumah.

Kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu perkara
Contoh Peristiwa: Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu.

Kita tidak seharusnya menyimpan dendam terhadap orang lain
Contoh Peristiwa: Ripin berdendam terhadap Zahar yang telah membelasahnya sehingga sanggup mencuri formula ciptaan Zahar.

Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang kita lakukan.
Contoh Peristiwa: Dr. Baharuddin meminta maaf atas kesalahannya kepada bekas isterinya, Qistina.

Kita tidak seharusnya membuat tuduhan tanpa usul periksa.
Contoh Peristiwa: Pak Naib, Ketua Kampung Kampung Maju Jaya menasihati Ripin dan penduduk kampung agar tidak menuduh Zahar tanpa usul periksa.

Kita perlu mengasihi darah daging kita
Contoh Peristiwa: Qistina amat menyayangi anaknya, Zahar. Dia bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya gara-gara membiaknya ulat bulu berintik hitam, lalu dia mencadangkan kepada anaknya itu memusnahkan makmalnya. Qistina juga mencadangkan agar mereka berpindah rumah sahaja.

Kita mestilah memiliki sikap hemah tinggi
Contoh Peristiwa: Malcom Tan dan Fikri amat menghormati Qistina dan mereka berdua memanggil bekas gurunya itu “cikgu” walaupun telah meninggalkan alam persekolahan

Kita sewajarnya berani mengambil sesuatu keputusan
Contoh Peristiwa: Zahar sanggup ke Pulau Pisang semula untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit gatal yang dialami oleh penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berintik hitam walaupun hasratnya itu ditegah oleh ibu dan rakannya kerana keadaan di pulau itu berbahaya. Dengan keyakinan yang dimilikinya, dia pergi bersama-sama Fikri dan akhirnya menerusi penemuan dan kajian yang dilakukan, maka terhasillah MONPUS, iaitu sejenis agen biologi.

Kita haruslah menghargai masa.
Contoh Peristiwa: Zahar berada di perpustakaan mininya selepas solat zuhur untuk meneliti ensiklopedia dan buku-bukunya yang lain. Dia memanfaatkan masanya dengan menimba pengetahuan sementara menunggu kedatangan rakannya.


Soalan dan Jawapan Novel Jejak Monpus

Berdasarkan novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon yang saya kaji terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utamanya iaitu, Zahar. Cabaran yang pertama ialah cabaran dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, Zahar menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah yang melanda Kampung Maju Jaya apabila kampung itu diserang ulat bulu berintik hitam dan telah menyebabkan kematiah haiwan ternakan dan wabak kepada orang kampung.

Cabaran seterusnya ialah mengorbankan serangga peliharaan. Sebagai contoh, Zahar menghadapi cabaran apabila terpaksa mengorbankan serangga peliharaannya iaitu Morgan demi menghasilkan penawar kepada penyakit yang melanda kampungnya.

Akhir sekali, cabaran dalam mengawal emosi. Cabaran ini dapat ditunjuk dalam peristiwa Zahar dibesarkan oleh ibunya sendirian. Bapa Zahar telah meninggalkan mereka sejak Zahar masih kecil lagi. Zahar berasa marah dengan tindakan bapa yang meninggalkan mereka tanpa sebarang berita. Namun begitu Zahar berjaya mengawal emosi dan mentaati nasihat ibunya supaya tidak berdendam dengan bapanya.

Berdasarkan novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon yang saya kaji terdapat beberapa pengajaran di dalam novel tersebut. Pengajarannya ialah kita tidak seharusnya menyimpan dendam terhadap orang lain. Contohnya, Ripin berdendam terhadap Zahar yang telah membelasahnya sehingga sanggup mencuri formula ciptaan Zahar.

Selain itu, kita hendaklah prihatin akan kesusahan orang lain. Sebagai contoh, Zahar prihatin akan kesusahan penduduk Kampung Maju Jaya disebabakan serangan ulat bulu dan berusaha untuk mencipta penawar untuk mengatasi masalah itu.

Pengajaran yang terakhir ialah kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu.

Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 2 ialah novel Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon. Tema dalam novel tersebut ialah kecintaan seorang pemuda terhadap ilmu Sains dan dunia penyelidikan.

Contohnya, Zahar, seorang pemuda yang berusia 22 tahun amat menyukai pelbagai jenis serangga dan gemar melakukan pelbagai penyelidikan terhadapnya. Minatnya itu tersemai sejak dia masih kecil lagi. Dia banyak mengumpul serangga seperti kumbang, ulat beluncas dan labah-labah. Dia juga mempunyai sebuah makmal khas untuknya memupuk minatnya dalam bidang penyelidikan terhadap serangga-serangga yang dikumpulnya. Dia kerap menghabiskan masa lapangnya di makmalnya itu melakukan penyelidikan. Malah, Zahar sanggup pergi ke Pulau Pisang untuk mencari penawar untuk menyelamatkan ulat bulu kesayangannya, Pus Pus.

  1. Ripin bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mencari Zahar.
  2. Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran untuk mengatasi masalah ulat bulu.
  3. Zahar bekerjasama dengan Fikri untuk memeriksa gudang tapak semaian Ripin.
  1. Qistina mengajar anak-anak muridnya dengan penuh rasa tanggungjawab.
  2. Sebagai penduduk kampung, sudah menjadi tanggungjawab Zahar untuk mencipta penawar bagi mengatasi masalah serangan ulat bulu.
  3. Sebagai ketua kampung Kampung Maju Jaya, Pak Naib bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Novel yang saya kaji ialah Jejak Monpuskarya Zulaiha Paikon.

Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang suka berdendam. Contohnya, Ripin berdendam terhadap Zahar dan sentiasa mencari jalan untuk berbuat khianat.

Seterusnya, masyarakat yang percaya kepada bomoh dan perkara tahyul. Contohnya, penduduk kampung telah memanggil bomoh untuk menghalau ulat bulu yang menyerang kampung mereka.

Selain itu, terdapat juga latar masyarakat yang pemaaf dalam novel ini. Contohnya, Qistina memaafkan kesalahan Baharuddin yang telah berlaku curang kepadanya.

Novel yang saya kaji waktu tingkatan dua ialah Jejak Monpus.

Antara nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah keberanian. Contohnya, Zahar dan rakan-rakannya berani menjelajah Pulau Pisang yang dikatakan mempunyai terlalu banyak kisah seram semata-mata hendak membuat kajian tentang ulat bulu.

Seterusnya ialah nilai kesabaran. Contohnya, Zahar begitu sabar ketika mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampungnya daripada serangan ulat bulu.

Antara lain, nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai berhemah tinggi. Contohnya, Qistina tidak menyimpan dendam terhadap Baharuddin, suaminya kerana berlaku curang.

Novel yang saya kaji ialah Jejak Monpus. Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, Qistina keberatan melepaskan Zahar pergi ke Pulau Pisang untuk mencari spesies ulat bulu pus pus kerana bimbang akan keselamatan anaknya. Hal ini demikian kerana Zahar pernah cedera semasa mengikuti Perkhemahan Kembara Biologi Alam.

Persoalan berikutnya ialah kepentingan ilmu dalam kehidupan. Contohnya, Zahar telah mengaplikasikan pengetahuannya dalam bidang Sains Hayat untuk mencipta penawar bagi menyelesaikan masalah ulat bulu yang melanda Kampung Maju Jaya.

Selain itu, persoalan sifat suka berdendam dalam masyarakat juga diketengahkan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya, Ripin menaruh dendam terhadap Zahar yang telah menangkapnya kerana mencuri tong gas. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sejak kejadian itu, dia sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam.

7 thoughts on “Komsas Novel Jejak Monpus Tingkatan 2”

  1. tqvm! Semua ni sangat2 membantu saya belajar dan menyiapkan kerja sekolah saya… Ianya juga amat membantu saya untuk mengulangkaji dan membuat persediaan untuk ujian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *